Friday 5 June 2009

Kumpulan Pemangkin

Persatuan Belia Belait lebih terkenal dengan sebutan ringkasnya "PEMBELA" adalah kumpulan yang menjadi peneraju dan pemangkin setiap gerakan menyelaras Persembahan Padang. Mereka berada dalam setiap sudut dan aspek gerakan seperti Perancangan, Pengurusan, Pentadbiran, Perhubungan, Penyelarasan, Sekretariat, Koreografik, Penataan, Grafik, Penyusunan Musik, Penciptaan Lagu, Penaraan Sumber, Penyediaan Tenaga sokongan dan tenaga pendukungan, pokoknya PEMBELA memiliki kepelbagaian kecekapan dan kemahiran dalam hal-ehwal kesenian dan kemasyarakatan. Dan perkara yang paling penting dimiliki oleh PEMBELA ialah semangat dan kesetiaan untuk Ugama, Raja, Negara dan Bangsa.
PEMBELA telah berperanan sejak dari permulaan rancangan sambutan perayaan hendak dianjurkan. Sebaik saja menerima makluman dari Pegawai Daerah, PEMBELA segera mengadakan sesi Percambahan Fikir "Brain Storming' untuk meninjau berbagai konsep persembahan Padang yang dijangka mempunyai ciri peningkatan dan mengandungi nilai tambah dari segi kualiti dan prestasi dari tahun-ketahun.

Sebelum AJK Persembahan ditubuhkan, PEMBELA awal-awal lagi telah mulai menyusun gerakan untuk siaga menyahut sebarang seruan dan permintaan. Bahan dan peralatan telah dikumpul dan merapikan segala keperluan yang akan digunakan. Sebab itu setiap konfirmasi projek hendak dilancarkan PEMBELA telah lengkap dengan berbagai aspek yang diperlukan. Namun tidak banyak yang tahu bahawa dikalangan mereka ini juga banyak yang terdiri dari bekas-bekas pelajar dan penuntut yang sampai sekarang masih menunggu berbagai peluang pekerjaan. Didalam bahagian kepimpinan PEMBELA ramai yang mempunyai kelulusan akademik tinggi dan sudah mempunyai pekerjaan diberbagai lapangan. Tetapi dikalangan belia remaja terdapat beberapa orang yang masih mencari pekerjaan dan mengharap berbagai peluang.
Sebahagian lagi telah mendapat kesempatan mengikuti berbagai kursus dan pendedahan dalam bidang belia dan kemasyarakatan baik melalui Seminar dan kursus yang di adakan didalam Persatuan, didalam Negara anjuran bebera Kementerian dan Seminar, Konvension, Simposium yang diadakan di Luar Negara seperti di Negara-Negara Asean, Negara Jepun, Korea, Australia dan banyak lagi. Begitulah kepelbagaian pengelaman yang dikaut telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh ahli PEMBELA sehingga dapat menanai Persatuan ini sebagai Pertubuhan yang unggul dan tetap aktif sejak penubuhannya pada 26 Jun 1966.

Melalui projek menyelaras aturcara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Projek-projek dan aturcara sambutan Hari Kebangsaan, Projek-Projek dan aturcara kegiatan anjuran Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan serta Kegiatan anjuran Persatuan ini sendiri, PEMBELA kini menyiapkan wawasan untuk menyokong dan mendukung DASAR PENDIDIKAN SPN21. PEMBELA berharap akan mengadakan kerjasama dengan membekalkan tenaga sukarela yang mahir dalam berbagai bidang kesenian untuk dimanfaatkan bersama oleh pihak-pihak yang memerlukan di Institusi Pendidikan dan Kejuruteraan.
Begitulah kenyataan disebalik kejayaan Daerah Belait merangkul Lapan Kali Juara Persembahan Padang bahawa PEMBELA sibuk sejak bulan Januari hingga bulan Julai sama ada dibelakang tirai, digarisan depan dan juga di lapangan.

Belia-Belia dalam PEMBELA akan lebih meningkat prestasi selaku Warga setia jika semangat yang mereka miliki ini tidak di membazirkan atau tidak dipersia-siakan. Kerana sekuat manapun semangat pasti akan luntur jika elemen yang menanai semangat itu tidak dipugar dan tidak terus dibelai agar terus subur. Unsur kelemahan ini jelas terbayang pada kedudukan Persatuan ini yang setelah lebih 46 tahun berada dipersada perjuangan dan menabur bakti secara sukarela ternyata masih diabaikan dari segi penghargaan dan pengiktirafan. Perkara ini jelas terbayang pada hasrat dan permintaan persatuan untuk meminjam bangunan-bangunan kosong yang dimiliki beberapa pihak yang selalu menggunakan tenaga Pembela masih tidak mendapat perhatian. PEMBELA berharap dengan ada bangunan yang dapat dijadikan pusat pentadbiran dan gerakan nescaya Persatuan ini akan lebih dapat memaksimal kan usaha belia sebagai asset negara yang bersama memangkin pembangunan dan kemajuan negara. Tetapi hingga kini PEMBELA masih manantikan sesiapa yang PEKA terhadap isu ini.

SEKIAN. SALAM DARI: YDP PEMBELA.

BRUNEI SHELL AKAN MEMBUKA TIRAI PERSEMBAHAN PADANG BELAIT 2009

TAHUN 2009 Kita menyelaras dengan Konsep "Keep It Short And Simple" dan "Kreatif Indah Singkat Sempurna" ringkasnya untuk kedua ayat tersebut ialah K.I.S.S lambang kepada mesra, kasih dan sayang.

Walaupun kita berusaha menyelaras dengan cermat, berhemat dan berjimat, tetapi sudah terbiasa membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, nampaknya sekali lagi kita akan menyaksikan suatu hasil kreativiti seni yang sangat indah untuk kita persembahankan sebagai cenderakasih rakyat dan penduduk Daerah Belait kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena sambutan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-63 Tahun di Daerah Belait. Insya Allah

Konfiden kita meningkat dengan adanya persembahan dari Brunei Shell pada segmen Pertama "Opening Act".

Setia Usaha AJK Persembahan Padang telah pun berhubung dengan Dyg Hayati untuk meninjau persiapan kearah ini. Selanjutnya perjumpaan dengan Sekolah Menengah yang berkenaan akan di aturkan esok bagi mendapatkan sumber tenaga bagi persembahan tersebut.