Tuesday 7 April 2009

Menguji Kemampuan AJK dengan jumlah yang sedikit

Tahun ini kita cuma ada sumber kewangan yang terhad, penderma yang tidak ramai, sukarelawan yang sudah lelah dan ada yang sudah tidak berminat untuk meneruskan sumbangan. Tetapi kita yakin jumlah keramaian tidak banyak memberikan perubahan kepada keberkesanan kerja penyelarasan. Malah bilangan orang yang ramai saja tidak menjamin bahawa ramai yang menjalankan tugas dan menyumbang tenaga sebenar mereka. Malahan disebalik itu kejayaan sesuatu perlaksanaan itu sebenarnya hanya ditunjang oleh sekelumit manusia yang benar-benar bekerja sahaja.

Makanya kali ini kita memilih beberapa orang sahaja untuk menjadi jawatan kuasa agar lebih jelas siapa yang sebenarnya melaksanakan tanggungjawab selaku warga yang cinta kepada negaranya. Yang tidak tampak pun tidak juga kita katakan mereka tidak cinta kepada negara, tetapi kita maklum bahawa mereka sudah menjadi warga yang kurang upaya dan lemah kerana tidak cukup bateri atau faktor usia yang sudah lanjut dan tidak mustahil merudungnya semangat mereka itu kerana apa yang mereka harapkan hasil dari sumbangan mereka itu telah terbukti tidak ada mereka terima dan pada fikiran mereka bahawa falsafah Budi baik dibalas baik itu cuma fiktif, dogma dan dongengan belaka. Wallahu a'lam bissawab, soalan tuan tidak berjawab.

Yang penting gelanggan perjuangan, sumbangan dan berbakti masih terbuka luas dan biarlah kita-kita yang benar-benar setia dan sedia in terus mara tanpa mengenal lelah dan tanpa mengharap pujian dan balasan, kita terus melaksanakan perbuatan yang berdasar dan bersandarkan realiti SIAPAKAH KITA SEBENARNYA.

Geromal: Dr. Hj Harun, Pengerusi Persembahan Padang 2009

No comments: