Friday 13 March 2009

SINOPSIS PERSEMBAHAN


Dipetik dari Kertas-Kerja Pembentangan Dr. Haji Awang Harun


SINOPSIS RENGKAS PERSEMBAHAN:

Penyelarasan PRA-PERSEMBAHAN:

Jam 8.30 pagi, dengan keramaian yang ditetapkan, murid dan penuntut bersiap di tepi Jalan Maulana bermula dari simpang Heli-Pad hingga ke Dewan Santap. (Hadrah mengambil posisi di Simpang Heli Pad, di posisi tengah antara jarak simpang Heli-Pad dan simpang masuk ke Dewan Santap, dan pasukan hadrah yang ketiga berada dihalaman Dewan Santap.

Sebaik saja kenderaan Di-Raja melintasi Jalan Maulana dan masuk ke Dewan Santap, murid-murid dan penuntut Sekolah dikerah ke Tepi Jalan bermula dari simpang Jalan Maulana hingga ke Simpang masuk Padang Bandaran. (Hadrah beralih ke posisi simpang keluar dari Dewan Santap, pertengahan jarak perjalanan belakang pentas Di-Raja dan di simpang masuk ke Padang Bandaran.

9.00 pagi, Pasukan Laungan Daulat dan Koir Lagu Kebangsaan mengambil tempat diposisi yang ditentukan.

  1. Brass Band bersiap di pentas
  2. Kumpulan ‘Core’ JKR bersama Penuntut Sekolah Maktab Anthony Abell, Sekolah St Margaret dan St. Angela, semua berada di Pentas untuk Menyanyikan Lagu Kebangsaan.
  3. Di hadapan Pentas Di-Raja bersiap untuk Laungan Daulat:

3.1: Penghulu – Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung

3.2: Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung

3.3: Ahli Jawatan Kuasa Persembahan Padang dan AJK Majlis Ramah Mesra.

3.4: Pengerusi dan AJK Acara-Acara Perayaan

3.5: Kakitangan Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam mewakili berbagai Jabatan di Daerah Belait

3.6: Kakitangan Sektor Swasta, Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina, Masyarakat dari berbagai bangsa,

3.7: Persatuan Belia dan Badan-Badan Kebajikan

3.8: Puak Etnik dan Masyarakat dari berbagai kaum

Sebaik saja kenderaan Di-Raja berada di simpang masuk ke Padang, Pengumuman dihebahkan “KEBERANGKATAN KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM!”

Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi menjunjung serta mengalu-alukan Baginda. Sebaik saja Baginda berada di atas Pentas Di-Raja; Lagu Kebangsaan dinyanyikan dan disambut dengan 3 kali Laungan Daulat.

Pegawai Daerah menyembahkan Buku Program dan berundur semula bersiap untuk menuju ke Pondium serentak dengan Penghebahan “SEMBAH KESYUKURAN PEGAWAI DAERAH BELAIT”.

Persembahan bermula selepas Sembah Kesyukuran oleh Pegawai Daerah. Hanya dengan 500 - 1000 orang peserta terdiri dari remaja dan belia mewakili Institusi Pendidikan, Badan-Badan Berpakaian Seragam, Persatuan – Persatuan, NGO’s, Institusi Perkhidmatan Awam, dan MPM/MPK.

Persembahan akan disusunatur melalui TIGA SEGMEN, Sewaktu PEGAWAI DAERAH menyampaikan Sembah Kesyukuran, Brass Band dan Penyanyi Lagu Kebangsaan perlahan-lahan beredar meninggalkan pentas dan posisi mereka diambil alih oleh Kumpulan Penyanyi NASYID.

Bermula serentak dengan PEGAWAI DAERAH tunduk hormat PENGHEBAH ACARA memaklumkan:

“RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BELAIT MEMPERSEMBAHKAN CERIKA CERIA BERTAJUK “BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU!!”

[KUMPULAN KOIR MENDENDANGKAN NASYID memberi Isyarat pergerakan Kumpulan LAUNGAN DAULAT meninggalkan lokasi persembahan] dan PODIUM diangkat keluar bertali arus dengan kemasukan peserta persembahan SEGMEN PERTAMA.

SEGMEN PERTAMA:

Sebaik saja semua berada dalam posisi, {Musik Instrumental dimainkan}

Olahgerak berbentuk Riadah (Senaman) memperlihatkan aktiviti membajak sawah, bercucuk-tanam, mengetam padi dan lain-lain. (Persembahan ini didokong oleh Pemenang-Pemenang Peraduan Senaman antara Sekolah-Sekolah di Daerah Belait), Belia-Belia dalam Sukan Beladiri, Puak-Puak Etnik dan Masyarakat berbagai Kaum. (Bahagian ini akan dipersembahkan oleh 100 – 200 peserta).

Sambil berlangsung persembahan PENGHEBAH ACARA mengumumkan (VOICE OVER):

MC 1: “Persembahan ini membawa maksud bahawa kemakmuran itu berpunca dari wujudnya warga yang sihat mental, sihat moral, sihat spiritual dan sihat fizikal.”

“Dengan Kriteria sebagai wira yang Cakah, Cekal, Cekap, Cikar, Canggih dan Tanguh, mereka akan menanai kedaulatan Negara, mendokong kemakmuran serta menjaga keselamatan nya.

MC 2: “Mereka menanam, menyamai, dan menyuburkan bumi agar setiap warga, bangsa dan juga Negara sentiasa berbudaya dengan JAYADIRI, BERDIKARI dan mampu MENDIRI.

“Daerah Belait khususnya dan Negara Brunei Amnya akan diwarnai dengan cahaya manifestasi keharmonian serta kemakmuran. Disinilah warna kehijauan menghamparkan makna seolah-olah bersuara melaungkan tentang kecemerlangan yang sentiasa sedia ada di Negara ini, Perut Buminya mengandungi kekayaan, permukaan buminya bertanah subur siap untuk diteroka sedia untuk dimajukan.”

Persembahan dalam SEGMEN SATU ini juga akan disikan dengan AKSI-LAKON, GERAK TARI yang semuanya di susunatur mengambarkan Kemakmuran dan Keindahan yang berkonsepkan MESRA. Mesra Alam, Mesra Lingkungan, Mesra Budaya dan lain-lain.

Pada Penghujung Segmen Satu, Kumpulan ‘Speaking Choir’ dan Kumpulan Peraga ‘Bahasa Isyarat’ mulai mengambil posisi.

SEGMEN KEDUA:

Persembahan menampilkan “SPEAKING CHOIR” (100 orang) para peserta akan bercakap serentak, bergaya seirama, bernyanyi senada.

Kumpulan Kedua diwaktu yang sama akan menyampaikan kandungan ucapan kumpulan “Speaking Choir” secara beramai menggunakan Bahasa Isyarat (Sebagai Gaya) (100 orang) dilakukan secara serentak.

Isi ucapan “Speaking” Choir” akan menceritakan Kemakmuran Negara Dibawah Pimpinan Bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

[Musik Latar dimainkan sesuai pada waktu dan tempat yang sesuai dalam persembahan]

PERINGATAN:

Pada hujung persembahan, Kumpulan NASYID naik kepentas, sementara Kumpulan SPEAKING CHOIR dan KUMPULAN PERAGA BAHASA ISYARAT bersatu dengan kumpulan lain bergerak ke halaman padang mengisikan semua ruang bersiap untuk SEGMEN seterusnya.

Begitu juga kumpulan terdiri dari Kumpulan ANAK YATIM, WARGA BERUSIA LANJUT, IBU TUNGGAL dan lain-lain masuk kepadang dan mengambil posisi di barisan depan.

SEGMEN KETIGA:

Persembahan ketiga ini di mulakan dengan SISIPAN / INSERT: LAFAZ “ALLAH LANJUTKAN USIA SULTAN” 3 kali disampaikan oleh kumpulan terdiri dari Kumpulan ANAK YATIM, WARGA BERUSIA LANJUT dan golongan Masyarakat Kurang upaya. (Rasional persembahan sisipan ini adalah untuk mendapatkan doa Mustajab).

{Peserta berkumpul semua dan duduk untuk Nasyid Do’a}

Lagu ASMAUL HUSNA dinyanyikan.

Para peserta membuat GERAK DAN GAYA melambangkan RAKYAT DAN PENDUDUK sedang memanjatkan Do’a Memohon Kepada Allah s.w.t agar Kebawah DYMM di lanjutkan usia.

PERSEMBAHAN GRAND FINALE:

Peserta masih diposisi yang sama dan memenuhi ruang persembahan mulai berdiri serentak dengan PALUAN HADRAH BERADUN DENGAN BERBAGAI GENDANG DAN REBANA.

Para peserta bergerak dan bergaya mengikut rentak gendang sambil memperagakan prop.

Segmen akhir ini akan direkayasa dengan hiasan PROP dan kemeriahan gerak sambil memperkaya hiasan peserta dengan membawa masuk berbagai bentuk dedaunan dan bunga-bungaan agar menambah warna kehijauan. Special Effect juga akan digunakan untuk memantap seri keindahan persembahan penutup ini.

Pada pertengahan waktu persembahan, para peserta akan bergerak membuat posisi sederet barisan sebagai persiapan untuk Junjung Ziarah.

Dengan ISYARAT KHAS, semua peserta akan tunduk sebagai tanda tamatnya Acara Persembahan Padang. Dari Sini Acara JUNJUNG ZIARAH BERMULA.

Perhatian:

1. Pelantar/Pentas persembahan akan diperkecilkan dan akan lebih mendekati pentas Diraja.

2. Grandstand di Belakang Persembahan tidak akan digunakan. Dengan ini akan memberi ruang lebih untuk khemah orang ramai.

3. Untuk menyelaras Junjung Ziarah, Teknik penyusunan peserta akan di ubah sedikit berbeza dari tahun sebelumnya.

4. Peserta persembahan tidak banyak memerlukan pakaian khas dan digalak memakai pakaian sendiri atau pakaian sekolah atau seragam yang sudah ada, tetapi akan diberikan PROP sebagai mengekalkan keindahan dan warna-warni persembahan.

5. Skala persembahan ini diperkecilkan tetapi tetap mengekalkan keunikan persembahan, mengekalkan keindahan rekacipta seni dan kepelbagaian kreativiti.

6. Persiapan awal perlu disediakan dari awal tahun meliputi, Skrip Pengacara, Skrip urutan “flow” persembahan, Jadual Latihan Lokalisasi, Jadual Latihan Padang, Senarai Peralatan, Senarai Perkakasan, Senarai Kelengkapan dan Paling Penting “MATRIX SCRIPT SEQUENCE”.

Wabillahi Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabar Kaatuh!.

Sumbangan hasil Cetusan Minda:

Dr. Hj Harun Bin Mokti.

Updated Version: 2 Mar 2009

SENARIO PERSEMBAHAN PADANG 2009

Petikan dari Kertas-Kerja Pembentangan Dr. Haji Awang Harun


SENARIO:

Seluruh struktur dan kawasan persembahan akan dihias dengan gambaran kesuburan Bumi yang penuh dengan FLORA dan FAUNA, Tanaman Pokok (Dalam Pasu akan diguna sebagai perhiasan memenuhi padang sebagai gambaran tentang kegigihan serta rancaknya kegiatan pertanian.

Ditengah Padang disediakan pentas yang dibuat dari pelantar tersusun (Agak kecil dari dari tahun lepas) sekadar muat untuk jumlah 500 orang. Dan dibelakang pentas (Back Drobe) di dirikan dinding berhias dan berukir dengan gambar atau lukisan kehijauan pokok-pokok buahan serta gambaran tentang aktiviti pertanian.

Rakyat dan Penduduk yang di dalam Khemah dicadangkan agar menyediakan berbagai persembahan yang secara langsung menyokong dan mendokong maksud “BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU”.

Galeri Pameran jika masih di-adakan, dicadangkan agar relevan dengan Konsep Persembahan seperti Maniature, Replika serta fotografi yang memperlihatkan aktiviti pertanian yang telah/sedang atau akan disuahakan. Pameran teknologi pertanian serta peralatan-peralatan untuk kegiatan pertanian juga sangat bermanfaat untuk di jadikan bahan pameran.

KENAPA HIJAU SEBAGAI PIILHAN

Di petik dari Kertas - Kerja Pembentangan Dr. Haji Awang Harun:

HIJAU lambang Kesihatan, HIJAU lambang Udara dan Alam Sekitar yang Bersih dan HIJAU lambing pembangunan dan Kemajuan Pertanian sebagai sumber Ekonomi Mendiri.

Menurut informasi terbitan Faculty Universal Science of Colours (The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM):

“Hari Jumaat sebenarnya amat relative dengan warna hijau. Samaada kita berpakaian hijau atau sekadar melihat dan menghayatinya, kita telah meningkatkan potensi tenaga hijau di dalam tubuh malah memberikan keseimbangan kepada diri agar bersatu dengan alam sepanjang hari yang kita lalui.

Oleh kerana warna bergetar menurut nilai ukurannya yang tersendiri, maka warna hijau bergetar pada tahap maksima pada hari Jumaat. Adalah didapati bahawa organ paru-paru dan jantung yang juga bergetar dengan nilai ukuran yang sama dengan warna hijau, maka hari Jumaat, pernafasan dan aktiviti jantung menjadi lebih stabil dan seimbang.

“Dengan memakai pakaian hijau pada hari Jumaat, ia akan memberikan kesan keseimbangan kepada kulit, selain meningkatkan tahap tenaga warna biru (dalam bentuk glukos) dan merah (oksigen di dalam darah).

Cahaya matahari pada hari Jumaat memberikan perbezaan spectrum di mana warna hijau didapati lebih mendominasi/menguasai. Ini dapat dikaji melalui tumbuh-tumbuhan, seperti fungsi bukaan-bukaan (liang stoma) pada dedaun dan batang kaktus yang lebih banyak pada hari Jumaat. Klorofil dan gerakan air pada batang dan daun juga semakin aktif manakala spectrum cahaya pelangi lebih jelas mendominasikan warna hijau.

  • Hari pertemuan – Pertembungan serentak air, karbon dioksida, oksigen dan nitrogen dalam tumbuhan (pada waktu puncak – Solat Jumaat)
  • Memakai pakaian hijau seumpama dinaungi dedaun yang kehijauan
  • Gabungan tenaga di antara manusia dalam rahsia fotosintesis tumbuhan
  • Rahasia keserentakan ketika berdoa
  • Kejiwaan yang syahdu”

Dengan Rasional yang dinyatakan di atas tadi maka PERSEMBAHAN PADANG tahun 2009 bagi Daerah Belait di cadangkan seperti berikut:

TAJUK: “BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU”


KONSEP PERSEMBAHAN TAHUN 2009

Di salin dari hasil tulisan serta dibentangkan sendiri oleh Dr. Haji Awang Harun dalam Mesyuarat AJK Sambutan Perayaan Daerah Belait, adalah sebagai berikut.

Prinsip kita dalam setiap pengendalian ialah berteraskan menyediakan yang TERBAIK sebagai hadiah kepada Figur yang di rai’ekan. Apatah lagi yang kita rai’ekan adalah Sultan dan Pemimpin kita. Maka adalah tidak wajar sama sekali kita mempersembahkan suatu yang kurang nilai, kurang mutu akibat pekerjaan dan usaha yang ibarat melepas batuk di tangga.

Sehubungan dengan ini maka Acara Persembahan Padang yang kita adakan adalah pesembah rakyat dan penduduk Daerah Belait dan setentunya ianya merupakan hadiah. Maka hadiah ini hendaklah yang baik, bagus atau sekurang-kurangnya suatu manifestasi KECINTAAN kita, TERIMA KASIH kita dan mempamerkan KESETIAAN kita sebagai warga yang telah banyak menerima kebaikan dan kebajikan hasil kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan.

Menyaluki lebih dalam unsur serta esensi Olahgerak, Olahcara, Olah Gaya sebagai suatu pesembah, maka garispandu dalam menyediakan aturcara hendaklah mampu menjawab beberapa persoalan asasi seperti berikut:

  1. Apakah persembahan ini nanti yang mampu menghibur pihak yang dirai’ekan?
  2. Dari aspek kebajikan untuk peserta dan orang ramai, apakah aturcara ini akan mampu menyuntik semangat nasionalis (Cinta kepada Raja dan Negara).
  3. Sepanjang pengungkayahan kerja penyelarasan dan perlaksanaan , apakah mampu dimanfaatkan sebagai wadah yang menyegarkan kesetiaan.
  4. Mampukah kegiatan ini nanti memugar kesuburan budaya warga yang sentiasa mengalir dalam jiwa raganya darah perwira dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja, Ugama dan Negara.

Kenapakah persoalan yang disebutkan tadi itu penting dalam projek ini? Nah! Penjelasan yang paling utama ialah PESEMBAH atau persembahan kita untuk Baginda bukan sekadar olahtari, olahgerak dan lain-lain itu, TETAPI yang paling INTI ialah MELALUI INTEGRASI, MELALUI KERJA GOTONG ROYONG, MELALUI SUMBANGAN IKHLAS, MELALUI PENGORBANAN dan banyak lagi ELEMEN yang menonjol atau tersembunyi dalam pengurusan aturcara ini kita akan MAMPU menunjukkan bahawa kita adalah WARGA yang telah menyahut dan mematuhi segala yang tersurat dan tersirat dari titah-titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan. Kita Bersatupadu, Kita Setia, Kita peka, saling mendukung dan menyokong maka inilah pesembah dan ini lah hadiah kita kepada yang di-rai’ekan.

Sekali lagi perlu ditegaskan bahawa setiap pengolahan harus didasarkan kepada prinsip bahawa setiap kelakuan atau setiap yang dilakukan hendaklah sentiasa beralaskan bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap natijah dan akibat. Yang paling utama ialah ada pertanyaan yang perlu dijawab, TERHIBUR KAH YANG KITA RAI’E KAN? PUASKAN MATA DAN HATI YANG MENONTON? APAKAH DAMPAK DAN EFEK NYA MENYASAR KE ARAH NEGATIF ATAU POSITIF? SESUAIKAH DENGAN KEMUDAHAN DAN KEMAMPUAN? Dan yang paling kita jaga ialah pertanggungan jawab setiap kelakuan dan hasilnya itu di hadapan Allah s.w.t nanti.

Sebagai contoh kejayaan tahun 2008 dimana kita menjadi Juara bahagian Persembahan Padang dan tempat Pertama dalam Perhiasan Padang, tetapi kejayaan sebenar kita adalah bahawa persembahan itu telah membawa berkat dimana setiap penonton merasa tersentuh dengan corak olehgerak serta mendengarkan suara anak-anak kecil dan remaja mendendangkan Selawat dan Do’a.

Dan yang paling berkebajikan ialah sekitar 10 kali latihan lokalisasi dan 10 latihan beramai, murid-murid sekolah rendah, penuntut sekolah menengah, Vokasional dan Maktab Kejuruteraan seramai 2500 orang berselawat dan berdoa. 10 lokalisasi x 10 berkumpulan x 2500 orang = 250,000 kali selawat untuk Rasulullah s.a.w dan Doa untuk Raja dan Negara. Natijahnya ialah Peserta Insya Allah Terang Hati dalam menuntut ilmu walaupun sedikit terganggu oleh aktiviti, mereka mendapat berkat dan lain-lain.

Iktibar dari yang baik maka kita akan terus menuju kepada cara yang lebih baik Insya Allah!

Maka pemikiran bagi pengolahan Persembahan Padang juga harus PEKA dengan tempat upacara yang akan dijalankan dimana kawasannya agak berdekatan dengan Mesjid (Tetapi sukatan jauhnya sudah melebihi 200 meter). Namun begitu kita tetap menjaga kemuliaan-nya, selain dari itu kita juga khuatir jika waktu upacara tersasar hingga masuk waktu Zuhur dan azan berkumandang sedang para pengunjung masih bersantai dikawasan padang, sudah tentu tidak memberikan gambaran yang baik.

Kita juga perlu menatap, meneliti dan memahami setiap kandungan Titah Kebawah DYMM agar apa yang akan kita persembahkan nanti mempamerkan ke-akuran dan kepatuhan kita terhadap setiap saran yang menjadi inti dan maksud yang dititahkan Baginda.

Seterusnya bagi menjamin agar tidak berlaku duplikasi, ulangan persembahan yang menjemukan, maka kita juga akan mengimbas kembali Urutan Persembahan-Persembahan Padang sejak beberapa tahun yang lalu.

Tahun 1999: Wawasan Warisan 2000 – Padang Bandaran – 1000 peserta

Tahun 2000: Citra Seni Menjunjung Duli – Padang Bandaran – 2000 peserta

Tahun 2001: Sejambak Budi Sekalong Do’a – Padang Bandaran – 2500 peserta

Tahun 2002: Rakyat Menyusur Tamadun – Padang Bandaran – 3000 peserta

Tahun 2003: Perarakan Warna Warni Rakyat Bahagia Riang Ria - Jalan Maulana / Taman Jubilee Perak – 3500 peserta

Tahun 2004: Belait Indah Di Lembah Intan – Padang BSRC Seria – 3000 peserta

Tahun 2005: Semerbak Haruman Kasih – Padang Bandaran 5000 peserta

Tahun 2006: Belait Gemilang 60 – Padang Bandaran – 10,000 peserta

Tahun 2007: Nostalgia Seni Klassik Silam – Taman Jubli Perak – 3000 peserta

Tahun 2008: Sejambak Do’a Memberiga Kasih – Padang Bandaran – 2500 peserta

Dari 10 Persembahan Padang yang disenaraikan di atas, berbagai aspek kehidupan, Matalamat, Aspirasi dan Ispirasi, Semangat dan Wawasan telah disentuh dan telah dijadikan intisari dalam setiap persembahan.

Tahun 2009 kita di inspirasikan dengan hasrat Kebawah DYMM dan juga aspirasi Negara untuk tetap sebagai Negara yang sentiasa di berkati dan dilindungi Allah. Seiring dengan itu kita juga ingin menjadikan Negara ini sebagai Negara yang Sumber Permakanan nya BERDAYA SENDIRI. Berdasarkan matalamat ini maka KONSEP PERSEMBAHAN akan kita tonjolkan PRINSIP BUDAYA MESRA ALAM, MENERUSKAN KEHIJAUAN SEBAGAI KONSEP PEMBANGUNAN. “HIJAU lambang Budaya Berugama,

Cetusan Minda Pengerusi Persembahan Padang 2009


Dr. Haji Awang Harun telah diberikan kepercayaan untuk meneruskan wibawa kepimpinan nya untuk mengungkayahkan persembahan padang sempena sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan yang ke 63, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Belait tahun 2009.

Kerpercayaan ini adalah berdasarkan kemampuan yang terbukti dalam pengurusan yang lancar, wibawa yang dapat mengekalkan perpaduan intim dikalangan Jawatankuasa Penyelaras dan Peserta yang melibatkan ribuan anggota masyarakat dan penduduk Daerah Belait. Keunggulan Dr. Haji Awang Harun dalam mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif telah melayakkan Daerah Belait menjadi Juara Persembahan Padang selama satu dekad. Di belakang beliau berdiri tegak kumpulan masyarakat yang terdiri dari Kanak-Kanak, Remaja, Belia dan tokoh-tokoh dewasa teguh bersama beliau atas nama PERSATUAN PEMBELA, yakni sebuah persatuan yang telah ditubuhkan sejak 26hb Jun 1966. Dalam persatuan ini Dr. Haji Awang Harun adalah pemimpin dari generasi ke-Tiga tetapi beliau telah menyertai kegiatan Persatuan sejak usia beliau 13 tahun lagi. Beliau juga sentiasa mendapat sokongan berbagai persatuan, badan-badan sukarela dan kumpulan-kumpulan masyarakat termasuk kaum Cina dan warga pendatang seperti orang-orang India yang berkerja dan berniaga di negara ini.

Pada tahun 2009 ini beliau telah menyediakan Kertas-Kerja, Skrip dan Program Perlaksanaan Kerja di mana beliau mengetengahkan Tajuk Persembahan "SEMBAH SYUKUR WECANA KASIH" Intisari persembahan ini akan berkonsepkan 'BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU".

Menurut beliau, walaupun kali ini persembahan akan dibuat secara sederhana dan peserta persembahan tidak melebihi 1000 orang, namun cabaran tetap tidak berkurang. Usia kita yang semakin meningkat memberi isyarat kita semakin tua dan semakin lemah. Setiap pengendalian memerlukan keupayaan yang terdiri kekuatan kewangan, kekuatan fizikal, kekuatan sokongan semua pihak dan termasuk wibawa ketokohan kita berhadap masyarakat yang memiliki berbagai karakter, berbagai pendapat dan sistem bekerja. "Selain itu secara peribadi secara peribadi, saya tidak ada apa-apanya dihadapan masyarakat kerana saya mempunyai terlalu banyak kekurangan kecuali semmangat dan cinta terhadap negara ini." kata Dr. Hj Harun.