Saturday 18 April 2009

Senarai Baru Ahli Jawatan Kuasa Persembahan Padang 2009 di rombak dan akan diterbitkan senarai baru

Sila ambil perhatian semua yang berkenaan. Senarai Ahli Jawatan Kuasa yang dimuat kedalam blog ini telah bdirombak dan sementara ini sedang dalam penelitian. Insya Allah paling lewat pada Selasa depan akan di muat semula kedalam blog ini.
Surat lantikan akan dibuat pada hari Selasa dan seterusnya dikirim kepada mereka-mereka yang dilantik.
Rombakan ini adalah berdasarkan pengamatan kami serta maklum-balas yang kami terima dimana ada individu yang kita perlukan atau mereka yang dulunya patut dilantik telah diketahui berpindah, ada yang tidak sanggup ikut kerana beban kerja serta tugasan yang banyak. Dan ada juga yang senghaja tidak ikut serta kerana tidak dibenarkan meninggalkan tempat kerja kerana beberapa tugas penting dan banyak lagi alasan yang telah diberikan. Sehubungan dengan itu maka senarai lantikan yang diterbitkan dalam blog ini sebelumnya adalah dimaklumkan kandungan senarai tersebut telah diubah.

Penunjang Kekuatan Aza dan Achai


Dr. Azasahibul Bin Haji Zainal Abidin dan Chai Yum Fatt adalah gabungan dua tokoh yang memperkukuh perpaduan masyarakat Daerah Belait.

Mereka berdua sering mengandingi gerakan-gerakan sukarela dibawah pimpinan Dr. Hj Harun yang sering menyemarak serta memeriahkan setiap bentuk perayaan-perayaan yang dianjurkan di daerah Belait.


Bak kata pepatah, sejak kapas menjadi benang sudah benang menjadi kain, begitulah kesetiaan serta kesediaan mereka untuk mencurah bakti kepada negara tanpa memilih bangsa puak dan kaum, tanpa memikir rugi dan untung, berbakti untuk masyarakat adalah sudah sebati dan menjadi darah daging mereka. Tahun 2009 mereka tampil lagi tanpa kenal jemu dan penat lelah, mereka terus bersama Dr. Hj Harun menjadi Ahli Jawatan Kuasa Kepimpinan Penyelarasan Persembahan Padang yang bertajuk 'Sembah Syukur Wecana Kasih' berkonsepkan Belait Makmur Indah dan Hijau.


"Memang ngaleh, memang penat, malahan kadangkala terkilan juga dengan lontaran kata-kata penghakis semangat yang pernah diluahkan oleh segelintir masyarakat, namun kami bukan jenis orang yang mengukur budi dan bakti dengan harta dan nama, jadi kami tidaklah terpikat kepada mereka yang suka mengatakan; untuk apa kamu berpanas dan berhujan padahal tidak akan mendapat apa-apa manfaat" Jelas Dr. Aza selaku Timbalan Pengerusi.


"Seperti juga Dr. Hj Harun yang telah memimpin Jawatan Kuasa ini hingga berjaya mengangkat nama Daerah ini sebagai Juara buat beberapa kali malahan telah berkecimpung dengan kegiatan sukarela melalui Persatuan Belia Belait (Pembela) sejak tahun 1967, beliau tidak pernah mengomel atau kecewa kerana dia tidak mendamba sebarang balasan walaupun disebalik menyusur kehidupan beliau banyak menghadapi kesulitan." Sambungnya lagi.


Awang Chai Yum Fatt adalah seorang bukan Melayu tetapi begitu akrab dengan kawan-kawan Melayu kerana beliau sangat tertarik dengan kejujuran kumpulan masyarakat ini yang sering melakukan kebajikan dan kebaikan untuk semua bangsa yang berteduh di dalam negara ini. Bagi bagi beliau, kalau hendak fikir untung sahaja, pasti ia hanya menumpukan perusahaannya yang kini sangat besar dan dianggarkan berjuta ringgit itu. Tetapi kerana mengenang kebaikan serta kebijaksanaan pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan sehingga rakyat menikmati keharmonian dan kesejahteraan, maka adalah sangat wajar untuk dia meluangkan waktu bagi sama-sama turun padang serta menembeling tenaga bersama kawan-kawan yang terdiri dari warga setia.