Saturday 11 April 2009

Dr. (HC) Hj Jumat Bin Haji Idris


Dr. Haji JUmat Bin Haji Idris, Pengarah Syarikat Haji Idris Kalong adalah di antara tokoh korporat yang bersama dengan tokoh korporat yang lain telah menyumbang bukan saja wang dan ringgit, tetapi beliau juga masa dan tenaga sehingga mereka sanggup bersama Jawatan Kuasa yang lain untuk menyelaras persembahan Padang secara suka rela.

Menurut komen Pengerusi, apabila team pelaksana ada keperluan mendadak, belum pun pihak lain memberikan sokongan, Dr. Hj Jumat adalah figur yang sentiasa siap tampil kedepan untuk menghulurkan apa juga bantuan, walaupun pada kadar yang seadanya, tetapi cukup untuk meringankan beban. Begitulah contoh seorang anggota masyarakat yang setia kepada kumpulannya dan setia pada negaranya.

1 comment:

Anonymous said...

Terus kan semangat sukarela Tuan Hj,jangan segan2 berbakti kerana Allah bukan untuk mengambil nama dan pujian.