Saturday 30 May 2009

Kalimah Alif Lam Lam Ha di langit



KUALA BELAIT 20 Mei 2009 sekali lagi menyaksikan awan berbentuk kalimah Alif Lam Lam Ha (Allah). Syukur dengan nikmat ini, tetapi sayang saya terlambat mengambil gambar. Bagaimanapun foto yang di muat dalam blog ini masih sempat detik-detik akhir sebelum awan tersebut menghilang.

Sejak ramai yang terlihat awan berbentuk kalimah (Allah) sewaktu orang ramai membaca do'a semasa sambutan Maulid Hari Keputeraan Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W, sekali lagi diwaktu malam ramai yang terlihat sepe
rti pantulan cahaya bintang yang bertulis kalimah 'La ilaaha ilaallah' di malam bulan Rajab sewaktu kita mengadakan sambutan Israk Mikraj.


Kali ini awan berbentuk kalimah (Allah) timbul lagi. Subhanallah! bertambah sejuk hati kita dan kecut juga terasa jiwa ini memikirkan kebesaran Ilahi. Sayang kita kurang mengerti pertanda dan Isyarat yang dikurniakan ini.

Sejak kita mengubah corak persembahan kepada hiburan yang Islami dengan memuatkan Nasyid dan Qasyidah yang menyebut nama Allah serta selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ditambah dengan berbagai pertanda ini, kita kini semakin yakin untuk terus menyampaikan dakwah melalui kreativiti seni, Insya Allah. Kita wajib menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara ini sebagai Negara Zikir, Negara Al-Qur'an. Negara 'Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur'...Alhamdulillah!

No comments: