Friday 5 June 2009

Kumpulan Pemangkin

Persatuan Belia Belait lebih terkenal dengan sebutan ringkasnya "PEMBELA" adalah kumpulan yang menjadi peneraju dan pemangkin setiap gerakan menyelaras Persembahan Padang. Mereka berada dalam setiap sudut dan aspek gerakan seperti Perancangan, Pengurusan, Pentadbiran, Perhubungan, Penyelarasan, Sekretariat, Koreografik, Penataan, Grafik, Penyusunan Musik, Penciptaan Lagu, Penaraan Sumber, Penyediaan Tenaga sokongan dan tenaga pendukungan, pokoknya PEMBELA memiliki kepelbagaian kecekapan dan kemahiran dalam hal-ehwal kesenian dan kemasyarakatan. Dan perkara yang paling penting dimiliki oleh PEMBELA ialah semangat dan kesetiaan untuk Ugama, Raja, Negara dan Bangsa.
PEMBELA telah berperanan sejak dari permulaan rancangan sambutan perayaan hendak dianjurkan. Sebaik saja menerima makluman dari Pegawai Daerah, PEMBELA segera mengadakan sesi Percambahan Fikir "Brain Storming' untuk meninjau berbagai konsep persembahan Padang yang dijangka mempunyai ciri peningkatan dan mengandungi nilai tambah dari segi kualiti dan prestasi dari tahun-ketahun.

Sebelum AJK Persembahan ditubuhkan, PEMBELA awal-awal lagi telah mulai menyusun gerakan untuk siaga menyahut sebarang seruan dan permintaan. Bahan dan peralatan telah dikumpul dan merapikan segala keperluan yang akan digunakan. Sebab itu setiap konfirmasi projek hendak dilancarkan PEMBELA telah lengkap dengan berbagai aspek yang diperlukan. Namun tidak banyak yang tahu bahawa dikalangan mereka ini juga banyak yang terdiri dari bekas-bekas pelajar dan penuntut yang sampai sekarang masih menunggu berbagai peluang pekerjaan. Didalam bahagian kepimpinan PEMBELA ramai yang mempunyai kelulusan akademik tinggi dan sudah mempunyai pekerjaan diberbagai lapangan. Tetapi dikalangan belia remaja terdapat beberapa orang yang masih mencari pekerjaan dan mengharap berbagai peluang.
Sebahagian lagi telah mendapat kesempatan mengikuti berbagai kursus dan pendedahan dalam bidang belia dan kemasyarakatan baik melalui Seminar dan kursus yang di adakan didalam Persatuan, didalam Negara anjuran bebera Kementerian dan Seminar, Konvension, Simposium yang diadakan di Luar Negara seperti di Negara-Negara Asean, Negara Jepun, Korea, Australia dan banyak lagi. Begitulah kepelbagaian pengelaman yang dikaut telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh ahli PEMBELA sehingga dapat menanai Persatuan ini sebagai Pertubuhan yang unggul dan tetap aktif sejak penubuhannya pada 26 Jun 1966.

Melalui projek menyelaras aturcara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Projek-projek dan aturcara sambutan Hari Kebangsaan, Projek-Projek dan aturcara kegiatan anjuran Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan serta Kegiatan anjuran Persatuan ini sendiri, PEMBELA kini menyiapkan wawasan untuk menyokong dan mendukung DASAR PENDIDIKAN SPN21. PEMBELA berharap akan mengadakan kerjasama dengan membekalkan tenaga sukarela yang mahir dalam berbagai bidang kesenian untuk dimanfaatkan bersama oleh pihak-pihak yang memerlukan di Institusi Pendidikan dan Kejuruteraan.
Begitulah kenyataan disebalik kejayaan Daerah Belait merangkul Lapan Kali Juara Persembahan Padang bahawa PEMBELA sibuk sejak bulan Januari hingga bulan Julai sama ada dibelakang tirai, digarisan depan dan juga di lapangan.

Belia-Belia dalam PEMBELA akan lebih meningkat prestasi selaku Warga setia jika semangat yang mereka miliki ini tidak di membazirkan atau tidak dipersia-siakan. Kerana sekuat manapun semangat pasti akan luntur jika elemen yang menanai semangat itu tidak dipugar dan tidak terus dibelai agar terus subur. Unsur kelemahan ini jelas terbayang pada kedudukan Persatuan ini yang setelah lebih 46 tahun berada dipersada perjuangan dan menabur bakti secara sukarela ternyata masih diabaikan dari segi penghargaan dan pengiktirafan. Perkara ini jelas terbayang pada hasrat dan permintaan persatuan untuk meminjam bangunan-bangunan kosong yang dimiliki beberapa pihak yang selalu menggunakan tenaga Pembela masih tidak mendapat perhatian. PEMBELA berharap dengan ada bangunan yang dapat dijadikan pusat pentadbiran dan gerakan nescaya Persatuan ini akan lebih dapat memaksimal kan usaha belia sebagai asset negara yang bersama memangkin pembangunan dan kemajuan negara. Tetapi hingga kini PEMBELA masih manantikan sesiapa yang PEKA terhadap isu ini.

SEKIAN. SALAM DARI: YDP PEMBELA.

BRUNEI SHELL AKAN MEMBUKA TIRAI PERSEMBAHAN PADANG BELAIT 2009

TAHUN 2009 Kita menyelaras dengan Konsep "Keep It Short And Simple" dan "Kreatif Indah Singkat Sempurna" ringkasnya untuk kedua ayat tersebut ialah K.I.S.S lambang kepada mesra, kasih dan sayang.

Walaupun kita berusaha menyelaras dengan cermat, berhemat dan berjimat, tetapi sudah terbiasa membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, nampaknya sekali lagi kita akan menyaksikan suatu hasil kreativiti seni yang sangat indah untuk kita persembahankan sebagai cenderakasih rakyat dan penduduk Daerah Belait kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena sambutan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-63 Tahun di Daerah Belait. Insya Allah

Konfiden kita meningkat dengan adanya persembahan dari Brunei Shell pada segmen Pertama "Opening Act".

Setia Usaha AJK Persembahan Padang telah pun berhubung dengan Dyg Hayati untuk meninjau persiapan kearah ini. Selanjutnya perjumpaan dengan Sekolah Menengah yang berkenaan akan di aturkan esok bagi mendapatkan sumber tenaga bagi persembahan tersebut.

Saturday 30 May 2009

Jadual Latihan Padang

Sukacita dimaklumkan, berikut ini adalah Jadual Latihan Padang untuk diambil maklum oleh semua pihak. Bagaimanapun kita hendaklah bersiap sedia sambil sentiasa fleksibel tentang tarikh yang disebutkan kerana perubahan tidak mustahil akan berubah jika ada keperluan serta jika ada permintaan dari AJK Teringgi Perayaan peringkat Daerah atau AJK Tertinggi Peringkat Kebangsaan.


LATIHAN PADANG MENGIKUT SEGMEN DAN KELOMPOK

Kumpulan PERTAMA yang akan berlatih ialah Peserta Laungan Daulat dan Lagu Kebangsaan. Hadir bersama ialah Kumpulan Koir JKR dan Kumpulan Koir Sekolah Menengah Perdana Wazir KB.


Kumpulan KEDUA pada hari ISNIN 6 Julai 2009 Segmen satu, terdiri dari Kumpulan Nasyid Sekolah Arab, Kumpulan Speaking Choir Sekolah PJN, Kumpulan Bahasa Isyarat SR PSOAS, Kumpulan Bahasa Isyarat SR Ahmad Tajuddin


Kumpulan KETIGA pada hari SELASA 7 Julai 2009 Segmen Satu, terdiri dari Aksi-Lakon Persatuan Karatedo, Etnik Cina, Kumpulan Riadah Sekolah Chung Lian, Persib, Etnik Iban, Etnik Dusun, Etnik Belait dan beberapa kumpulan yang terpilih sahaja.


Kumpulan KEEMPAT pada hari RABU 8 Julai 2009 Segmen Dua, terdiri dari kumpulan Pelengkap sahaja.


Kumpulan KELIMA pada hari KHAMIS 9 Julai 2009 Segmen Tiga, terdiri dari Kumpulan HUMAN GRAPHICS Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah Kuala Belait.

Kumpulan KEENAM PADA HARI SABTU 11 Julai 2009 (Bahagian Musik Iringan) berlatih di dalam Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan terdiri dari Kumpulan Hadrah, Gendang Rampak Pembela, Alat Tradisional Dusun, Kumpulan Koir JKR, Kumpulan Koir Sekolah Menengah Perdana Wazir, dan Nasyid Sekolah Arab. Aturcara latihan adalah: Lagu Tawakkal, Neo Nasyid – Selawat, Nasyid Asmaul Husna, Lagu Hadrah ‘Sultan Sulaiman’, Lagu Payung Mahkota dan Instrumental Aikido (untuk kumpulan hadrah, gendang rampak Pembela dan Alat Tradisional sahaja).

LATIHAN PADANG – BERSEPADU

ISNIN 13 Julai 2009 – 8.30 pagi: LATIHAN PENYUSUNAN POSISI DAN MENGIKUT ‘FLOW OF SQUENCE’. (Dikehendaki hadir semua Peserta Persembahan Kecuali Kumpulan Laungan Daulat).

SELASA 14 Julai 2009 – 8.30 pagi: LATIHAN PENUH BERSEPADU (Semua Peserta dikehendaki hadir).

RABU 15 Julai 2009 – (Rehat)

KHAMIS 16 Julai 2009 – 8.30 pagi LATIHAN MENGEMASKINI KUMPULAN TERTENTU SAHAJA.

JUMA’AT 17 Julai 2009 – 2.30 ptg PERJUMPAAN AJK TEKNIKAL & KOREOGRAFIK (meninjau segala kemungkinan).

SABTU 18 Julai 2009 – 8.30 pagi RAPTAI AWAL (First Rehearsal)

AHAD 19 Julai 2009 – 2.30 ptg PERJUMPAAN AJK TEKNIKAL & KOREOGRAFIK (Mengkaji segala aspek untuk penambahan Nilai).

ISNIN 20 Julai 2009 – 8.30 pagi RAPTAI KEDUA (2ND Rehearsal)

SELASA 21 Julai 2009 – 8.30 pagi RAPTAI PENUH (Full Dress Rehearsal)

RABU 22 Julai 2009 – 8.30 pagi (LATIHAN KONTIJENSI)

KHAMIS 23 Julai 2009 (Semua Pihak bertindak mempastikan peralatan dan kelengkapan siap operasi di Lokasi, Peralatan Prop dan sebagainya dipastikan keberadaannya).

JUMA’AT 24 Julai 2009 (Semua berdua dan solat Hajat semoga segalanya berjalan lancar, bagus, cemerlang dan selamat, AMIEN!)

Bersama Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Belait diseru agar terus menanai semangat yang tinggi dan mengekalkan perpaduan.

Yang Berhormat Pehin mengakui bahawa Daerah Belait sangat beruntung kerana mempunyai ramai orang-orang yang berkaliber dan berbakat serta mempunyai inovasi dan kreativiti yang tinggi.



Tahun 2009 pasti akan terus menyaksikan keindahan karya seni adunan dari minda dan bakat yang dimiliki oleh masyarakat dan penduduk Daerah Belait. Namun begitu semangat ingin bersatupadu adalah kunci kejayaan sebenar daerah ini.

Selain dari itu elemen yang menyumbang kepada kecemerlangan adalah rasa kasih dan cinta terhadap Raja dan Negara yang dimiliki oleh mereka yang mendokongan dan menyumbangkan fikiran dan tenaga.

Semua faktor tersebut adalah suatu yang inti kemantapan ditunjangi oleh jiwa yang taat dan setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kepimpinan Bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Semua elemen ini hendaklah dikekalkan. Ramai pihak yang meyakini bahawa perkara ini akan sentiasa dapat ditanai dengan ketokohan serta kaliber pimpinan Pengerusi Persembahan Padang Dr. Hj Harun yang telah beberapa kali berjaya merancang dan melaksanakan berbagai aktiviti khususnya Persembahan Padang. Belait telah beberapa kali menjadi Juara.

























Penyertaan Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah sekali lagi menjadi 'Centre of attraction'

Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah sekali lagi akan menjadi pusat tumpuan persembahan padang.

Seperti ditahun-tahun lalu penampilan MKJB adalah di antara peranan utama yang akan menambah kepada keindahan olah-gerak peserta-peserta persembahan. Tahun 2009 MKJB diberi peranan sebagai kumpulan yang akan membuat persembahan 'Human Graphic'. Mereka juga akan menjadi kumpulan pandu kepada kumpulan lain.

Mula-mula AJK Persembahan menjangka MKJB hanya dapat mengeluarkan sejumlah kecil dari penuntut-penuntut Maktab tersebut, tetapi dengan semangat yang tinggi Pengetua MKJB yang baru Cikgu Alias bin Hj Abu Bakar telah memaklumkan kesanggupan Maktab untuk meningkatkan Jumlah tersebut untuk menyesuaikan dengan keperluan rekacipta gerakan 'Human Graphic'.

Tahniah dan penghargaan setinggi-tingginya untuk semua Guru-Guru, Kakitangan dan Penuntut MKJB!

Daripada:

Dr. Hj Harun M
Pengerusi Persembahan Padang 2009

Kalimah Alif Lam Lam Ha di langit



KUALA BELAIT 20 Mei 2009 sekali lagi menyaksikan awan berbentuk kalimah Alif Lam Lam Ha (Allah). Syukur dengan nikmat ini, tetapi sayang saya terlambat mengambil gambar. Bagaimanapun foto yang di muat dalam blog ini masih sempat detik-detik akhir sebelum awan tersebut menghilang.

Sejak ramai yang terlihat awan berbentuk kalimah (Allah) sewaktu orang ramai membaca do'a semasa sambutan Maulid Hari Keputeraan Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W, sekali lagi diwaktu malam ramai yang terlihat sepe
rti pantulan cahaya bintang yang bertulis kalimah 'La ilaaha ilaallah' di malam bulan Rajab sewaktu kita mengadakan sambutan Israk Mikraj.


Kali ini awan berbentuk kalimah (Allah) timbul lagi. Subhanallah! bertambah sejuk hati kita dan kecut juga terasa jiwa ini memikirkan kebesaran Ilahi. Sayang kita kurang mengerti pertanda dan Isyarat yang dikurniakan ini.

Sejak kita mengubah corak persembahan kepada hiburan yang Islami dengan memuatkan Nasyid dan Qasyidah yang menyebut nama Allah serta selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ditambah dengan berbagai pertanda ini, kita kini semakin yakin untuk terus menyampaikan dakwah melalui kreativiti seni, Insya Allah. Kita wajib menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara ini sebagai Negara Zikir, Negara Al-Qur'an. Negara 'Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur'...Alhamdulillah!

Dr Hj Harun M Mewakili ajk Persembahan Padang membuat pembentangan


KHAMIS 28 Mei 2009 bertempat di Dewan Santap kawasan Rumah Kediaman Resmi Pegawai Daerah Belait telah di meriahkan dengan semangat kerjasama Ahli-Ahli Jawatankuasa Acara-Acara sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-63 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Matalamat utama perjumpaan itu adalah sesi Perbincangan bersama Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Dalam kesempatan itu, Dr. Hj. Harun Mokti selaku Pengerusi Persembahan Padang telah membentangkan Laporan Progress pengurusan dan penyelarasan segala hal-ehwal persiapan Persembahan Padang.

Menurut kandungan dalam pembentangan tersebut, banyak kumpulan-kumpulan yang terpilih untuk menjayakan persembahan terebut telah memulakan latihan yang berkaitan dengan peranan masing-masing

Progress Report oleh Pengerusi

INTIPATI PERSEMBAHAN SEMBAH SYUKUR WECANA KASIH



KONSEP

Gerak Aksi & Nyanyian
yang
Mesra Budaya
dan
Mesra Ugama



MISI



SEBUAH MANIFESTASI KASIH RAKYAT KEPADA RAJA

DAN

RAKYAT MENJUNJUNG KASIH



PERISIAN & INTISARI



GAMBARAN DAERAH MAKMUR, INDAH DAN HIJAU

SENI BUDAYA DAN AKTIVITI WARGA YANG BAHAGIA

SEMBAH KASIH DAN BERDOA

CERIA DAN MERIAH DIGAMBARKAN DENGAN KETANGKASAN BERDISIPLIN SERTA KREATIVITI GRAFIK




LAPORAN KEMAJUAN PENYELARASAN PERSEMBAHAN PADANG 2009



Proses Pencetusan Senario – Plot dan Konsep Persembahan

Kertas Kerja Huraian Konsep

Status: Selesai dibuat dan telah dihadapkan



Kertas Kerja Panduan Penyelarasan – Perlaksanaan dan Pengurusan

Status: Telah dibuat dan diberikan kepada AJK Persembahan mengikut tugasan



Penubuhan Struktur Pengurusan



Lantikkan AJK Pengurusan dan Penyelarasan

Status: Siap di lakukan



Lantikan AJK Kecil pendokong dan peserta persembahan

Status: Siap dilakukan (sebahagian surat sudah diedarkan dan sebahagian terpaksa melalui perubahan)

Penubuhan Sekretariat dan pusat Perhubungan

Status: Menggunakan fasilitas peribadi dan tenaga sukarela ahli Persatuan Pembela



Kemaskini Alat Inter-Komunikasi

Status: Blog Persembahan Padang Belait telah diterbitkan dalam siber

Perjumpaan Bersemuka dengan Pelbagai Sektor

Status: Jabatan Perkhidmatan Awam, 17 Sekolah Maktab Kejuruteraan, MPM/MPK, Pertubuhan Swasta, Pertubuhan NGOs, AJKT Perayaan Daerah Belait, AJK Persembahan Padang, Ketua-Ketua Peserta. SERING TERSENDAT -SENDAT



Online Conference Room



Status: Hampir Setiap waktu yang diperlukan dikalangan ajk Persembahan Padang

Peralatan Komunikasi Radio Walkie-talky, Telefon, SMS dan Media

Status: Belum ada.



Pencarian Sumber dan Penyiapan Bahan



Musik Latar Panduan Latihan Lokal (Siap)

Musik Latar Untuk Latihan Padang (Akan disunting mengikut mode & motion durasi persembahan)

Musik Latar Persembahan Aktual (akan diproses menggunakan Studio RTB untuk rakaman Vokal dan Dubbing)

Produksi Master CD bagi Lagu, Musik Latar dan Jinggle (akan melalui proses Equalise)




Jadual Penyelarasan



Mesyuarat AJKPP (Siap)

Koreografik (siap, tetapi selalu flexi)

Teknikal (Masih tersendat)

Logistik (Sebahagian Masih samar)

Taklimat akhir (Akan dibuat kemudian)

Latihan Lokalisasi (Sebahagian Sudah berjalan)

Latihan ‘Dry-run Table-top (Akan diusahakan sebelum latihan Padang)

Latihan Padang mengikut segmen (Bermula 4 Jul 2009)

Latihan Bersepadu (Bermula 11 Jul 2009)

Latihan Penuh

Raptai Awal;

Raptai Akhir;

Latihan (Final Touch-up)



Kumpulan Pendokong dan Peserta Segmen Mengalukan Ketibaan



Brass Band ABDB (Menunggu Konfirmasi)

Kumpulan Koir JKR dan Jabatan Perkhidmatan Awam (Menunggu Konfirmasi)

Kumpulan Koir Sekolah Menengah Perdana Wazir (Siap sedia untuk Latihan)

Kumpulan Nasyid Sekolah Arab, Lumut (Sudah Mula Berlatih)

Hadrah & Kumpulan Gendang Rampak P. Pembela (Akan berlatih sewaktu cuti Sekolah bulan Jun 2009).




Kumpulan Laungan Daulat dan Lagu Kebangsaan



Penghulu-Penghulu & Ketua Kampung

AJK MPM & MPK (Akan dikirim surat)

Jawatan Kuasa Persembahan Padang (Akan dikirim surat)

Pengerusi dan AJK Acara-Acara Perayaan Daerah Belait (Akan dikirim surat)

Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam (Akan dikirim surat)

Persatuan Belia dan Kebajikan (Akan dikirim surat)

Persatuan dan Pertubuhan Beruniform (Akan dikirim surat)

Masyarakat berbagai Etnik Daerah Belait (Akan dikirim surat)




Pendokong Segmen Pertama



Pembaca Syair (Siap Sedia)

Penghebah Acara (Siap Sedia)

Kumpulan ‘SPEAKING CHOIR’ (Sekolah Menengah PJN PHAB) (Sedang berlatih)

Peraga Bahasa Isyarat (SR Paduka SOAS + SRAT). (Sedang berlatih)

Gerak Aksi – Budaya Kehidupan (S.M.S.A; AAC; SM PHR; P. Karatedo; Etnik Tiong Hua; Iban; Dusun dll (Belum dipantau)

Gerak Tari Flora & Fauna (Sek. St. James; St. Johns dan SM Chung Hwa KB). (Sedang berlatih)




Pendokong Segmen Kedua (Nasyid ‘Asmaul Husna’)



Semua Kumpulan Peserta Segmen Pertama

Kumpulan Pelengkap (SRKB; SR. PSN PAM; SR. Panaga; SR. PSN PHY; SR. Muhammad Alam Seria.) (Sedang dipantau)




Pendokong Segmen Ketiga


‘Human Graphic’ (Belait Makmur Indah dan Hijau)

Semua Kumpulan Pendokong ‘Opening Act’ & Segmen Pertama

Semua Kumpulan Pendokong Segmen Kedua

Kumpulan Pandu Graphic (Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah KB). (Sedang dipantau)




Grand Finale – Junjung Ziarah



Hadrah

Semua Peserta Dan AJK



Selanjutnya, Pengerusi Persembahan Padang, membentangkan susunan latihan menurut jadual yang disediakan oleh setiap kumpulan peserta.

Termasuk yang dibentangkan ialah permasalahan dan perkara yang berkaitan dengan beberapa kelemahan yang menghalan kelancaran gerakan usaha penyelarasan.



Pengerusi juga menunjukkan kedudukan posisi peserta sewaktu membuat persembahan serta contoh sturuk pentas dan juga perspektif yang mengambarkan bagaimana halaman padang akan dicuba diusai seolah-olah sebuah taman Flora dan Fauna yang menghijau dan indah.



Perjumpaan dan perbincangan telah berjalan dengan penuh kemesraan dan saling menunjukkan kesefahaman. Turut hadir ialah beberapa Ahli Jawatankuasa Persembahan Padang yang dijemput untuk sama memperhatikan perjalanan perbincangan.


Friday 29 May 2009

Bolehkah Padang Bola Berubah menjadi Taman Flora dan Fauna

Kekadang hayalan ini menerawang jauh. Jauh sehingga menemukan sebuah ilusi. Kelihatan gambaran tentang Padang Bandaran yang dulunya lebih dikenal sebagai Padang KBRC akan bertukar menjadi sebuat dataran yang dipenuhi debungaan, pokok-pokok menghijau seolah-olah sebuah taman.

Bolehkah padang bolasepak ini di hias berubah menjadi sebuah taman seperti latar belakang nyanyian hero dan heroen dalam sebuah cerita Hidustan.

Dengan adunan perhiasan dan kelengkapan padang, peserta persembahan akan dilengkapkan dengan pakaian dan prop yang berkonsepkan Flora dan Fauna, dapat kita bayangkan betapa indahnya persembahan itu nanti.

Mudah-mudahan pihak yang menghias padang dan koreografer persembahan akan bersatu cetusan minda sehingga mengolah suatu kreativiti yang sangat seni dan indah.

Sumber untuk mendapatkan sebanyak-banyak bunga dan pokok-pokok yang ditanam dalam pasu harap boleh didapati dengan sokongan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bandaran, semaian benih dari Jabatan Pertanian, Pokok-pokok boleh didapati dari Jabatan Pertanian dan Kehutanan.

Bagaimana jika masih belum cukup?

Di Daerah Belait terdapat beberapa buah Syarikat Flourist, pihak yang selalu membekalkan hasil tanaman bunga dan pokok-pokok dalam pasu.

Di Daerah ini juga terdapat beberapa buah Syarikat Lanskap. Jika kita dapat mempelawa mereka ini untuk mempamerkan daya kreativiti mereka sebagai promo perniagaan, tentu akan lebih memudahkan usaha kita.

Selain itu kita terlihat ramai dikalangan pemilik rumah yang berdekatan telah menghias rumah mereka dengan berbagai tanaman dalam pasu. Jika mereka ini kita pelawa untuk ikut serta mempamerkan bunga dan tanaman pokok mereka yang sedia didalam pasu, pasti akan lebih meriah.

Untuk menjayakan itu semua, kita tinggal berinisiatif saja untuk menghubungi mereka semua. Kita tinggal menyediakan kemudahan pengangkutan saja.

Selain itu kita hanya perlu memberikan jaminan keselamatan bunga dan pokok mereka serta penjagaan agar tidak rosak atau layu. Kuncinya adakah kita benar-benar mahu perayaan ini meriah? Dan adakah kita mahu melaksanakan urusan ini dengan senang hati dan penuh dorongan semangat cinta kepada Raja dan Negara.

Semoga semua yang berkaitan akan mengambil maklum.

Wassalam.

Daripada:
Dr. Hj Harun M.
Pengerusi Persembahan Padang

Sokongan Keluarga adalah tunjang kejayaan dalam kepimpinan

Didikan Rasulullah s.a.w mengajar kita agar mendakwah ahli keluarga kita terlebih dahulu dan setelah itu baru sahabat dan orang lain. Hanya orang yang masih jahil dalam ajaran ugama saja yang mungkin hairan dan mempertikaikan kehadiran ahli keluarga saya yang ramai mendokong dan memberikan kerjasama dalam berbagai aktiviti yang saya pimpin.

Memang terdapat orang-orang yang kurang senang dengan saya, tetapi saya mempunyai ramai sahabat, kawan dan rakan yang sentiasa sedia untuk menyumbang tenaga bakti secara sukarela demi negara, bangsa dan Ugama. Dalam setiap pergerakan sememangnya saya mengutamakan keluarga, tetapi bukan mengutamakan mereka sedang peribadi mereka tiada kualiti, kemahiran atau kebolehan. Ahli keluarga bukan langsung boleh diketengahkan tetapi hendaklah dididik dan dipimpin terlebih dahulu. Nah setelah mereka mempunyai kualiti dan kapasiti yang sesuai, setentunya mereka secara peribadi berhak untuk tampil dan ditampilkan.

