Friday, 24 April 2009

Sekitar Perbincangan Koreografik - Dari Meja Pengerusi






Kumpulan 'Speaking Choir' yang didukung oleh penuntut-penuntut Sekolah Menengah Pengiran Jaya Pg Haji Abu Bakar adalah pihak yang akan menjadi tumpuan penonton di hari persembahan padang bulan Julai nanti.

Menurut Pengerusi, Kumpulan Speaking Choir akan bercakap dengan lontaran suara yang serentak, seirama dan berantonasi yang beralun. Selain itu setiap patah perkataan akan mereka peragakan dengan gaya-aksi 'Body Language'. Tugas mereka ini agak berbeda sedikit dengan Kumpulan Peraga Bahasa Isyarat yang akan beraksi memperagakan APA YANG DICAKAPKAN oleh Juru Acara dan Kumpulan Speaking Choir. Namun begitu bagi memudahkan Jurulatih dan Koreografer, Pengerusi Persembahan tidak menekan untuk setiap cakap Juru Acara di iringi dengan peragaan 'BAHASA Isyarat. Kita menyerahkan kepada kemampuan Kumpulan Peragaan Bahasa Isyarat, jika mereka mampu buat semua tetapi kalau tidak cukuplah mereka konsentrasi memperagakan 'skrip' sebahagian dari kata-kata Juru Acara tetapi wajib untuk skrip perkataan Kumpulan Speaking Choir. Kalaupun masih sulit, cukuplah mereka memperagakan bahasa isyarat untuk skrip kata-kata Speaking Choir sahaja. Peraga Bahasa Isyarat akan didukung oleh Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien dan Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin Kuala Belait.

Tugas kedua Kumpulan ini juga ialah membuat gerak-aksi dan olah-tari sewaktu irama lain sedang dibunyikan sepanjang persembahan sedang berjalan. Malahan menurut penerangan pengerusi setiap kumpulan perlulah juga menyediakan koreografi gerakan sewaktu segmen terakhir persembahan dimana penuntut Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah akan menjadi 'Leading Group' mengayakan irama musik 'Drumline' secara 'Human Graphic'. Untuk kemudahan kumpulan lain, mereka boleh merekacipta gerakan sendiri atau mengikut saja gerak yang dilakukan oleh penuntut MKJB selaku kumpulan pandu persembahan grand finale.

Di Bahagian lain tetapi tidak kurang pentingnya ialah ahli-ahli Persatuan Karatedo yang membuat aksi dan olah-tari mengambarkan warga yang sedang menumbuk padi ditambah meriah dengan kumpulan etnik Iban, Etnik Dusun dan Etnik Belait yang juga membuat gerak-aksi dan olah tari.

Dari murid-murid yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum diharap akan menampilkan senaman di meriahkan dengan kumpulan taichi, silat dan beberapa jenis seni beladiri yang akan beraksi memberi gambaran tentang masyarakat yang sihat. Menurut penerangan pengerusi, kumpulan-kumpulan ini bebas mencipta koreografik persembahan mereka.

Pandangan memukau dalam segmen pertama ini di antaranya ialah tarian bunga 'Flora dan Fauna' yang akan dipersembahkan oleh penuntut-penuntut Sekolah St. James, St. Johns dan Sekolah Menengah Chung Hwa Kuala Belait.

Di atas pentas yang akan dibina ditengah padang terdapat Kumpulan Nasyid dari Sekolah Arab Lumut, Kumpulan Koir dari Kakitangan Jabatan Kerja Raya Kuala Belait dan Penyanyi Lagu Kebangsaan yang terdiri dari penuntut-penuntut Sekolah Menengah Perdana Wazir Kuala Belait.

Apakah Sekolah lain tidak dibawa kali ini? Sedangkan mereka juga aktif ditahun-tahun sebelum ini.

Menurut Pengerusi, yang disebutkan tadi itu baru kumpulan TERAS atau 'core groups' sebagai penunjang utama persembahan ini. Beberapa kumpulan untuk pelengkap persembahan masih lagi dalam perbincangan dan dalam sedkit waktu lagi perkara tersebut akan dapat diketahui. Memang semua pihak masih di-alu-alukan untuk menyertai persembahan ini, tetapi dalam bilangan terhad kerana kita telah menentukan jumlah peserta paling maksima ialah seribu orang sahaja.

Dibahagian persembahan musik pula satu kumpulan yang terdiri dari Kumpulan musik tradisi puak etnik seperti Etnik Dusun akan diadun dengan kumpulan 'Drum Line' Persatuan PEMBELA dan beberapa kumpulan Hadrah.

Persatuan Belia dan Kebajikan termasuk Persatuan Beruniform juga akan dilibatkan dibahagian tertentu dalam acara Persembahan Padang ini.


Thursday, 23 April 2009

PERINGATAN 003 - PROGRESS REPORT

MASA INI KAMI SEDANG BERUSAHA MENGEMASKAN LAPORAN MESYUARAT PENYERTAAN, LAPORAN MESYUARAT KOREOGRAFIK, MENYUNTING MUSIK UNTUK LATIHAN TETAPI PROSES PENGHALUSAN MUSIK (EQUALISE) AKAN DIBUAT DI-ZAIRO STUDIO, SOUND EFFECT AKAN DIBUAT OLEH MABA. SEMUA INI KELANCARAN PROSESNYA TAKLUK KEPADA KEBERADAAN KEWANGAN.

MELALUI MESYUARAT BERLANSUNG KHAMIS 23 APRIL 2009, AJK BAHAGIAN KOREOGRAFIK TELAH MAKLUM PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN DAN KAMI PERCAYA SEKARANG MEREKA SEDANG MEMIKIRKAN DAN MERANCANG INTISARI PERSEMBAHAN.

SEKIAN.

PERINGATAN 002 - SENARAI LANTIKAN

MOHON MAAF KERANA SENARAI TERBARU LANTIKAN AJK PERSEMBAHAN PADANG NAMPAKNYA BELUM DAPAT DIMUAT KEDALAM BLOG INI SEHINGGA SABTU 25 APRIL 2009

Sunday, 19 April 2009

PERINGATAN 001 - SENARAI LANTIKAN

Insya Allah, senarai Jawatan Kuasa Persembahan Padang sudah siap di kemas kini dan akan diterbitkan hari ini. Surat lantikan akan dikirim melalui mel biasa dan surat maklumat awal akan dikirim sama ada melalui Faks atau E-mail awda.

Sekian,

MAKLUMAT DARI MEJA:
SEKRETARIAT AJK PERSEMBAHAN PADANG

Dengan arahan:

Pengerusi

Minyak dan air tidak bercampur tetapi bekerjasama













Majlis Ramah Mesra bersama rakyat dan penduduk Daerah Belait sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan ke 62 tahun pada tahun 2008, telah mencapai klimaksnya apabila ianya dimeriahkan dengan persembahan padang yang unik kemudian ditambah dengan
adanya rombongan kesenian dari negara jiran.

Di antara anggota rombongan termasuklah beberapa orang pemenang peraduan Putri Citra Indonesia. Di suatu kesempatan lain mereka telah membuat persembahan pentas bagi sama memeriahkan sambutan perayaan.














Semua anggota rombongan juga telah berkesempatan untuk junjung ziarah di Majlis Ramah Mesra tersebut.

Di majlis tersebut orang ramai termasuk pelancong dari luar negara juga dapat menyaksikan keunikan budaya masyarakat di daerah Belait yang mana pada hari tersebut para peserta persembahan adalah terdiri dari berbagai kaum etnik yang mengenakan pakaian kebudayaan masing-masing.

Apapun bentuk kejayaan yang dicapai atau kecemeralangan yang digapai jestru ianya banyak bersandarkan sumbangan yang jitu dari beberapa individu baik secara ikhlas, atau kerana profesional, atau kerana ada kepentingan maka yang penting semua mereka sudah menyumbang kepada kejayaan ini. Inilah budaya masyarakat di Daerah Belait tanpa mengira bangsa atau warna kulit, mereka tetapi sehati dan bekerjasama.

Rapatnya hubungan kerjasama ini dapat disaksikan dengan adanya kaum Tiong Hua yang aktif dalam memberikan sokongan baik berbentuk tenaga, material termasuk sumbangan awal berbentuk tajaan dan sebagainya.














Menurut pengakuan beberapa orang kaum tiong hua khasnya Awang Chai Yum Fatt, Awang

Yong Kiam Pin dan Awang Lim Thian Ming bahawa mereka bersama dengan rakan-rakan kaum Tiong Hua yang lain sedar bahawa mereka juga harus sentiasa berfikir dan bergiat demi rasa kecintaan kepada negara Brunei untuk merakamkan kesetiaan terhadap Raja yang dikasihi.

Dr. Hj. Harun selaku Pengerusi mengharapkan lebih banyak anggota masyarakat di Daerah Belait ini akan menyertai perpaduan melalui integrasi ini walaupun cuma berwadahkan kegiatan perayaan.

Imbas Kenangan 2008













Pulau Pandan Jauh Ketengah

Gunung Daik bercabang dua
Hancur Badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua.


Begitulah kiranya yang terpahat dalam sanubari setiap penganjur Persembahan Padang tahun 2008 di mana Belait telah memilih tajuk SEJAMBAK DOA MEMBERIGA KASIH.

Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei kali ke62 tahun adalah kemuncak dari kecemerlangan persembahan Daerah Belait, dimana persembahan padang telah berjaya menyentuh hati setiap penonton sehingga ramai yang berlinang air mata kerana terharu dengan acara persembahan yang direkayasa begitu baik, indah dan mengkagumkan.


Musik dan lagu yang dipilih ada sangat mendayu-dayu bergema dengan suara anak-anak kecil dari murid-murid Sekolah rendah sehingga kita meremang bulu roma apabila selawat di lagukan dan doa dipanjatkan oleh majoritinya anak-anak yang masih berumur dibawah 13 tahun.


Persembahan yang berkonsepkan keugamaan ini mampu membuka tirai baru dalam teknik berdakwah.

Kejayaan tentu ada strategi, kecemerlangan tentu ada perancangan. Namun Strategi dan perancangan tidak akan bermakna jika tanpa adanya sumber tenaga manusia, sama ada yang menyertai, atau yang mengolah-corak cara dan ciri persembahan, tetapi yang lebih utama ialah adanya perpaduan serta kerjasama dikalangan ahli jawatan kuasa penyelaras dan pelaksana persembahan bermula ianya direkacipta, kemudian latihkan sehinggalah hari ianya dipersembahkan.

Rahasia paling penting ialah adanya toleransi dan persefahaman di anatara semua pihak, kerana dalam mengendalikan jelama yang ramai ini pasti ada saja kejadian umpama pinggan dan mangkuk, tiada gading yang tiada retak, sedangkan lidah lagi tergigit dan badan yang sudah letih pasti ditimpa terik matahari dan sesekali pasti ditimpa hujan. Cuma sebagai bangsa yang bertamadun, setiap kali bedok berlalu begitulah juga kiambang akan pasti bertaut.

Saturday, 18 April 2009

Senarai Baru Ahli Jawatan Kuasa Persembahan Padang 2009 di rombak dan akan diterbitkan senarai baru

Sila ambil perhatian semua yang berkenaan. Senarai Ahli Jawatan Kuasa yang dimuat kedalam blog ini telah bdirombak dan sementara ini sedang dalam penelitian. Insya Allah paling lewat pada Selasa depan akan di muat semula kedalam blog ini.
Surat lantikan akan dibuat pada hari Selasa dan seterusnya dikirim kepada mereka-mereka yang dilantik.
Rombakan ini adalah berdasarkan pengamatan kami serta maklum-balas yang kami terima dimana ada individu yang kita perlukan atau mereka yang dulunya patut dilantik telah diketahui berpindah, ada yang tidak sanggup ikut kerana beban kerja serta tugasan yang banyak. Dan ada juga yang senghaja tidak ikut serta kerana tidak dibenarkan meninggalkan tempat kerja kerana beberapa tugas penting dan banyak lagi alasan yang telah diberikan. Sehubungan dengan itu maka senarai lantikan yang diterbitkan dalam blog ini sebelumnya adalah dimaklumkan kandungan senarai tersebut telah diubah.

Penunjang Kekuatan Aza dan Achai


Dr. Azasahibul Bin Haji Zainal Abidin dan Chai Yum Fatt adalah gabungan dua tokoh yang memperkukuh perpaduan masyarakat Daerah Belait.

Mereka berdua sering mengandingi gerakan-gerakan sukarela dibawah pimpinan Dr. Hj Harun yang sering menyemarak serta memeriahkan setiap bentuk perayaan-perayaan yang dianjurkan di daerah Belait.


Bak kata pepatah, sejak kapas menjadi benang sudah benang menjadi kain, begitulah kesetiaan serta kesediaan mereka untuk mencurah bakti kepada negara tanpa memilih bangsa puak dan kaum, tanpa memikir rugi dan untung, berbakti untuk masyarakat adalah sudah sebati dan menjadi darah daging mereka. Tahun 2009 mereka tampil lagi tanpa kenal jemu dan penat lelah, mereka terus bersama Dr. Hj Harun menjadi Ahli Jawatan Kuasa Kepimpinan Penyelarasan Persembahan Padang yang bertajuk 'Sembah Syukur Wecana Kasih' berkonsepkan Belait Makmur Indah dan Hijau.


"Memang ngaleh, memang penat, malahan kadangkala terkilan juga dengan lontaran kata-kata penghakis semangat yang pernah diluahkan oleh segelintir masyarakat, namun kami bukan jenis orang yang mengukur budi dan bakti dengan harta dan nama, jadi kami tidaklah terpikat kepada mereka yang suka mengatakan; untuk apa kamu berpanas dan berhujan padahal tidak akan mendapat apa-apa manfaat" Jelas Dr. Aza selaku Timbalan Pengerusi.


"Seperti juga Dr. Hj Harun yang telah memimpin Jawatan Kuasa ini hingga berjaya mengangkat nama Daerah ini sebagai Juara buat beberapa kali malahan telah berkecimpung dengan kegiatan sukarela melalui Persatuan Belia Belait (Pembela) sejak tahun 1967, beliau tidak pernah mengomel atau kecewa kerana dia tidak mendamba sebarang balasan walaupun disebalik menyusur kehidupan beliau banyak menghadapi kesulitan." Sambungnya lagi.


Awang Chai Yum Fatt adalah seorang bukan Melayu tetapi begitu akrab dengan kawan-kawan Melayu kerana beliau sangat tertarik dengan kejujuran kumpulan masyarakat ini yang sering melakukan kebajikan dan kebaikan untuk semua bangsa yang berteduh di dalam negara ini. Bagi bagi beliau, kalau hendak fikir untung sahaja, pasti ia hanya menumpukan perusahaannya yang kini sangat besar dan dianggarkan berjuta ringgit itu. Tetapi kerana mengenang kebaikan serta kebijaksanaan pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan sehingga rakyat menikmati keharmonian dan kesejahteraan, maka adalah sangat wajar untuk dia meluangkan waktu bagi sama-sama turun padang serta menembeling tenaga bersama kawan-kawan yang terdiri dari warga setia.

Friday, 17 April 2009

Murid-Murid Sekolah Rendah mendominasi persembahan Padang 2008


PENYERTAAN MASYARAKAT TIONG HUA DAN PUAK ETNIK DAERAH BELAIT

Penglibatan masyarakat berbagai kaum dan etnik Dearah Belait amat membanggakan terutama penduduk penduduk dari pendalaman yang sama sama mengisikan segmen-segmen dalam persembahan yang cukup unik dan menerik dihadapan ribuan penduduk. Namun yang sangat menyerlah dan mendominasi keindahan persembahan adalah dari gerak aksi dan suara manja murid-murid Sekolah rendah telah menyentuh setiap hati para penonton yang menyaksikan persembahan pada waktu itu.

Sumbangan dari penuntut sekolah rendah dan menengah serta institusi maktab teknikal dan sekolah vokasionol serta pihak pihak swasta juga berganding bahu bagi menjayakan persembahan

Saturday, 11 April 2009

Mesyuarat-Mesyuarat

Hari Khamis 11 April 2009, Mesyuarat bagi menentukan keberadaan peserta dan sumber telah di adakan di Dewan Qiyadah Pejabat Daerah. Laporan penuh Insya Allah akan diterbitkan dalam minggu ini. "Setiap hari berlalu bererti musim gaflah untuk melakukan berbagai hal perlaksanaan kian mendekat sedangkan sumber dan keperluan masih agak sendat" kata Dr. Hj Harun, Pengerusi Persembahan Padang.

