Friday 29 May 2009

Bolehkah Padang Bola Berubah menjadi Taman Flora dan Fauna

Kekadang hayalan ini menerawang jauh. Jauh sehingga menemukan sebuah ilusi. Kelihatan gambaran tentang Padang Bandaran yang dulunya lebih dikenal sebagai Padang KBRC akan bertukar menjadi sebuat dataran yang dipenuhi debungaan, pokok-pokok menghijau seolah-olah sebuah taman.

Bolehkah padang bolasepak ini di hias berubah menjadi sebuah taman seperti latar belakang nyanyian hero dan heroen dalam sebuah cerita Hidustan.

Dengan adunan perhiasan dan kelengkapan padang, peserta persembahan akan dilengkapkan dengan pakaian dan prop yang berkonsepkan Flora dan Fauna, dapat kita bayangkan betapa indahnya persembahan itu nanti.

Mudah-mudahan pihak yang menghias padang dan koreografer persembahan akan bersatu cetusan minda sehingga mengolah suatu kreativiti yang sangat seni dan indah.

Sumber untuk mendapatkan sebanyak-banyak bunga dan pokok-pokok yang ditanam dalam pasu harap boleh didapati dengan sokongan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bandaran, semaian benih dari Jabatan Pertanian, Pokok-pokok boleh didapati dari Jabatan Pertanian dan Kehutanan.

Bagaimana jika masih belum cukup?

Di Daerah Belait terdapat beberapa buah Syarikat Flourist, pihak yang selalu membekalkan hasil tanaman bunga dan pokok-pokok dalam pasu.

Di Daerah ini juga terdapat beberapa buah Syarikat Lanskap. Jika kita dapat mempelawa mereka ini untuk mempamerkan daya kreativiti mereka sebagai promo perniagaan, tentu akan lebih memudahkan usaha kita.

Selain itu kita terlihat ramai dikalangan pemilik rumah yang berdekatan telah menghias rumah mereka dengan berbagai tanaman dalam pasu. Jika mereka ini kita pelawa untuk ikut serta mempamerkan bunga dan tanaman pokok mereka yang sedia didalam pasu, pasti akan lebih meriah.

Untuk menjayakan itu semua, kita tinggal berinisiatif saja untuk menghubungi mereka semua. Kita tinggal menyediakan kemudahan pengangkutan saja.

Selain itu kita hanya perlu memberikan jaminan keselamatan bunga dan pokok mereka serta penjagaan agar tidak rosak atau layu. Kuncinya adakah kita benar-benar mahu perayaan ini meriah? Dan adakah kita mahu melaksanakan urusan ini dengan senang hati dan penuh dorongan semangat cinta kepada Raja dan Negara.

Semoga semua yang berkaitan akan mengambil maklum.

Wassalam.

Daripada:
Dr. Hj Harun M.
Pengerusi Persembahan Padang

No comments: