Saturday 11 April 2009

Mesyuarat-Mesyuarat

Hari Khamis 11 April 2009, Mesyuarat bagi menentukan keberadaan peserta dan sumber telah di adakan di Dewan Qiyadah Pejabat Daerah. Laporan penuh Insya Allah akan diterbitkan dalam minggu ini. "Setiap hari berlalu bererti musim gaflah untuk melakukan berbagai hal perlaksanaan kian mendekat sedangkan sumber dan keperluan masih agak sendat" kata Dr. Hj Harun, Pengerusi Persembahan Padang.

Hari-hari ke depan dalam bulan April 2009, kemungkinan besar satu lagi perjumpaan dikalangan koreografer akan di adakan di mana Pengerusi Persembahan, juga selaku pencipta konsep persembahan dijadualkan memberi taklimat mengenai gerak aksi persembahan tersebut. Hanya beberapa orang yang mahir tentang teknikal persembahan sahaja yang akan dijemput untuk menghadiri taklimat ini.

Selepas taklimat untuk gerak aksi persembahan ini, satu sesi taklimat untuk keseluruhan ahli jawatan kuasa persembahan padang serta pihak-pihak yang akan dilibatkan dalam persembahan padang Insya Allah akan dijemput untuk mendengar taklimat penuh mengenai keseluruhan aspek pengendalian persembahan padang. Sesi ini akan menjemput Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang berkenaan. Guru-guru dan kakitangan kerajaan juga akan dijemput dalam sesi taklimat ini nanti.

Lepas tu Habis? Tidak ada lagi meeting? Meeting bahagian segmen persembahan akan diadakan menurut jadual segmen tersebut, kemudian kita juga akan sentiasa mengadakan perbincangan ad-hocs yang di adakan hampir setiap hari dan malam takluk kepada keperluan dan perubahan yang diperlukan setelah menyaksikan perjalanan latihan termasuk membincangkan segera setiap perkara berbangkit hasil dari pemantauan.

Begitu susahkah penyelarasan persembahan padang ini? Kalau tuan seorang guru pasti tahu betapa susahnya mengawasi murid dalam darjah. Kalau awda seorang ketua jabatan pasti awda tahu betapa beratnya mengawal kakitangan dan pekerja. Kalau awda seorang Ketua Kampung pasti awda mengerti betapa rumitnya menyatukan anak-buah. Itupun boleh dikata agak ringan jika dibanding kepimpinan dalam persembahan padang ini kami tanpa kuasa, tanpa jabatan, kurang sumber, dan berbagai lagi kekurangan, disini kita mengawal dan memimpin satu projek yang melibatkan lebih ramai dari kakitangan jabatan kerajaan, lebih ramai dari murid dalam klas bayangkan lah karenah kerja yang biasa kita hadapi. Sebelum ini tiga ribu orang, Lima Ribu orang, pernah sepuluh ribu orang... Bayangkan betapa susahnya, apalagi dalam keadaan sumber yang terhad.
Yang terhad bukan saja sumber, tetapi juga kurangnya ahli masyarakat yang berketrampilan serta sedia untuk tampil ke persada perjuangan untuk mengasah bakat setiap individu dalam kepimpinan. Malahan yang sekarang kita hadapi ialah semakin hakis wajah-wajah berani, kurangnya individu-individu yang sedia menyumbangkan tenaganya dan kebaktiannya secara sukarela. Malah tenaga lama, maksudnya orang-orang lama pun sudah kurang enthusias, kurang semangat dan hampir tidak bermaya kerana sudah dimamah usia sedang mereka tidak mampu menunjukkan contoh sebagai orang yang berketrampilan dimata masyarakat kerana mereka pun tidak pernah dihargai atau menerima penghargaan. Kerana mereka terlalu ikhlas, terlalu jujur tetapi naif. Sumbangan mereka suci tetapi cahaya kemurnian hati mereka tidak dapat disaksikan oleh anak-anak muda dan bakal pelapis kepimpinan mereka. Kerana akhirnya mereka bukan siapa-siapa dimata masyarakat kecuali sebagai sosok manusia yang sentiasa ingin berbakti untuk negara, untuk bangsa dan untuk kemajuan dan perkembangan masyarakatnya demi cinta dan kesetiaan kepada raja yang dikasihi.

Disebalik kemelut ini, kita masih yakin akan adanya karakter baru. Mungkin dari kalangan guru-guru yang selama ini merekalah sering mendokong kebanyakan upacara kemasyarakatan. Mungkin juga dikalangan penuntut-penuntut Sekolah menengah yang sangat banyak menunjukkan bakat mereka dalam beberapa persembahan yang mereka sertai. Atau akan muncul dikalangan kanak-kanak murid Sekolah rendah yang pada masa ini sudah menunjukkan sikap mereka yang tidak kekok berhadapan dengan penonton yang ramai. Secara positif juga kita menyaksikan bertambahnya dari golongan pengusaha, peniaga dan beberapa individu dari sektor swasta yang telah menyertai urusan penyelarasan tanpa mengira kehilangan masa untuk mengurus perniagaan demi membuktikan cinta mereka terhadap negara ini.

No comments: