Friday, 29 May 2009

Sokongan Keluarga adalah tunjang kejayaan dalam kepimpinan

Didikan Rasulullah s.a.w mengajar kita agar mendakwah ahli keluarga kita terlebih dahulu dan setelah itu baru sahabat dan orang lain. Hanya orang yang masih jahil dalam ajaran ugama saja yang mungkin hairan dan mempertikaikan kehadiran ahli keluarga saya yang ramai mendokong dan memberikan kerjasama dalam berbagai aktiviti yang saya pimpin.

Memang terdapat orang-orang yang kurang senang dengan saya, tetapi saya mempunyai ramai sahabat, kawan dan rakan yang sentiasa sedia untuk menyumbang tenaga bakti secara sukarela demi negara, bangsa dan Ugama. Dalam setiap pergerakan sememangnya saya mengutamakan keluarga, tetapi bukan mengutamakan mereka sedang peribadi mereka tiada kualiti, kemahiran atau kebolehan. Ahli keluarga bukan langsung boleh diketengahkan tetapi hendaklah dididik dan dipimpin terlebih dahulu. Nah setelah mereka mempunyai kualiti dan kapasiti yang sesuai, setentunya mereka secara peribadi berhak untuk tampil dan ditampilkan.

APA GUNA KITA MENDABIK DADA SEBAGAI KETUA, SEBAGAI PEMIMPIN sedangkan semua orang tahu ahli keluarga kita tidak ada yang menyokong kita dan apalagi kenyataan menunjukkan bahawa seorangpun dari ahli keluarga tidak pernah menganggap kita sebagai pemimpin mereka. MALU!!

Anak-anak saya telah mengikuti saya berkecimpung dalam kegiatan sukarela sejak mereka berusia belasan tahun hinggalah mereka mendapat pekerjaan setelah berjaya di menara gading. Mereka sudah terbiasa dengan kegiatan atas pentas, acara padang dan pernah mengendali sendiri beberapa program kemasyarakatan, Kesenian dan aktiviti kebeliaan.

Begitu juga dengan ahli keluarga saya, mereka sangat intim dan sangat saling mendokong dan menyokong dalam apa saja yang dilakukan oleh salah seorang dari ahli keluarga. Selain dari itu mereka juga sering berperanan dalam beberapa aktiviti anjuran Jabatan-Jabatan tempat dimana mereka berkerja.

Dalam kegiatan penyelarasan upacara perayaan sejak beberapa tahun kebelakangan hingga sekarang memang ramai diantara keluarga saya terlibat. Penglibatan mereka tidak semestinya pilihan saya sendiri kerana kebetulan ramai di antara mereka bekerja di Jabatan-Jabatan Kerajaan yang kebetulan mengambil peranan dalam Persembahan Padang. Sudah beberapa tahun kita sering melibatkan penyertaan sekolah-sekolah menengah, sekolah-sekolah rendah, Maktab Kejuruteraan, sekolah vokasional, Jabatan-Jabatan Perkhidmatan Awam dan Sektor Swasta. Isteri saya bertugas di Maktab Kejuruteraan, Anak-Anak saya adalah Guru, dan ada yang bertugas sebagai Jururawat, Ipar-Ipar saya majoriti guru dibeberapa buah sekolah, adik beradik saya serta anak-anak mereka berdarah seni. Jadi...apa salahnya jika mereka dipilih oleh Jabatan-Jabatan yang mereka wakili untuk mengambil peranan dalam berbagai aturcara perayaan?


Oleh itu jangan hairan dan jangan cuba menimbulkan persoalan. Saya sendiri telah ditakdirkan menjadi orang seni, keturunan saya semua orang seni, asal saya adalah dari kampung yang kuat memeggang adat dan kaya dengan berbagai kesenian. Orang tua saya adalah dari Kampung Burung Pingai Air. Jadi tidak patut wujud persoalan tentang ramainya penglibatan ahli keluarga saya kerana kebanyakan mereka adalah orang seni dan sangat jujur dalam melaksanakan tugas.

Kekuatan kepimpinan saya adalah hasil sokongan mereka serta ramainya sahabat handai yang TANPA rasa walang sentiasa sedia memberikan bantuan dan sokongan. Mereka tidak tanggung-tanggung Helang kalau berat dilepaskan. Terima kasih dan penghargaan wajar diberikan untuk mereka.

Dalam memberikan sumbangan
bakti sukarela tidak dapat dikatakan ada pilih kasih kerana ini bukanlah jawatan yang mempunyai kuasa tertentu atau ada kepentingan tertentu.


Hal ini dibentangkan disini bukan kerana ala, ujub dan takbur, kita berlindung kepada Allah daripada semua sifat majmumah, geromal ini dimuatkan dipublikasi ini khusus untuk makluman kepada orang-orang yang kadangkala mudah timbul prasangka. Prasangka itu adalah mainan syaitan, maka tidak layak prasangka itu bertahta di hati dan diotak orang-orang yang akan bersatupadu demi Raja, Demi Bangsa, Demi Negara yang tercinta.

SALAM DARI SAYA BERSAMA KELUARGA YANG BERJIWA SETIA DAN NASIONALIS !!

Dr. Hj Harun M

3 comments:

Mubaligh said...

Alhamdulillah kita panjatkan syukur kehadrat Allah yang telah menciptakan manusia dengan berbagai-bagai peranan. Ada yang diciptakan menjadi para Nabi, ada pula yang jadi Rasul-Rasul Pesuruh Allah, ada pula menjadi para Khulafaur Rashidiin, ada pula menjadi para tabiin, ada pula menjadi Raja dan Sultan, ada pula menjadi rakyat jelata. Dikalangan rakyat pula ada yang berwibawa menjadi PEMIMPIN. Namun dalam banyak-banyak pemimpin itu ada juga yang tidak memimpin dan ada pula para pemimpin itu lahir watak kepimipinan sejak lahir dan ada pula melalui cernaan pendidikan, motivasi diri dan juga melalui kawan taulan dan sahabat handai.

Kalangan pemimpin yang tidak memimpin itu ibarat Nabi yang bukan Rasul. Mereka dilantik saja kerana itu adalah hak mutlak Allah. Allah Maha Berkehendak. Itu tidak dapat dipertikaikan kerana ia adalah soal iman untuk umat Islam percaya kepada Nabi dan Rasul.

Tuan Dr telah selama ini memang diketahui telah memberi sumbangan untuk menjayakan bermacam-macam aktiviti khususnya di Daerah Belait. Bagi hamba itu adalah satu contoh tauladan yang sangat baik apatah lagi ahli keluarag dituntuni bersama dalam usaha yang berkebajikan itu. Kita harus mengambil konsep sikap yang positif dalam memperjuangkan prinsip dan mempertahankan apa yang selama ini dipegang iaitu buat kerana Allah. Hidup penuh cubaan yang perlu setiap insan harungi tanpa seorang pun tidak terkecuali kedudukan-nya (Nabi, Rasul, Para Sahabat, para ulil amri dikalangan kita dan manusia sejagat) manakala setan pula sangat bijak dalam menipu daya hamba-hamba Allah yang masih beriman untuk disesatkan atau untuk dilalaikan melalui berbagai cara termasuk manusia. Peringatan telah Allah buat dalam sebahagian surah An-Nas dimana dihujung ayat itu berbunyi "al-lazi yu was wisu fii suduur rin nas, minal jinnati wan nas" [yang meragu-ragu kan dalam hati dari kalanagan jin dan manusia].

Ikhlas adalah ubat kepada rasa dari sifat mazmumah. Dicakapkan amat mudah dan seing menjadi ungkapan "ini ikhlas dari saya" namun sejauh manakah keikhlasan itu dapat dilahirkan tanpa riya, ujub dan mengungkit-ungkit. Ikhlas adalah sesuatu yang maknawiyah lagi rohani sehingga Malaikat Hafazah pun gagal untuk menapis amalan amalan yang pada zahirnya cantek dan hebat sehingga lah dihadapan Allah lalu diarah untuk dilimparkan balik kepada si hamba kerana amalan yang tidak ikhlas. Na'uzubillah.

Kita selalu setiap tahun bertakbir "mukhilishiina lahuddin" dan sejauh mana kah laungan takbir itu kita pejuangkan atau kita jaga agar amalan sepanjang tahun dalam apa jua bentuk samada amalan asas ataupun amalan umum itu terjaga dan tidak rosak.

