Tuesday 7 April 2009

Speaking Choir - Choral Speaking - Cakap Seirama Serentak dan Segaya

Speaking Choir - Choral Speaking - Cakap Seirama Serentak dan Segaya:

Tahun 2009 akan menyaksikan persembahan yang tersebut di atas. Kita pernah menampilkan persembahan ini sewaktu persembahan padang di BSRC dulu. Tetapi kali ini kita akan lebih memperkayakan persembahan ini dengan ditambah sejumlah kanak-kanak dan remaja memperagakan ayat-ayat yang disebutkan dalam bahasa Isyarat.

Speaking Choir atau Choral Speaking adalah persembahan yang direkacipta untuk kumpulan remaja yang akan bercakap dengan penuh aksi Seirama Serentak dan Segaya. Koreografik persembahan ini sangat memerlukan disiplin, pengetahuan tentang antonasi, hitungan rentak dan berbagai lagi kaedah yang diadun bagi menghasilkan suatu persembahan yang unik.

Kita boleh saja mencontohi sebahagian dari persembahan ini yang sudah sering dilakukan di negara luar, tetapi matalamat kita yang sebenar ialah berusaha menampilkan persembahan yang sepuluh kali lebih baik, lebih menarik dan lebih berkoreografik yang artistik.

Mampukah kita buat. Tentu kita dapat buat dengan pertolongan Allah s.w.t Insya Allah berdasarkan keberadaan beberapa wira dan tokoh seni yang ada di Daerah Belait, kita yakin kita akan dapat buat. Amien.

Saran: Dr. Hj. Harun, Pengerusi Persembahan Padang 2009.


Menguji Kemampuan AJK dengan jumlah yang sedikit

Tahun ini kita cuma ada sumber kewangan yang terhad, penderma yang tidak ramai, sukarelawan yang sudah lelah dan ada yang sudah tidak berminat untuk meneruskan sumbangan. Tetapi kita yakin jumlah keramaian tidak banyak memberikan perubahan kepada keberkesanan kerja penyelarasan. Malah bilangan orang yang ramai saja tidak menjamin bahawa ramai yang menjalankan tugas dan menyumbang tenaga sebenar mereka. Malahan disebalik itu kejayaan sesuatu perlaksanaan itu sebenarnya hanya ditunjang oleh sekelumit manusia yang benar-benar bekerja sahaja.

Makanya kali ini kita memilih beberapa orang sahaja untuk menjadi jawatan kuasa agar lebih jelas siapa yang sebenarnya melaksanakan tanggungjawab selaku warga yang cinta kepada negaranya. Yang tidak tampak pun tidak juga kita katakan mereka tidak cinta kepada negara, tetapi kita maklum bahawa mereka sudah menjadi warga yang kurang upaya dan lemah kerana tidak cukup bateri atau faktor usia yang sudah lanjut dan tidak mustahil merudungnya semangat mereka itu kerana apa yang mereka harapkan hasil dari sumbangan mereka itu telah terbukti tidak ada mereka terima dan pada fikiran mereka bahawa falsafah Budi baik dibalas baik itu cuma fiktif, dogma dan dongengan belaka. Wallahu a'lam bissawab, soalan tuan tidak berjawab.

Yang penting gelanggan perjuangan, sumbangan dan berbakti masih terbuka luas dan biarlah kita-kita yang benar-benar setia dan sedia in terus mara tanpa mengenal lelah dan tanpa mengharap pujian dan balasan, kita terus melaksanakan perbuatan yang berdasar dan bersandarkan realiti SIAPAKAH KITA SEBENARNYA.

Geromal: Dr. Hj Harun, Pengerusi Persembahan Padang 2009