Hari-hari ke depan dalam bulan April 2009, kemungkinan besar satu lagi perjumpaan dikalangan koreografer akan di adakan di mana Pengerusi Persembahan, juga selaku pencipta konsep persembahan dijadualkan memberi taklimat mengenai gerak aksi persembahan tersebut. Hanya beberapa orang yang mahir tentang teknikal persembahan sahaja yang akan dijemput untuk menghadiri taklimat ini.

Selepas taklimat untuk gerak aksi persembahan ini, satu sesi taklimat untuk keseluruhan ahli jawatan kuasa persembahan padang serta pihak-pihak yang akan dilibatkan dalam persembahan padang Insya Allah akan dijemput untuk mendengar taklimat penuh mengenai keseluruhan aspek pengendalian persembahan padang. Sesi ini akan menjemput Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang berkenaan. Guru-guru dan kakitangan kerajaan juga akan dijemput dalam sesi taklimat ini nanti.

Lepas tu Habis? Tidak ada lagi meeting? Meeting bahagian segmen persembahan akan diadakan menurut jadual segmen tersebut, kemudian kita juga akan sentiasa mengadakan perbincangan ad-hocs yang di adakan hampir setiap hari dan malam takluk kepada keperluan dan perubahan yang diperlukan setelah menyaksikan perjalanan latihan termasuk membincangkan segera setiap perkara berbangkit hasil dari pemantauan.

Begitu susahkah penyelarasan persembahan padang ini? Kalau tuan seorang guru pasti tahu betapa susahnya mengawasi murid dalam darjah. Kalau awda seorang ketua jabatan pasti awda tahu betapa beratnya mengawal kakitangan dan pekerja. Kalau awda seorang Ketua Kampung pasti awda mengerti betapa rumitnya menyatukan anak-buah. Itupun boleh dikata agak ringan jika dibanding kepimpinan dalam persembahan padang ini kami tanpa kuasa, tanpa jabatan, kurang sumber, dan berbagai lagi kekurangan, disini kita mengawal dan memimpin satu projek yang melibatkan lebih ramai dari kakitangan jabatan kerajaan, lebih ramai dari murid dalam klas bayangkan lah karenah kerja yang biasa kita hadapi. Sebelum ini tiga ribu orang, Lima Ribu orang, pernah sepuluh ribu orang... Bayangkan betapa susahnya, apalagi dalam keadaan sumber yang terhad.
Yang terhad bukan saja sumber, tetapi juga kurangnya ahli masyarakat yang berketrampilan serta sedia untuk tampil ke persada perjuangan untuk mengasah bakat setiap individu dalam kepimpinan. Malahan yang sekarang kita hadapi ialah semakin hakis wajah-wajah berani, kurangnya individu-individu yang sedia menyumbangkan tenaganya dan kebaktiannya secara sukarela. Malah tenaga lama, maksudnya orang-orang lama pun sudah kurang enthusias, kurang semangat dan hampir tidak bermaya kerana sudah dimamah usia sedang mereka tidak mampu menunjukkan contoh sebagai orang yang berketrampilan dimata masyarakat kerana mereka pun tidak pernah dihargai atau menerima penghargaan. Kerana mereka terlalu ikhlas, terlalu jujur tetapi naif. Sumbangan mereka suci tetapi cahaya kemurnian hati mereka tidak dapat disaksikan oleh anak-anak muda dan bakal pelapis kepimpinan mereka. Kerana akhirnya mereka bukan siapa-siapa dimata masyarakat kecuali sebagai sosok manusia yang sentiasa ingin berbakti untuk negara, untuk bangsa dan untuk kemajuan dan perkembangan masyarakatnya demi cinta dan kesetiaan kepada raja yang dikasihi.

Disebalik kemelut ini, kita masih yakin akan adanya karakter baru. Mungkin dari kalangan guru-guru yang selama ini merekalah sering mendokong kebanyakan upacara kemasyarakatan. Mungkin juga dikalangan penuntut-penuntut Sekolah menengah yang sangat banyak menunjukkan bakat mereka dalam beberapa persembahan yang mereka sertai. Atau akan muncul dikalangan kanak-kanak murid Sekolah rendah yang pada masa ini sudah menunjukkan sikap mereka yang tidak kekok berhadapan dengan penonton yang ramai. Secara positif juga kita menyaksikan bertambahnya dari golongan pengusaha, peniaga dan beberapa individu dari sektor swasta yang telah menyertai urusan penyelarasan tanpa mengira kehilangan masa untuk mengurus perniagaan demi membuktikan cinta mereka terhadap negara ini.

Dr. (HC) Hj Jumat Bin Haji Idris


Dr. Haji JUmat Bin Haji Idris, Pengarah Syarikat Haji Idris Kalong adalah di antara tokoh korporat yang bersama dengan tokoh korporat yang lain telah menyumbang bukan saja wang dan ringgit, tetapi beliau juga masa dan tenaga sehingga mereka sanggup bersama Jawatan Kuasa yang lain untuk menyelaras persembahan Padang secara suka rela.

Menurut komen Pengerusi, apabila team pelaksana ada keperluan mendadak, belum pun pihak lain memberikan sokongan, Dr. Hj Jumat adalah figur yang sentiasa siap tampil kedepan untuk menghulurkan apa juga bantuan, walaupun pada kadar yang seadanya, tetapi cukup untuk meringankan beban. Begitulah contoh seorang anggota masyarakat yang setia kepada kumpulannya dan setia pada negaranya.

Wednesday, 8 April 2009

Daerah Belait akan lebih meriah dengan berbagai acara yang akan dipersembahkan


Selain acara persembahan padang, para wira seni, warga kreatif dan sukarelawan yang terdiri dari rakyat dan penduduk yang berinovatif serta bermotivasi tinggi pasti akan meyumbang tenaga untuk menjadikan upacara sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan suatu persembahan istimewa khususnya dalam pengundalaan acara pementasan.

Seperti di tahun-tahun sebelum ini, Konsert Gemerlapan adalah di antara acara yang mampu menarik ribuan penonton dan menjadikan malam-malam perayaan lebih bergemarlapan.

Menurut Dr. Hj Harun, tahun ini juga akan dihidangkan acara yang istimewa persis Konsert Gemerlapan, tetapi takluk kepada sokongan para penaja serta keberadaan sumber jika dapat diperolehi dalam waktu yang dijangkakan. Namun sedikit perbezaan ialah konsert tersebut bukan sekadar hiburan tetapi adalah dalam bentuk penyampaian nasihat, dakwah dan mesra ugama dan budaya negara ini.

Ahli Jawatan Kuasa akan dibentuk agar dapat menyediakan suatu persembahan yang Islami tetapi dengan menekankan elemen persembahan yang dapat menarik minat orang ramai khususnya remaja belia. Matalamat persembahan ini adalah untuk mempastikan nasihat tersebut sampai kepada kumpulan yang selama ini sering menjauhkan diri dan gering apabila mendengarkan pidato, ceramah dan berbagai bentuk penyampaian yang membosankan mereka.

Konsert tersebut ialah KONSERT RUMPUN BUDAYA iaitu suatu pementasan yang akan menampilkan berbagai kumpulan seni dan kumpulan Nasyid yang akan diselangi dengan tips-tips nasihat dari beberapa orang Ustaz dan Ustazah dari Daerah Belait. Melalui acara ini Wira seni dan wira ugama akan berpadu tenaga untuk menghasilkan produk yang bernatijahkan kebajikan untuk dunia dan akhirat. Amien!

Bagaimanapun juga semua saranan ini hanya akan berjaya dianjurkan jika sokongan semua pihak akan dapat dilestarikan.

Daripada: Dr. Hj Harun, Yang Di-Pertua Persatuan PEMBELA

Tuesday, 7 April 2009

Speaking Choir - Choral Speaking - Cakap Seirama Serentak dan Segaya

Speaking Choir - Choral Speaking - Cakap Seirama Serentak dan Segaya:

Tahun 2009 akan menyaksikan persembahan yang tersebut di atas. Kita pernah menampilkan persembahan ini sewaktu persembahan padang di BSRC dulu. Tetapi kali ini kita akan lebih memperkayakan persembahan ini dengan ditambah sejumlah kanak-kanak dan remaja memperagakan ayat-ayat yang disebutkan dalam bahasa Isyarat.

Speaking Choir atau Choral Speaking adalah persembahan yang direkacipta untuk kumpulan remaja yang akan bercakap dengan penuh aksi Seirama Serentak dan Segaya. Koreografik persembahan ini sangat memerlukan disiplin, pengetahuan tentang antonasi, hitungan rentak dan berbagai lagi kaedah yang diadun bagi menghasilkan suatu persembahan yang unik.

Kita boleh saja mencontohi sebahagian dari persembahan ini yang sudah sering dilakukan di negara luar, tetapi matalamat kita yang sebenar ialah berusaha menampilkan persembahan yang sepuluh kali lebih baik, lebih menarik dan lebih berkoreografik yang artistik.

Mampukah kita buat. Tentu kita dapat buat dengan pertolongan Allah s.w.t Insya Allah berdasarkan keberadaan beberapa wira dan tokoh seni yang ada di Daerah Belait, kita yakin kita akan dapat buat. Amien.

Saran: Dr. Hj. Harun, Pengerusi Persembahan Padang 2009.


Menguji Kemampuan AJK dengan jumlah yang sedikit

Tahun ini kita cuma ada sumber kewangan yang terhad, penderma yang tidak ramai, sukarelawan yang sudah lelah dan ada yang sudah tidak berminat untuk meneruskan sumbangan. Tetapi kita yakin jumlah keramaian tidak banyak memberikan perubahan kepada keberkesanan kerja penyelarasan. Malah bilangan orang yang ramai saja tidak menjamin bahawa ramai yang menjalankan tugas dan menyumbang tenaga sebenar mereka. Malahan disebalik itu kejayaan sesuatu perlaksanaan itu sebenarnya hanya ditunjang oleh sekelumit manusia yang benar-benar bekerja sahaja.

Makanya kali ini kita memilih beberapa orang sahaja untuk menjadi jawatan kuasa agar lebih jelas siapa yang sebenarnya melaksanakan tanggungjawab selaku warga yang cinta kepada negaranya. Yang tidak tampak pun tidak juga kita katakan mereka tidak cinta kepada negara, tetapi kita maklum bahawa mereka sudah menjadi warga yang kurang upaya dan lemah kerana tidak cukup bateri atau faktor usia yang sudah lanjut dan tidak mustahil merudungnya semangat mereka itu kerana apa yang mereka harapkan hasil dari sumbangan mereka itu telah terbukti tidak ada mereka terima dan pada fikiran mereka bahawa falsafah Budi baik dibalas baik itu cuma fiktif, dogma dan dongengan belaka. Wallahu a'lam bissawab, soalan tuan tidak berjawab.

Yang penting gelanggan perjuangan, sumbangan dan berbakti masih terbuka luas dan biarlah kita-kita yang benar-benar setia dan sedia in terus mara tanpa mengenal lelah dan tanpa mengharap pujian dan balasan, kita terus melaksanakan perbuatan yang berdasar dan bersandarkan realiti SIAPAKAH KITA SEBENARNYA.

Geromal: Dr. Hj Harun, Pengerusi Persembahan Padang 2009

Saturday, 28 March 2009

TUGASAN UNTUK SETIA USAHA JAWATAN KUASA PERSEMBAHAN PADANG


Kepada:

  • Cikgu Atikah Rumaizah Bt Hj Harun, Setia Usaha Bersama AJK PP-2009

  • Hjh Rogayah By Hj Ramli, Setia Usaha Bersama AJK PP-2009


Atas kepercayaan yang diberikan kepada biskita, maka berikut ini disenaraikan tugasan yang perlu diambil tindakan segera. Maka diharap Biskita berdua membincangkan bersama cara menangani tugasan-tugasan tersebut.


Jika biskita fikirkan perlu, biskita berdua adalah diberi mandate untuk menubuhkan dan seterusnya melantik ahli jawatan kuasa yang di yakini boleh menyumbang kepada kelacaran tugasan dan urusan.


  1. Sediakan organizer khusus untuk penyelarasan perlaksanaan persembahan padang
  2. Sediakan simpanan data lengkap, informasi dan semua maklumat yang berkaitan sama ada di dalam Jaring, Blog, Fail, Media Cetak dan Media Letronik.
  3. Sediakan direktori alamat perhubungan dengan seluruh ajk persembahan padang, Ajk tertinggi Perayaan, Urus Setia dan pihak-pihak yang berwajib termasuk pihak keselamatan dll.
  4. Wujudkan pusat koordinasi, pengurusan, penyelarasan dan pentadbiran dengan membuka SEKRETARIAT
  5. Hubungi pihak urus setia untuk keperluan asas, perkakasan, peralatan dan kelengkapan bagi Sekretariat tersebut.
  6. Dapatkan sukongan dan bantuan kerjasama dari Timbalan-Timbalan dan Penolong-Penolong Pengerusi Persembahan Padang yang telah dilantik jika biskita keperluan untuk mereka menyertai perjumpaan atau pengurusan biskita.
  7. Sentiasa layari Blog ini: http://persembahanpadangbelait.blogspot.com/
  8. Tolong hubungi Sekolah-Sekolah yang tercatat dalam kertas kerja / synopsis persembahan padang Versi terkini. Dan sampaikan kepada mereka serta bincangkan dengan mereka isu-isu serta perkara yang berbangkit beserta cadangan-cadangan agar perkara ini dapat dihadapkan lebih awal sebelum dijadikan agenda mesyuarat-mesyuarat yang akan datang.
  9. Tolong adakan perbincangan dengan Kumpulan Koreografer mengenai cara menyediakan program penyelarasan latihan-latihan dan sebagainya.
  10. Apapun yang akan dikendalikan sila Sentiasa berkomunikasi dengan baik dengan semua AJK berkenaan.
  11. Sebagai pegangan bahawa MANDAT untuk Setia Usaha Bersama adalah mengetuai dan menganjurkan gerakan-gerakan penyelarasan khususnya memantau gerakan dibahagian Latihan, Pengarahan Persembahan termasuk kebajikan dan kesejahteraan peserta.
  12. Tugasan – Tugasan selanjutnya akan di maklumkan secara langsung, Lisan, SMS, bertulis, E-mail, Blogs: http://persembahanpadangbelait.blogspot.com/
  13. Sekiranya ada keperluan untuk menghubungi Pengerusi sila gunakan ruang koment dalam blog, atau sms/call h.p: 673-8808578 atau e-mail: pengerusi.padang2009@gmail.com dan jika berkaitan dengan Persatuan PEMBELA sila e-mail kepada: pembela60@yahoo.co.uk atau alamatkan kepada kedua-dua alamat tersebut sekali gus agar lebih mudah diambil maklum.
  14. UNTUK SETERUSNYA, arahan dan tugasan ini akan Sentiasa dikemaskini maka biskita hendaklah rajin-rajin melayari Blog yang disebutkan serta rajin-rajin menyemak e-mail biskita.



Sekian buat sementara:


Dr. Hj Harun

Pengerusi PP 2009

17:00 hrs, 28 Mac 2009



Salinan Kepada:


  1. PEGAWAI DAERAH BELAIT, Pengerusi AJK Sambutan Perayaan UTHK KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan NBD bagi Daerah Belait
  1. Dr. Hj. Azasahibul Bin Zainal Abidin, Tim. Pengerusi bhg Penyelarasan
  2. Cikgu Sutarno Samin, Tim. Pengerusi bhg Persembahan
  3. Let. (B) Hj Roslan Bin Hj Hamdan, Persatuan PEMBELA
  1. Hj Ismail bin Kassim
  1. Dyg Asmah Bt Mokti, Jabatan Belia dan Sukan KB

Perhatian Kepada Timbalan Pengerusi dan Pihak - Pihak yang Berkenaan

Kepada: Dr. Haji Azasahibul Hj Zainal Abidin


TUGASAN UNTUK TIMBALAN PENGERUSI BAHAGIAN PENYELARASAN


Merujuk kepada penjelasan saya kepada Saudara Tim.PENGERUSI bhg Penyelarasan PERSEMBAHAN PADANG (T.PPP-2009) maka buat peringkat awal ini beberapa tugasan yang saya harap Saudara T.PPP akan dapat mengambil inisiatif bagi perlaksanaan nya.


Sememangnya apabila saudara melihat banyaknya perjumpaan yang akan dibuat, pasti akan terfikir untuk memanggil semua kumpulan dan pihak-pihak yang disebutkan dalam tugasan ini dalam satu mesyuarat sekali gus. Tetapi pendapat ini menurut pengelaman ketani TIDAK dapat menyediakan ruang percambahan fikir yang mampu mengupas BANYAK perkara dan isu-isu yang penting secara mendalam. Teknik konvensional ini juga sering membuat kita TERLEPAS PANDANG beberapa perkara kerana sudah terbiasa dalam mesyuarat, perbincangan dibuat secara resmi. Para hadirin biasanya galat untuk mengeluarkan pendapat atau takut untuk mengusulkan beberapa perkara yang sebenarnya penting.


Oleh yang demikian, TEMU-JANJI dan BERSEMUKA lebih bermakna dan dapat mengupas beberapa perkara yang penting. Maka saya harap Timbalan Pengerusi akan melaksanakan tugasan yang di MANDATkan ini secara mengadakan perjumpaan. Itenari kerja perlu Timbalan Pengerusi sediakan dan penyelarasan Tugasan ini hendak lah bermula dari sekarang.


BAWA BERSAMA Tim. Pengerusi Bhg Persembahan, Cikgu Sutarno, Let (B) Hj Roslan Hj Hamdan, Hj Ismail Bin Kassim, Hjh Rogayah Dan Cikgu Atikah Rumaizah dan kalau saudara ada Sekretari sila bawa untuk menambah kemudahan perundingan dan juga membuat catatan. Tetapi jika mereka sibuk dengan urusan pekerjaan atau ada urusan peribadi harap Saudara Tim. Pengerusi tidak akan terhalang untuk meneruskan perlaksanaan tugasan ini.


Selepas perjumpaan laporan verbal dan bertulis hendaklah sampai kepada saya secara Verbally, Literally termasuk langsung ke E-mail PENGERUSI.


TUGASAN


  1. Adakan perjumpaan dengan Pegawai Daerah. Tolong bincangkan mengenai dengan kerja-kerja penyelarasan yang wajib dimulakan dari sekarang. Tetapi untuk memulakan kerja-kerja tersebut kita memerlukan sedikit peruntukan untuk membiayai kos komunikasi, stationery, pembelian alat-alat yang berkaitan dengan penyediaan musik, printing, rakaman dan lain-lain. Sehubungan dengan ini, dapatkan dari saya senarai (Itemised) agar dapat diusahakan segera.


  1. Adakan perjumpaan dengan Sekolah Arab (Sebagai kumpulan Pembawa lagu Nasyid)


  1. Adakan Perjumpaan dengan Mr Chua, JKR. Bincangkan rancangan ketani untuk menjadikan kakitangan JKR sebagai kumpulan Core kumpulan Koir. Lagu yang mereka perlu latihkan ialah 1. Lagu Kebangsaan, 2. Lagu Nasyid ‘Neo Selawat, 3. Asma’ul Husna


  1. Adakan Perjumpaan dengan Pengetua Sekolah Menengah Perdana Wazir, Bincangkan tentang ajk persembahan padang mengharap mereka akan dapat menyediakan sekitar 60 penuntut untuk menambah keramaian vokal yang diketuai oleh Kumpulan ‘Core’ (JKR dan kakitangan perkhidmatan Awam). (Lagu yang akan mereka bawa ialah 1. Lagu Kebangsaan, 2. Lagu Nasyid ‘Neo Selawat, 3. Asma’ul Husna


  1. Selanjutnya adakan Perjumpaan dengan pihak yang dimandatkan untuk PENYELARAS TARIAN FLORA DAN FAUNA. Jumpai Pengetua Sekolah-Sekolah ini agar perundingan akan lebih menyeluruh. (Sekolah Menengah Chung Hua), (Sekolah St Johns), (Sekolah St. James)


  1. Adakan perundingan dengan Penyelia Kanan Jabatan Sekolah-Sekolah serta Pegawai Ko-Kurikulum. Nyatakan permintaan ketani agar mereka menyediakan kumpulan murid-murid untuk persembahan senaman. Selain dari itu beritau juga penuntut-penuntut dan murid-murid yang lain juga akan diperlukan bagi persembahan Nasyid, Lagu Kebangsaan, Choral Speaking, Bahasa Isyarat dan Human Graphic tetapi dalam jumlah yang tidak ramai. Dalam konsep pengurusan KISS = Kecil, Indah Senang dan Singkat atau KISS = Keep It Short and Simple. Untuk keterangan lanjut, ketani akan langsung mengadakan perjumpaan dengan guru-guru besar dan guru-guru yang terlibat dalam Pengurusan Peserta dan koreografik persembahan.


  1. Adakan Perjumpaan di Ibu Pejabat Shell, berikan taklimat mengenai rancangan persembahan padang tahun ini dan bincangkan peranan BSP termasuk potensi sokongannya yang lain.


  1. Aturkan juga perjumpaan dengan pihak BLNG dan BMC jika difikirkan perlu, kerana sokongan tidak semestinya dalam bahagian persembahan saja tetapi termasuk juga sokongan moral dan material, khususnya segmen Grand Finale.


  1. Bahagian persembahan ‘CHORAL SPEAKING’ kita mandatkan kepada Sekolah Menengah PJN PHAB untuk suara remaja, Sekolah Rendah PSOAS dan Sekolah Rendah PSN Abdul Momin untuk suara ‘treble’ yakni kanak-kanak.


  1. Bahagian persembahan BAHASA ISYARAT’ kita mandatkan kepada Sekolah Menengah Sayyidina Ali sebagai mewakili remaja belia dan dewasa sementara Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin akan berperanan PERAGA BAHASA ISYARAT KANAK-KANAK. Selain itu beberapa bilangan kecil dari Sekolah-Sekolah yang lain mungkin juga akan kita perlukan sesuaikan dengan GURU-GURU Sekolah yang sekarang menjadi Tenaga Pengajar terlatih di Sekolah-Sekolah berkenaan.


  1. Jumpai Bhg Ko-Kurikulum bincangkan bagaimana kedudukan peraduan senaman dan hasrat ketani untuk membawa persembahan senaman ini dalam segmen pertama. Jika belum ada kepastian ketani berunding saja dengan pihak yang akan ketani beri mandat untuk jadi PENYELARAS SENAMAN yakni Sekolah Rendah Kuala Belait, Sekolah Rendah PSN P.H.Y Lrg 3 Seria, Sekolah Rendah Panaga, Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria.


  1. PENYELARAS KUMPULAN PANDU GRAND FINALE (HUMAN GRAPHICS) akan ketani serahkan kepada Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, dan Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah Seria. Ada ;ebih baik diorang ani dimaklumkan awal.


Oleh kerana Saya masa ani menumpukan perlaksanaan dibahagian rekacipta dan pengolahan seni bagi persembahan ini, maka saya harap Saidara akan dapat mendokong tugasan yang saya sebutkan di atas. Untuk memudahkan kerja saudara adakan perbincangan dengan ajk yang saya sebutkan di atas khususnya kedua orang Setia Usaha Bersama AJK Persembahan Padang untuk mengadakan pembahagian tugasan atau dikerjakan bersama. Up to you.


Sekian buat sementara.


Dr. Hj Harun

Pengerusi PP 2009


1.45 malam, 24 Mac 2009


Salinan Kepada:


  1. PEGAWAI DAERAH BELAIT, Pengerusi AJK Sambutan Perayaan UTHK KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan NBD bagi Daerah Belait


  1. Cikgu Sutarno Samin, Tim. Pengerusi bhg Persembahan


  1. Cikgu Atikah Rumaizah Bt Hj Harun, Setia Usaha Bersama AJK PP-2009


  1. Hjh Rogayah By Hj Ramli, Setia Usaha Bersama AJK PP-2009


  1. Let. (B) Hj Roslan Bin Hj Hamdan, Persatuan PEMBELA


  1. Hj Ismail bin Kassim


  1. Dyg Asmah Bt Mokti, Jabatan Belia dan Sukan KB


Thursday, 26 March 2009

Persembahan Padang 2004 - Belait Indah Di Lembah Intan - Padang BSRC Seria



Di bawah pimpinan Pegawai Daerah Belait, Masyarakat dan penduduk Daerah Belait telah berjaya menghidangkan persembahan hiburan yang penuh dengan pengertian, pujian dan tanda menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Raja dan Pemimpin yang bijaksana memerintah negara dengan adil lagi berhikmah. Hasil dari kepimpinan itu rakyat telah berjaya menjulang diri hingga menjadi rakyat yang terpelajar, berpendidikan, setia dan berjiwa waja. Dengan kapasiti serta kualiti ini lah wujudnya penghasilan negara yang terdiri dari minyak, gas dan lain-lain sehingga negara menjadi makmur. Namun untuk menjana usaha menuju kecemerlangan dan kegemilangan maka nilai tambah harus dimiliki terlebih dahulu.

Persembahan Padang kali ini telah mengambil INTAN sebagai contoh tentang nilai, kerana Intan biar dimana pun letaknya pasti ia tetap bernilai tinggi, berharga mahal dan terkenal tentang ketahanannya. Biar ia dihimpit dengan beban yang seberat mana pun ia tidak akan hancur. Rahasia intan menjadi begitu kuat dan bernilai ialah kerana ia berasal dari butiran pasir biasa saja tetapi berada di bawah tanah yang mendapat tekanan beribu-ribu p.s.i dan setelah beberapa lama iapun bertukar menjadi benda yang tahan, benda yang kuat dan Indah. Apabila ia berjaya menjadi Intan, maka di mana saja ia berada ia tetap bernilai. Waima ia diletak didalam najis sekalipun orang pasti berusaha mendapatkannya, nilainya tetap tidak menurun. Itulah Intan bak kata pepatah "Kaca bercahaya, Permata Indah, Berlian Berharga Intan juga yang termulia, bila jatuh kesemuanya maka kaca hancur berderai, permata hilang nama, berlian kurang berharga tetapi intan jua yang sempurna.

Begitulah rakyat melihat Raja itu Ibarat Intan dan rakyat selaku pendukung cita-cita, aspirasi dan inspirasi negara harus berusaha menambah nilai agar mampu menjadi Manusia Intan seperti mana yang telah ditunjuk-ajar melalui titah dan tauladan kepimpinan Baginda yang bijaksana.

Intipati yang disebutkan ini telah di ilustrasikan dalam bentuk sketsa persembahan Padang yang disertai oleh 3000 orang.

Persembahan ini menampilkan 200 penuntut yang mengambil alih peranan juruhebah dengan menyampaikan urutan flow persembahan secara Choral Speaking. Selain dari berbagai koreografik tarian yang menarik, para peserta juga telah membuat formasi Intan yang diperagakan secara rebah Domino dan Human Graphic.

Nilai tambah yang memukau para penonton persembahan tersebut ialah lagu-lagu yang dicipta dan disusun dengan sangat menarik dan 'Catchy'. Puisi dan Pantun juga di cipta termasuk lagu khas bertajuk INTAN.

Begitulah kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh rakyat dan penduduk Daerah Belait dengan adanya sokongan padu semua masyarakat di daerah ini khususnya rakan tenaga penyelaras yang meneraju pengendalian dan perlaksanaan yang diketuai oleh Dr. Hj Harun Mokti, Yang Di-Pertua PEMBELA.

KONSEP DAN SINOPSIS PERSEMBAHAN PADANG DAERAH BELAIT: VERSI KEMASKINI - UPDATED - 21 MAC 2009


KONSEP DAN SINOPSIS PERSEMBAHAN PADANG DAERAH BELAIT:

VERSI KEMASKINI (UPDATED) 21 MAC 2009


Konsep Persembahan Padang Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kali Ke-63 bagi Daerah Belait.


BERTAJUK SEMBAH SYUKUR WACANA KASIH”


INTIPATI DAN KONSEP PERSEMBAHAN :


SEBUAH SKETSA DRAMA MENGGUNAKAN INOVASI DAN ADUNAN KREATIVITI GERAK AKSI-TARI BAGI MENZAHIRKAN FAKTA BAHAWA KEHARMONIAN HIDUP YANG TELAH DINIKMATI RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BELAIT ADALAH BERDASARKAN ‘BERKAT KASIH SAYANG DAN PIMPINAN BIJAKSANA KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YAND TELAH MAMPU MENJADIKAN BELAIT SEBAGAI DAERAH YANG MAKMUR DAN PERSEKITARANNYA INDAH DAN ALAMNYA HIJAU. (RINGKASNYA “BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU”)



MATALAMAT PERSEMBAHAN:


Sebagai suatu PESEMBAH (Cenderahati) dalam bentuk karya seni dari rakyat dan penduduk yang disembahkan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-63 tahun.


Persembahan dalam bentuk Sketsa ini adalah PESEMBAH yang merupakan suatu manifestasi KECINTAAN Rakyat, JUNJUNG KASIH Rakyat dan merealisasikan KESETIAAN Rakyat sebagai warga setia yang telah banyak menerima kebaikan dan kebajikan hasil kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan.


Persembahan akan di rekacipta dengan memasukkan unsur menghibur disamping menjana kebajikan untuk peserta dan orang ramai agar meransang semangat nasionalis (Cinta kepada Raja dan Negara).



Sepanjang masa pengungkayahan kerja penyelarasan dan perlaksanaan , akan dimanfaatkan sebagai wadah untuk menyegarkan kesetiaan, memugar kesuburan budaya agar wujud jiwa perwira dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja, Ugama dan Negara.


Persembahan Padang Daerah Belait bukan sekadar olahtari, olahgerak dan lain-lain itu, TETAPI yang paling INTI ialah MELALUI INTEGRASI, MELALUI KERJA GOTONG ROYONG, MELALUI SUMBANGAN IKHLAS, MELALUI PENGORBANAN dan banyak lagi ELEMEN yang menonjol atau tersembunyi dalam pengurusan aturcara ini kita akan MAMPU menunjukkan bahawa kita adalah WARGA yang telah menyahut dan mematuhi segala yang tersurat dan tersirat dari titah-titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan. Kita Bersatupadu, Kita Setia, Kita peka, saling mendukung dan menyokong maka inilah pesembah dan ini lah hadiah rakyat dan penduduk Daerah Belait kepada yang Baginda yang di-rai’ekan.


Jawatan Kuasa Penyelaras Pesembahan mengambil contoh kejayaan tahun 2008 dimana kejayaan sebenar persembahan itu telah membawa berkat dimana setiap penonton merasa tersentuh dengan corak olehgerak serta mendengarkan suara anak-anak kecil dan remaja mendendangkan Selawat dan Do’a.


Dan yang paling berkebajikan ialah sekitar 10 kali latihan lokalisasi dan 10 latihan seramai 2500 peserta persembahan telah berselawat dan berdoa melalui 10 lokalisasi x 10 berkumpulan x 2500 orang = 250,000 kali selawat untuk Rasulullah s.a.w dan Doa untuk Raja dan Negara. Natijahnya ialah Peserta Insya Allah Terang Hati dalam menuntut ilmu walaupun sedikit terganggu oleh aktiviti, mereka mendapat berkat dan lain-lain.


Iktibar dari yang baik maka kita akan terus menuju kepada cara yang lebih baik Insya Allah!


Pengolahan Persembahan Padang juga PEKA terhadap tempat upacara yang akan dijalankan di mana kawasannya agak berdekatan dengan Mesjid (Tetapi sukatan jauhnya sudah melebihi 200 meter). Namun begitu kita tetap menjaga kemuliaan-nya, selain dari itu kita juga khuatir jika waktu upacara tersasar hingga masuk waktu Zuhur dan azan berkumandang sedang para pengunjung masih bersantai dikawasan padang, sudah tentu tidak memberikan gambaran yang baik.


Seterusnya bagi menjamin agar tidak berlaku duplikasi, ulangan persembahan yang menjemukan, maka Jawatan Kuasa Penyelaras Persembahan juga telah mengimbas kembali Urutan Persembahan-Persembahan Padang sejak beberapa tahun yang lalu.


Tahun 1999: Wawasan Warisan 2000 – Padang Bandaran – 1000 peserta

Tahun 2000: Citra Seni Menjunjung Duli – Padang Bandaran – 2000 peserta

Tahun 2001: Sejambak Budi Sekalong Do’a – Padang Bandaran – 2500 peserta

Tahun 2002: Rakyat Menyusur Tamadun – Padang Bandaran – 3000 peserta

Tahun 2003: Perarakan Warna Warni Rakyat Bahagia Riang Ria - Jalan Maulana / Taman Jubilee Perak – 3500 peserta

Tahun 2004: Belait Indah Di Lembah Intan – Padang BSRC Seria – 3000 peserta

Tahun 2005: Semerbak Haruman Kasih – Padang Bandaran 5000 peserta

Tahun 2006: Belait Gemilang 60 – Padang Bandaran – 10,000 peserta

Tahun 2007: Nostalgia Seni Klassik Silam – Taman Jubli Perak – 3000 peserta

Tahun 2008: Sejambak Do’a Memberiga Kasih – Padang Bandaran – 2500 peserta


Dari 10 Persembahan Padang yang disenaraikan di atas, berbagai aspek kehidupan, Matalamat, Aspirasi dan Ispirasi, Semangat dan Wawasan telah disentuh dan telah dijadikan intisari dalam setiap persembahan.


Tahun 2009, kita di inspirasikan dengan hasrat Kebawah DYMM dan juga aspirasi Negara untuk tetap sebagai Negara yang sentiasa di berkati dan dilindungi Allah. Seiring dengan itu kita juga ingin menjadikan Negara ini sebagai Negara yang Sumber Permakanan nya BERDAYA SENDIRI. Berdasarkan matalamat ini maka KONSEP PERSEMBAHAN akan kita tonjolkan PRINSIP BUDAYA MESRA ALAM, MENERUSKAN KEHIJAUAN SEBAGAI KONSEP PEMBANGUNAN. “HIJAU lambang Budaya Berugama, HIJAU lambang Kesihatan, HIJAU lambang Udara dan Alam Sekitar yang Bersih dan HIJAU lambang pembangunan dan Kemajuan Pertanian sebagai sumber Ekonomi Mendiri.


Menurut informasi terbitan Faculty Universal Science of Colours (The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM):


“Hari Jumaat sebenarnya amat relative dengan warna hijau. Samaada kita berpakaian hijau atau sekadar melihat dan menghayatinya, kita telah meningkatkan potensi tenaga hijau di dalam tubuh malah memberikan keseimbangan kepada diri agar bersatu dengan alam sepanjang hari yang kita lalui.


Oleh kerana warna bergetar menurut nilai ukurannya yang tersendiri, maka warna hijau bergetar pada tahap maksima pada hari Jumaat. Adalah didapati bahawa organ paru-paru dan jantung yang juga bergetar dengan nilai ukuran yang sama dengan warna hijau, maka hari Jumaat, pernafasan dan aktiviti jantung menjadi lebih stabil dan seimbang.


“Dengan memakai pakaian hijau pada hari Jumaat, ia akan memberikan kesan keseimbangan kepada kulit, selain meningkatkan tahap tenaga warna biru (dalam bentuk glukos) dan merah (oksigen di dalam darah).


Cahaya matahari pada hari Jumaat memberikan perbezaan spectrum di mana warna hijau didapati lebih mendominasi/menguasai. Ini dapat dikaji melalui tumbuh-tumbuhan, seperti fungsi bukaan-bukaan (liang stoma) pada dedaun dan batang kaktus yang lebih banyak pada hari Jumaat. Klorofil dan gerakan air pada batang dan daun juga semakin aktif manakala spectrum cahaya pelangi lebih jelas mendominasikan warna hijau.


  • Hari pertemuan – Pertembungan serentak air, karbon dioksida, oksigen dan nitrogen dalam tumbuhan (pada waktu puncak – Solat Jumaat)
  • Memakai pakaian hijau seumpama dinaungi dedaun yang kehijauan
  • Gabungan tenaga di antara manusia dalam rahsia fotosintesis tumbuhan
  • Rahasia keserentakan ketika berdoa
  • Kejiwaan yang syahdu”

Dengan Rasional yang dinyatakan di atas tadi maka PERSEMBAHAN PADANG tahun 2009 bagi Daerah Belait di cadangkan seperti berikut:


BERTAJUK SEMBAH SYUKUR WAHANA KASIH”




SENARIO:


Seluruh struktur dan kawasan persembahan akan dihias dengan gambaran kesuburan Bumi yang penuh dengan FLORA dan FAUNA, Tanaman Pokok (Dalam Pasu akan diguna sebagai perhiasan memenuhi padang sebagai gambaran tentang kegigihan serta rancaknya kegiatan pertanian.


Ditengah Padang disediakan pentas yang dibuat dari pelantar tersusun (Agak kecil dari dari tahun lepas) sekadar muat untuk jumlah 200 orang, di hadapan pentas 300 orang dan di halaman persembahan atas rumput sekitar memuat tidak lebih 500 orang. Secara anggaran awal peserta persembahan tidak akan melebihi 1000 orang.


Dan dibelakang pentas (Back Drobe) di dirikan dinding berhias dan berukir dengan gambar atau lukisan kehijauan pokok-pokok buahan serta gambaran tentang aktiviti pertanian.


Rakyat dan Penduduk yang di dalam Khemah dicadangkan agar menyediakan berbagai persembahan yang secara langsung menyokong dan mendokong maksud Tajuk Persembahan SEMBAH SYUKUR WAHANA KASIH” dan KONSEP: “BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU”.



SINOPSIS RENGKAS PERSEMBAHAN:


Penyelarasan PRA-PERSEMBAHAN:


Jam 8.30 pagi, dengan keramaian yang ditetapkan, murid dan penuntut bersiap di tepi Jalan Maulana bermula dari simpang Heli-Pad hingga ke Dewan Santap. (Hadrah mengambil posisi di Simpang Heli Pad, di posisi tengah antara jarak simpang Heli-Pad dan simpang masuk ke Dewan Santap, dan pasukan hadrah yang ketiga berada di halaman Dewan Santap.


Sebaik saja kenderaan Di-Raja melintasi Jalan Maulana dan masuk ke Dewan Santap, murid-murid dan penuntut Sekolah dikerah ke Tepi Jalan bermula dari simpang Jalan Maulana hingga ke Simpang masuk Padang Bandaran. (Hadrah beralih ke posisi simpang keluar dari Dewan Santap, pertengahan jarak perjalanan belakang pentas Di-Raja dan di simpang masuk ke Padang Bandaran.


9.00 pagi, Pasukan Laungan Daulat dan Koir Lagu Kebangsaan mengambil tempat diposisi yang ditentukan.


  1. Brass Band bersiap di pentas
  2. Kumpulan ‘Core’ semua berada di Pentas untuk Menyanyikan Lagu Kebangsaan.
  3. Di hadapan Pentas Di-Raja bersiap untuk Laungan Daulat:

3.1: Penghulu – Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung

3.2: Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung

3.3: Ahli Jawatan Kuasa Acara-Acara Sambutan Perayaan Daerah Belait

3.4: Masyarakat dan Penduduk

3.5: Kakitangan Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam mewakili berbagai Jabatan di Daerah Belait

3.6: Kakitangan Sektor Swasta, Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina, Masyarakat dari berbagai bangsa,

3.7: Persatuan Belia dan Badan-Badan Kebajikan

3.8: Puak Etnik dan Masyarakat dari berbagai kaum


Sebaik saja kenderaan Di-Raja berada di simpang masuk ke Padang, Pengumuman dihebahkan “KEBERANGKATAN KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM!”


Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi menjunjung serta mengalu-alukan Baginda. Sebaik saja Baginda berada di atas Pentas Di-Raja; Lagu Kebangsaan dinyanyikan dan disambut dengan 3 kali Laungan Daulat.


Pegawai Daerah menyembahkan Buku Program dan berundur semula bersiap untuk menuju ke Pondium serentak dengan Penghebahan “SEMBAH KESYUKURAN PEGAWAI DAERAH BELAIT”.


Persembahan bermula selepas Sembah Kesyukuran oleh Pegawai Daerah. Hanya dengan 500 - 1000 orang peserta terdiri dari remaja dan belia mewakili Institusi Pendidikan, Badan-Badan Berpakaian Seragam, Persatuan – Persatuan, NGO’s, Institusi Perkhidmatan Awam, Sektor Swasta, Brunei Shell, Puak Etnik dan MPM/MPK.


Persembahan akan disusunatur melalui TIGA SEGMEN:


Bermula serentak dengan PEGAWAI DAERAH tunduk hormat PENGHEBAH ACARA mengumumkan:


“RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BELAIT MEMPERSEMBAHKAN SKETSA BERTAJUK


SEMBAH SYUKUR WAHANA KASIH”


dengan KONSEP:


“BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU”


[KUMPULAN KOIR MENDENDANGKAN NASYID memberi Isyarat pergerakan Kumpulan LAUNGAN DAULAT meninggalkan lokasi persembahan] dan PODIUM diangkat keluar bertali arus dengan kemasukan peserta persembahan SEGMEN PERTAMA.


