Friday 24 April 2009

Sekitar Perbincangan Koreografik - Dari Meja Pengerusi






Kumpulan 'Speaking Choir' yang didukung oleh penuntut-penuntut Sekolah Menengah Pengiran Jaya Pg Haji Abu Bakar adalah pihak yang akan menjadi tumpuan penonton di hari persembahan padang bulan Julai nanti.

Menurut Pengerusi, Kumpulan Speaking Choir akan bercakap dengan lontaran suara yang serentak, seirama dan berantonasi yang beralun. Selain itu setiap patah perkataan akan mereka peragakan dengan gaya-aksi 'Body Language'. Tugas mereka ini agak berbeda sedikit dengan Kumpulan Peraga Bahasa Isyarat yang akan beraksi memperagakan APA YANG DICAKAPKAN oleh Juru Acara dan Kumpulan Speaking Choir. Namun begitu bagi memudahkan Jurulatih dan Koreografer, Pengerusi Persembahan tidak menekan untuk setiap cakap Juru Acara di iringi dengan peragaan 'BAHASA Isyarat. Kita menyerahkan kepada kemampuan Kumpulan Peragaan Bahasa Isyarat, jika mereka mampu buat semua tetapi kalau tidak cukuplah mereka konsentrasi memperagakan 'skrip' sebahagian dari kata-kata Juru Acara tetapi wajib untuk skrip perkataan Kumpulan Speaking Choir. Kalaupun masih sulit, cukuplah mereka memperagakan bahasa isyarat untuk skrip kata-kata Speaking Choir sahaja. Peraga Bahasa Isyarat akan didukung oleh Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien dan Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin Kuala Belait.

Tugas kedua Kumpulan ini juga ialah membuat gerak-aksi dan olah-tari sewaktu irama lain sedang dibunyikan sepanjang persembahan sedang berjalan. Malahan menurut penerangan pengerusi setiap kumpulan perlulah juga menyediakan koreografi gerakan sewaktu segmen terakhir persembahan dimana penuntut Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah akan menjadi 'Leading Group' mengayakan irama musik 'Drumline' secara 'Human Graphic'. Untuk kemudahan kumpulan lain, mereka boleh merekacipta gerakan sendiri atau mengikut saja gerak yang dilakukan oleh penuntut MKJB selaku kumpulan pandu persembahan grand finale.

Di Bahagian lain tetapi tidak kurang pentingnya ialah ahli-ahli Persatuan Karatedo yang membuat aksi dan olah-tari mengambarkan warga yang sedang menumbuk padi ditambah meriah dengan kumpulan etnik Iban, Etnik Dusun dan Etnik Belait yang juga membuat gerak-aksi dan olah tari.

Dari murid-murid yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum diharap akan menampilkan senaman di meriahkan dengan kumpulan taichi, silat dan beberapa jenis seni beladiri yang akan beraksi memberi gambaran tentang masyarakat yang sihat. Menurut penerangan pengerusi, kumpulan-kumpulan ini bebas mencipta koreografik persembahan mereka.

Pandangan memukau dalam segmen pertama ini di antaranya ialah tarian bunga 'Flora dan Fauna' yang akan dipersembahkan oleh penuntut-penuntut Sekolah St. James, St. Johns dan Sekolah Menengah Chung Hwa Kuala Belait.

Di atas pentas yang akan dibina ditengah padang terdapat Kumpulan Nasyid dari Sekolah Arab Lumut, Kumpulan Koir dari Kakitangan Jabatan Kerja Raya Kuala Belait dan Penyanyi Lagu Kebangsaan yang terdiri dari penuntut-penuntut Sekolah Menengah Perdana Wazir Kuala Belait.

Apakah Sekolah lain tidak dibawa kali ini? Sedangkan mereka juga aktif ditahun-tahun sebelum ini.

Menurut Pengerusi, yang disebutkan tadi itu baru kumpulan TERAS atau 'core groups' sebagai penunjang utama persembahan ini. Beberapa kumpulan untuk pelengkap persembahan masih lagi dalam perbincangan dan dalam sedkit waktu lagi perkara tersebut akan dapat diketahui. Memang semua pihak masih di-alu-alukan untuk menyertai persembahan ini, tetapi dalam bilangan terhad kerana kita telah menentukan jumlah peserta paling maksima ialah seribu orang sahaja.

Dibahagian persembahan musik pula satu kumpulan yang terdiri dari Kumpulan musik tradisi puak etnik seperti Etnik Dusun akan diadun dengan kumpulan 'Drum Line' Persatuan PEMBELA dan beberapa kumpulan Hadrah.

Persatuan Belia dan Kebajikan termasuk Persatuan Beruniform juga akan dilibatkan dibahagian tertentu dalam acara Persembahan Padang ini.