Friday 29 May 2009

Bolehkah Padang Bola Berubah menjadi Taman Flora dan Fauna

Kekadang hayalan ini menerawang jauh. Jauh sehingga menemukan sebuah ilusi. Kelihatan gambaran tentang Padang Bandaran yang dulunya lebih dikenal sebagai Padang KBRC akan bertukar menjadi sebuat dataran yang dipenuhi debungaan, pokok-pokok menghijau seolah-olah sebuah taman.

Bolehkah padang bolasepak ini di hias berubah menjadi sebuah taman seperti latar belakang nyanyian hero dan heroen dalam sebuah cerita Hidustan.

Dengan adunan perhiasan dan kelengkapan padang, peserta persembahan akan dilengkapkan dengan pakaian dan prop yang berkonsepkan Flora dan Fauna, dapat kita bayangkan betapa indahnya persembahan itu nanti.

Mudah-mudahan pihak yang menghias padang dan koreografer persembahan akan bersatu cetusan minda sehingga mengolah suatu kreativiti yang sangat seni dan indah.

Sumber untuk mendapatkan sebanyak-banyak bunga dan pokok-pokok yang ditanam dalam pasu harap boleh didapati dengan sokongan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bandaran, semaian benih dari Jabatan Pertanian, Pokok-pokok boleh didapati dari Jabatan Pertanian dan Kehutanan.

Bagaimana jika masih belum cukup?

Di Daerah Belait terdapat beberapa buah Syarikat Flourist, pihak yang selalu membekalkan hasil tanaman bunga dan pokok-pokok dalam pasu.

Di Daerah ini juga terdapat beberapa buah Syarikat Lanskap. Jika kita dapat mempelawa mereka ini untuk mempamerkan daya kreativiti mereka sebagai promo perniagaan, tentu akan lebih memudahkan usaha kita.

Selain itu kita terlihat ramai dikalangan pemilik rumah yang berdekatan telah menghias rumah mereka dengan berbagai tanaman dalam pasu. Jika mereka ini kita pelawa untuk ikut serta mempamerkan bunga dan tanaman pokok mereka yang sedia didalam pasu, pasti akan lebih meriah.

Untuk menjayakan itu semua, kita tinggal berinisiatif saja untuk menghubungi mereka semua. Kita tinggal menyediakan kemudahan pengangkutan saja.

Selain itu kita hanya perlu memberikan jaminan keselamatan bunga dan pokok mereka serta penjagaan agar tidak rosak atau layu. Kuncinya adakah kita benar-benar mahu perayaan ini meriah? Dan adakah kita mahu melaksanakan urusan ini dengan senang hati dan penuh dorongan semangat cinta kepada Raja dan Negara.

Semoga semua yang berkaitan akan mengambil maklum.

Wassalam.

Daripada:
Dr. Hj Harun M.
Pengerusi Persembahan Padang

Sokongan Keluarga adalah tunjang kejayaan dalam kepimpinan

Didikan Rasulullah s.a.w mengajar kita agar mendakwah ahli keluarga kita terlebih dahulu dan setelah itu baru sahabat dan orang lain. Hanya orang yang masih jahil dalam ajaran ugama saja yang mungkin hairan dan mempertikaikan kehadiran ahli keluarga saya yang ramai mendokong dan memberikan kerjasama dalam berbagai aktiviti yang saya pimpin.

Memang terdapat orang-orang yang kurang senang dengan saya, tetapi saya mempunyai ramai sahabat, kawan dan rakan yang sentiasa sedia untuk menyumbang tenaga bakti secara sukarela demi negara, bangsa dan Ugama. Dalam setiap pergerakan sememangnya saya mengutamakan keluarga, tetapi bukan mengutamakan mereka sedang peribadi mereka tiada kualiti, kemahiran atau kebolehan. Ahli keluarga bukan langsung boleh diketengahkan tetapi hendaklah dididik dan dipimpin terlebih dahulu. Nah setelah mereka mempunyai kualiti dan kapasiti yang sesuai, setentunya mereka secara peribadi berhak untuk tampil dan ditampilkan.

APA GUNA KITA MENDABIK DADA SEBAGAI KETUA, SEBAGAI PEMIMPIN sedangkan semua orang tahu ahli keluarga kita tidak ada yang menyokong kita dan apalagi kenyataan menunjukkan bahawa seorangpun dari ahli keluarga tidak pernah menganggap kita sebagai pemimpin mereka. MALU!!

Anak-anak saya telah mengikuti saya berkecimpung dalam kegiatan sukarela sejak mereka berusia belasan tahun hinggalah mereka mendapat pekerjaan setelah berjaya di menara gading. Mereka sudah terbiasa dengan kegiatan atas pentas, acara padang dan pernah mengendali sendiri beberapa program kemasyarakatan, Kesenian dan aktiviti kebeliaan.

Begitu juga dengan ahli keluarga saya, mereka sangat intim dan sangat saling mendokong dan menyokong dalam apa saja yang dilakukan oleh salah seorang dari ahli keluarga. Selain dari itu mereka juga sering berperanan dalam beberapa aktiviti anjuran Jabatan-Jabatan tempat dimana mereka berkerja.

Dalam kegiatan penyelarasan upacara perayaan sejak beberapa tahun kebelakangan hingga sekarang memang ramai diantara keluarga saya terlibat. Penglibatan mereka tidak semestinya pilihan saya sendiri kerana kebetulan ramai di antara mereka bekerja di Jabatan-Jabatan Kerajaan yang kebetulan mengambil peranan dalam Persembahan Padang. Sudah beberapa tahun kita sering melibatkan penyertaan sekolah-sekolah menengah, sekolah-sekolah rendah, Maktab Kejuruteraan, sekolah vokasional, Jabatan-Jabatan Perkhidmatan Awam dan Sektor Swasta. Isteri saya bertugas di Maktab Kejuruteraan, Anak-Anak saya adalah Guru, dan ada yang bertugas sebagai Jururawat, Ipar-Ipar saya majoriti guru dibeberapa buah sekolah, adik beradik saya serta anak-anak mereka berdarah seni. Jadi...apa salahnya jika mereka dipilih oleh Jabatan-Jabatan yang mereka wakili untuk mengambil peranan dalam berbagai aturcara perayaan?


Oleh itu jangan hairan dan jangan cuba menimbulkan persoalan. Saya sendiri telah ditakdirkan menjadi orang seni, keturunan saya semua orang seni, asal saya adalah dari kampung yang kuat memeggang adat dan kaya dengan berbagai kesenian. Orang tua saya adalah dari Kampung Burung Pingai Air. Jadi tidak patut wujud persoalan tentang ramainya penglibatan ahli keluarga saya kerana kebanyakan mereka adalah orang seni dan sangat jujur dalam melaksanakan tugas.

Kekuatan kepimpinan saya adalah hasil sokongan mereka serta ramainya sahabat handai yang TANPA rasa walang sentiasa sedia memberikan bantuan dan sokongan. Mereka tidak tanggung-tanggung Helang kalau berat dilepaskan. Terima kasih dan penghargaan wajar diberikan untuk mereka.

Dalam memberikan sumbangan
bakti sukarela tidak dapat dikatakan ada pilih kasih kerana ini bukanlah jawatan yang mempunyai kuasa tertentu atau ada kepentingan tertentu.


Hal ini dibentangkan disini bukan kerana ala, ujub dan takbur, kita berlindung kepada Allah daripada semua sifat majmumah, geromal ini dimuatkan dipublikasi ini khusus untuk makluman kepada orang-orang yang kadangkala mudah timbul prasangka. Prasangka itu adalah mainan syaitan, maka tidak layak prasangka itu bertahta di hati dan diotak orang-orang yang akan bersatupadu demi Raja, Demi Bangsa, Demi Negara yang tercinta.

SALAM DARI SAYA BERSAMA KELUARGA YANG BERJIWA SETIA DAN NASIONALIS !!

Dr. Hj Harun M

Persekitaran Lokasi Persembahan

Tempat letak kerita ajk Persembahan Padang dimana? Tandas udah udah diperbaiki? Ada berapa tandas boleh digunakan? Tempat Makan Peserta selepas Persembahan pada 25 Julai 2009 sudah dikenal pasti? Tempat penaruhan Prop dan Peralatan dimana? Khemah para peserta berhimpun sudah diaturkan? Lokasi penerimaan bekalan seperti Minuman dan Makanan sewaktu latihan sudah diketahui?

Khemah Perubatan Khemah Perubatan, Khemah Kesihatan, Khemah Bulan Sabit dimana dan berapa banyak?

Kenderaan peserta? Pengangkutan Peralatan?
Lokasi pihak yang akan memainkan efek 'Pancutan Air/Embun berwarna apa sudah di atur?

Semua persoalan tersebut harus di tangani bersama oleh semua AJK yang telah dilantik. Semua harus tahu jawapannya. Kalau belum tahu sila tanyakan dan dapatkan maklumannya. Jika diketahui belum sempat diuruskan, bererti kita kekurangan tangan, maka tangan saudara dan saudari sangat diharapkan agar sama membantu sambil mengambil inisiatif sendiri.

Di tahun lepas, tidak banyak masalah tentang orang ramai berebut makanan kerana kita ada Jawatankuasa bahagian Kesejahteraan yang telah mengambil inisiatif untuk menjaga tempat-tempat juadah makanan disediakan. Kawalan ditempat kawasan peserta dan peralatan juga mereka berjaya mengawal.

Cuma kerana secara tidak senghaja mereka mengambil inisiatif sendiri hingga turut mengawal orang ramai dikawasan peserta persembahan sedang junjung ziarah, perkara ini telah menimbulkan beberapa pertanyaan. Namun bagi kita, mereka telah berjasa dan berjaya melaksanakan beberapa tugasan yang pihak lain mungkin kurang lancar dalam mempastikan kelancaran.

Tempat yang paling sensetif ialah kawasan di mana Juruhebah sedang bercakap melalui mikrofon, tempat yang juga tidak boleh ada gangguan ialah kawasan teknisyen suara menjaga alat mixer dan perkakasan Alat Audio, kawalan pembesar suara dan yang paling penting ialah tempat dimana kabel-kabel bekalan letrik sedang disambung. Itulah di antara beberapa perkara yang sangat penting untuk diawasi sepanjang persembahan. Tugas-tugas ini biasanya tidak dapat diawasi oleh pihak lain kecuali terdiri dari AJK yang ditentukan.

SEMUA PIHAK DIHARAP DAPAT MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENANGANI BERSAMA PERKARA-PERKARA YANG TELAH DISEBUT TANPA MENANTI ARAHAN ATAU PETUNJUK PENGERUSI. !!!

SEKIAN

DARIPADA: PENGERUSI PERSEMBAHAN PADANG.