APA GUNA KITA MENDABIK DADA SEBAGAI KETUA, SEBAGAI PEMIMPIN sedangkan semua orang tahu ahli keluarga kita tidak ada yang menyokong kita dan apalagi kenyataan menunjukkan bahawa seorangpun dari ahli keluarga tidak pernah menganggap kita sebagai pemimpin mereka. MALU!!

Anak-anak saya telah mengikuti saya berkecimpung dalam kegiatan sukarela sejak mereka berusia belasan tahun hinggalah mereka mendapat pekerjaan setelah berjaya di menara gading. Mereka sudah terbiasa dengan kegiatan atas pentas, acara padang dan pernah mengendali sendiri beberapa program kemasyarakatan, Kesenian dan aktiviti kebeliaan.

Begitu juga dengan ahli keluarga saya, mereka sangat intim dan sangat saling mendokong dan menyokong dalam apa saja yang dilakukan oleh salah seorang dari ahli keluarga. Selain dari itu mereka juga sering berperanan dalam beberapa aktiviti anjuran Jabatan-Jabatan tempat dimana mereka berkerja.

Dalam kegiatan penyelarasan upacara perayaan sejak beberapa tahun kebelakangan hingga sekarang memang ramai diantara keluarga saya terlibat. Penglibatan mereka tidak semestinya pilihan saya sendiri kerana kebetulan ramai di antara mereka bekerja di Jabatan-Jabatan Kerajaan yang kebetulan mengambil peranan dalam Persembahan Padang. Sudah beberapa tahun kita sering melibatkan penyertaan sekolah-sekolah menengah, sekolah-sekolah rendah, Maktab Kejuruteraan, sekolah vokasional, Jabatan-Jabatan Perkhidmatan Awam dan Sektor Swasta. Isteri saya bertugas di Maktab Kejuruteraan, Anak-Anak saya adalah Guru, dan ada yang bertugas sebagai Jururawat, Ipar-Ipar saya majoriti guru dibeberapa buah sekolah, adik beradik saya serta anak-anak mereka berdarah seni. Jadi...apa salahnya jika mereka dipilih oleh Jabatan-Jabatan yang mereka wakili untuk mengambil peranan dalam berbagai aturcara perayaan?


Oleh itu jangan hairan dan jangan cuba menimbulkan persoalan. Saya sendiri telah ditakdirkan menjadi orang seni, keturunan saya semua orang seni, asal saya adalah dari kampung yang kuat memeggang adat dan kaya dengan berbagai kesenian. Orang tua saya adalah dari Kampung Burung Pingai Air. Jadi tidak patut wujud persoalan tentang ramainya penglibatan ahli keluarga saya kerana kebanyakan mereka adalah orang seni dan sangat jujur dalam melaksanakan tugas.

Kekuatan kepimpinan saya adalah hasil sokongan mereka serta ramainya sahabat handai yang TANPA rasa walang sentiasa sedia memberikan bantuan dan sokongan. Mereka tidak tanggung-tanggung Helang kalau berat dilepaskan. Terima kasih dan penghargaan wajar diberikan untuk mereka.

Dalam memberikan sumbangan
bakti sukarela tidak dapat dikatakan ada pilih kasih kerana ini bukanlah jawatan yang mempunyai kuasa tertentu atau ada kepentingan tertentu.


Hal ini dibentangkan disini bukan kerana ala, ujub dan takbur, kita berlindung kepada Allah daripada semua sifat majmumah, geromal ini dimuatkan dipublikasi ini khusus untuk makluman kepada orang-orang yang kadangkala mudah timbul prasangka. Prasangka itu adalah mainan syaitan, maka tidak layak prasangka itu bertahta di hati dan diotak orang-orang yang akan bersatupadu demi Raja, Demi Bangsa, Demi Negara yang tercinta.

SALAM DARI SAYA BERSAMA KELUARGA YANG BERJIWA SETIA DAN NASIONALIS !!

Dr. Hj Harun M