Saya yakin Tuan Dr bermaksud baik dan dengan niat yang baik juga. Hamba memperingatkan diri hamba sendiri bahawa "inna a'mal lu bin niat" [setiap amalan itu tertakluk kepada niat]. Mudah-mudahan lah Allah akan sentiasa memimpin kita semua kejalan yang diredhai-Nya. Kejalanan Pengampunan-Nya. Kejalanan menjadikan kita sebagai Khalifah di muka bumi Nya ini. Sebagai melahirkan rasa persahabatan dengan Tuan Dr maka sama-sama lah kitani bermaaf-mafan dan memberi maaf. Dan kitani berdoa semoga Allah mengkabulkan-nya.

Allahummaghfirlana warhamna wajaburnaa warfa'na warzuqnaa wahdanaa wa'aafina wa'fu'annaa

Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunkanlah kami dan kasihanilah kami dan cukupkanlah kekurangan kami dan tingkatkanlah darjat kami dan kurniakan rezeki kepada kami dan berikan hidayah kepada kami dan sihatkanlah kami dan maafkanlah kami.

Amiin.

Ampun maaf.

Belia sejati'69 said...

Pemimpin berkebolehan hasilkan organisasi cemerlang


Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang berhak menerima nya).” (Surah an-Nisa’,ayat 58).Ayat ini ditujukan kepada mereka yang mentadbir organisasi.

Amanah perlu diserahkan kepada orang yang berhak dan berkelayakan.Maju mundur organisasi bermula dengan mutu kepemimpinan.Kegaggalan melantik mereka yang layak memberi kesan kepada organisasi.Jesteru,ada bebrapa keadah untuk seseorang menerajui organisasi antaranya.

• Melalui jawatankuasa mencari yang dianggotai ahli berakhlak dan berkelayakan.Jika tidak,ia nampak cantik dari segi proses,tetapi gagal memenuhi semangat serta tujuan jawatankuasa itu diwujudkan.

• Penimpin dipilih harus menganggap peluang memimpin sebagai amanah untuk menerjui organisasi mencapai tahap paling cermalang.Pemimpin harus memiliki wawasan jauh,dinamik dan sentiasa berusaha memajukan organisasi.

• Kejujuran dan keikhlasan pemimpin adalah asas penting.Pemimpin jujur akan mengorbankan tenaga memperbaiki prestasi organisasi secara berterusan. Ia bukan sekadar menjaga status’quo’prestasi organisasi,sebaliknya berusaha berterusan membuat pembaharuan kea rah kebaikan.

Kegagalan organisasi berprestasi drngan cerlang disebabkan pemimpin tidak jujur,mengutamakan kepentingan peribadi daripada organisasi.Sikap negative banyak menimbulkan gejala kepada prestasi organisasi.

Usaha mempertahankan pemimpin tidak manah adalah kesilapan besar mengikut Islam. Disimpang itu, kegagalan organisasi mungkin disebabkan pemilihan pemimpin tidak berkelayakan dan berpengalaman.

Kelayakan bersandarkan kebolehan pemimpin menjayakan matlamat digariskan untuk organisasi.Pengalaman ialah pendedahan pernah dilalui seseorang dalam tugasan berkaitan.

Pemimpin harus mempunyai anggapan bahawa mutu penghasilkan organisasi sebagai nilai positif yang mampu dimajukan. Pandangan itu memerlukan usaha mewujudkan satu budaya iaitu aliran pemikiran,perasaan dan cara bekerja adalah usaha berterusan.

Amalan itu perlu dijadikan budaya dalam organisasi. Untuk itu tidak memadai pemimpin mempunyai sikap positif terhadap mutu,tetapi kemampuan memimpin secara kreatif dan inovatif semoga tuntutan positif terhadap mutu dapat diterjemahkan menjadi budaya sihat dalam organisasi.

Semua lapisan warga organisasi perlu digembleng untuk menyumbang pada tahap tertinggi sekali gus mampu berurusan sesama individu secara muafakat.Pencapaian itu bukan mudah,bahkan ia memerlukan kebolehan pemimpin dengan seni kepemimpinannya luar biasa.

Pemimpin juga harus positif terhadap kebajikan ahlinya, mementingkan kebajikan mereka adalah ciri membawa kepada kejayaan organisasi.Jika semangat ahlinya menurun,sudah pasti prestasi bermutu sukar dihasilkan ahlinya.

Faktor kebajikan ahli mesti mendapat pembelaan kerana kejayaan organisasi mampu dicapai dengan memartabatkan kebajikan ahli.Bahkan tidak ada kemajuan teknologi tanpa penyelasaian persolan kebajukan ahli.

Islam melihat ahli setiap organisasi sebagai saudara dan rakan kongsi pemimpin serta barisan kepempinan.Olih itu,gabungan padu perlu dipereratkan dengan penekanan kepada kebajikan ahli oleh pemimpin dan kepimpinan organisasi.

Usaha meningkat mutu prestasi organisasi juga memerlukan pemimpin berpandangan memerlukan pemimpin berpandangan jauh. Pemimpin patut mampu menggariskan arah tuju organisasi semoga dapat berperanan secara sesuai dan berkesan danperubahan suasana makin mencabar......bersambong/02

Belia Sejati'69 said...

sambongan/02

Dalam suasana semasa yang kerap berubah,pemimpin tidak hanya cukup menguasi kemahiran profesional,malah dapat menghayati harapan kepada apa bentuk perubahan yang akan berlaku.

Disamping memiliki wawasan dan matlamat bertaraf sejagat,mutu kepempinan dapat dinilai dan ditentukan berdasarkan kemampuan menterjemahan wawasan organisasi kepada bentuk program dan kegiatan.

Banyak organisasi tidak beroperasi dengan berkesan kerana kegaggalan dan ketidakmampuan pemimpin menterjemahan wawasan organisasi dalam kegiatan yang menepati hasrat organisasi.Peningkatan mutu kepimpinan organisasi Islam ialah meningkat prestasi organisasi,kebajikan ahli dan seterusnya masyarakat.

Nabi SAW mengingatkan umatnya dengan sabda bermaksud: ”Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada dibawah kepimpinan kamu”

Menurut al-Farabi,bapa psikologi moden,pemimpin yang unggul adalah seorang yang berfikiran tinggi,memiliki sifat mulia serta akhalak terpuji dan fizikal yang sempurna. Beliau menyebutnya sebagai al-rais al-awwal ( pemimpin ulung)

Terdapat 12 ciri pempinan yang berwibawa diketengahkan oleh al- Farabi,iaitu

• Kemampuan fizikal – Mampunyai tubuh badan yang sempurna,sihat dan bertenaga atau berkemampuan supaya dapat menjalankan tugasnya dengan mudah

• Daya ingatan yang kuat – baik hafalan (ingatan)mengenai sesuatu yang dia faham,lihat dan juga bukan seorang yang pelupa

• Kecerdasan akal – Baik kefahamannya dan dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan,serta mengetahui apa yang harus dibuat.

• Bijaksana – Bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu.Walaupun dengan reaksi saja,dia boleh memahami sesuatu perkara.

• Cinta ilmu pengetahuan – Sangat suka atau berminat pada ilmu pengetahuan,senang menerima ilmu dan tidak berasa penat dalam menimba ilmu pengtahuan

• Luas pengetahuan dan peka dengan sesuatu situasi semasa – Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu perkara yang berlaku secara cepat,jelas dan tepat.

• Bersederhana – Tidak bersikap buruk,lebih lebih lagi dalam hal mengenai makan mimum dan hubungan kelamin serta menjauhkan diri daripada melakukansesuatu yang hanya untuk bersuka suka.

• Cintakan kebenaran – Memiliki sifat kebenaran dan mencintai kebenaran dan membenci sifat sebaliknya.

• Berhemah tinggi – Memiliki jiwa besar atau berhemah tinggi hingga dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara remeh-temeh.

• Tidak mencintai kekayaan dan tiada kepentingan diri – Tidak berminat untuk mengumpulkan wang ringgit dan segala bentuk kekayaan dunia yang lain.

• Adil kepada semua pehak – Bersikap prokeadilan dan antikezaliman dan penindasan,tidak mudah dipengaruhi oleh perkara yang buruk,sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan,keadilan dan seumpamanya.

• Berani dan berazam tinggi – Mempunyai keazaman yang kuat dan berani menghadapi sesuatu perkara yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak mudah lemah semangat atau jiwa.

Walaubagaimanapun,takniah kpd Dr Hj dengan menjadikan keluarga sebagai contoh toladan yang baik dan wajid dijadikan contoh kepada semua masyarakat.Semoga ikatan keluarga yang kukuh akan sentiasa bersedia berbakti walaupun siapa yang menjadi PEMIMPIN.