PENYELARASAN SEGMEN PERTAMA:


Persembahan akan dilakukan secara serentak dilakukan oleh beberapa kumpulan dalam satu rentak dan irama terdiri dari Kumpulan Senaman, Kumpulan Riadah, Kumpulan Etnik yang bertani, Kumpulan ‘Speaking Choir yang bercakap beramai sambil bergaya serta di sampaikan maksudnya oleh Kumpulan Bahasa Isyarat dengan gaya penyampaian yang unik.


GAMBARAN SEGMEN PERTAMA:


Mengambarkan Daerah Belait adalah sebuah Daerah yang mengecapi nikmat kemakmuran, keharmonian disertai dengan kekayaan semulajadi seperti Flora dan Faunanya sentiasa terjaga. Warga yang terdiri dari Rakyat dan Penduduk Sihat sejahtera berkat bimbingan bijaksana sehingga mereka taat beribadat, rajin berusaha, menjalankan aktiviti riadah disamping mengekalkan seni budaya. Hidup mereka rukun dan bersatupadu.


Syekuen persembahan Segmen PERTAMA:


IRINGAN LAGU NASYID (Lambang Negara Islam) berkumandang memberikan Isyarat kepada semua peserta mengambil posisi. Sebaik saja semua berada dalam posisi, {Lagu Nasyid berhenti dan Musik Instrumental dimainkan}


Para peserta mula membuat olahgerak berbentuk Riadah (Senaman) , ada yang memperlihatkan aktiviti membajak sawah, bercucuk-tanam, mengetam padi dan lain-lain. (Persembahan ini didokong oleh Pemenang-Pemenang Peraduan Senaman antara Sekolah-Sekolah di Daerah Belait), Belia-Belia dalam Sukan Beladiri, Puak-Puak Etnik dan Masyarakat berbagai Kaum. (Bahagian ini akan dipersembahkan oleh 100 – 200 peserta).


Serentak di suku awal segmen ini sewaktu musik mengumandakankan irama dan rentak yang ‘mellow’ (suara rendah, perlahan dan sedap) kumpulan “SPEAKING CHOIR” (100 orang) mulai bercakap serentak, bergaya seirama, bernyanyi senada. Diwaktu yang sama kandungan ucapan kumpulan “Speaking Choir” akan di PERAGAKAN oleh Kumpulan Bahasa Isyarat yang diketuai oleh 20 orang Guru-Guru Sekolah yang sekarang sedang rancak mengembangkan ilmu ini kepada orang ramai. Mereka akan disertai oleh 100 -200 penuntut Sekolah menengah dan Murid Sekolah Rendah. PERAGAAN Bahasa Isyarat ini secara langsung meyumbang kepada Gaya dan Aksi persembahan disamping bertujuan menyampaikan maklumat waima kepada seluruh masyarakat yang memerlukan maklumat.


Isi ucapan “Speaking” Choir” akan menceritakan Kemakmuran Negara Dibawah Pimpinan Bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


HURAIAN MAKSUD PERSEMBAHAN SEGMEN SATU:


Masyarakat di Daerah Belait adalah umpama wira yang Cakah, Cekal, Cekap, Cikar, Canggih dan Tanguh, mereka sentiasa siap menanai kedaulatan Negara, mendokong kemakmuran serta menjaga keselamatan nya.


Mereka menanam, menyemai, dan menyuburkan bumi agar setiap warga, bangsa dan juga Negara sentiasa berbudaya dengan JAYADIRI, BERDIKARI dan mampu MENDIRI.


Daerah Belait khususnya dan Negara Brunei Amnya akan diwarnai dengan cahaya manifestasi keharmonian serta kemakmuran. Disinilah warna kehijauan menghamparkan makna seolah-olah bersuara melaungkan tentang kecemerlangan yang sentiasa sedia ada di Negara ini, Perut Buminya mengandungi kekayaan, permukaan buminya bertanah subur siap untuk diteroka sedia untuk dimajukan.


[SPEAKING CHOIR] adalah Cakap Serentak, Gaya Serentak juga membawa makna rakyat yang bersefahaman, satu wawasan, berdisiplin dan telah memiliki berbagai elemen yang menyumbang dan menunjang segala inspirasi dan aspirasi pemimpinnya.


PERAGAAN BAHASA ISYARAT juga memberi erti bahawa segala maklumat mampu sampai kepada semua pihak tanpa kecuali, selain itu atas dasar kasih sayang maka CURAHAN HATI RAJA dan HATI RAKYAT saling di mengerti.

SEGMEN KEDUA:


PENYELARASAN SEGMEN KEDUA:


Sekali lagi menyatukan semua kumpulan peserta persembahan. Menyatukan Pasukan Hadrah, Kumpulan Nasyid, Kumpulan Koir, Kumpulan Rampak Gendang (Drum Line Persatuan PEMBELA), Pasukan Speaking Choir, Kumpulan Peraga Bahasa Isyarat, Pasukan Senaman dan sekalian kumpulan masyarakat berbagai Etnik. Semua membuat formasi kompak lambang kesatuan dan perpaduan Rakyat dalam satu wawasan untuk terus setia dan menjunjung titah sambil berdoa untuk Raja yang dikasihi.


GAMBARAN SEGMEN KEDUA:


Segmen ini akan menyaksikan para peserta mewakili berbagai kaum masuk dari berbagai sudut menyertai peserta yang sudah sedia pada posisi dalam padang. Babak ini akan meilustrasikan kehidupan dan budaya rakyat bersatupadu dan bersama memajukan Negara, bersama menanai keharmonian dan sentiasa patuh, taat dan setia menjunjung titah. Babak ini juga akan memberikan pengertian Rakyat menjunjung kasih dan memanjatkan Syukur kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan Raja yang adil lagi bijaksana dan mempunyai hati yang penuh dengan kasih saying.


Syekuen persembahan Segmen KEDUA:


Para peserta mengambil posisi secara dari kelompok kecil kepada mengembang dan memenuhi lokasi padang dan juga di atas pentas. Perubahan ini seolah-olah mengambarkan bunga yang mengembang hingga memberikan gambaran rakyat dan penduduk semakin ramai, berkembang dan maju.


Para peserta juga lengkap dengan pakaian dan prop persembahan yang akan diperagakan secara serentak sehingga penonton akan seolah-oleh menyaksikan tumbuh-tumbuhan hasil tanaman tumbuh menghijau di dalam sebuah TAMAN.


Sewaktu peserta persembahan membuat gerak perlahan dan teratur di iringi lagu Nasyid sebagai memberikan pengertian bahawa setiap gerakan, kegiatan dan tindakan sentiasa memohon restu dari Allah s.w.t dan secara langsung merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.


Suku awal persembahan ini mula menyaksikan semua peserta pada posisi yang kompak mulai duduk sebagai tanda patuh, tanda taat dan tanda setia kepada Raja. Dan waktu ini posisi peserta yang sudah padat dan kompak itu di tambah dengan 63 orang yang mewakili WARGA EMAS, ANAK YATIM, BELIA-BELIA MESJID, dan lain-lain warga yang akan mengambil posisi barisan depan untuk sama-sama melaungkan “YA ALLAH LANJUTKAN USIA SULTAN” sebanyak 3 kali. Dan sebaik saja selesai do’a singat ini, mereka keluar meninggalkan padang meninggalkan peserta persembahan yang lain untuk membuat gerak-aksi masyarakat dan penduduk Daerah Belait sedang berdo’a dengan iringan irama Syahdu. Serentak dengan ini berbagai Efek latar belakang mulai di persembahkan seperti pancutan air ‘Fountain’, Confertee dan lain-lain.


Huraian maksud persembahan Segmen KEDUA


Rekacipta dan kreativiti dalam Segmen ini membawa maksud bahawa Rakyat dan Penduduk Daerah Belait kini siap dengan berbagai budaya positif kerana telah menikmati kasih sayang Raja yang Adil Lagi Bijaksana. Maksud ini di-ilustrasikan melalui posisi peserta persembahan yang kompak lambang perpaduan dan kemajuan yang terus dinikmati.


Posisi dari kelompok kecil kemudian mengembang gambaran rakyat dan penduduk semakin ramai, berkembang dan maju.

FORMASI peserta yang meilustrasikan TAMAN yang penuh dengan tumbuhan segar membawa makna BERJAYANYA SEGALA RANCANGAN KEMAJUAN.


LAGU Nasyid mengandungi Do’a sebagai rakyat menyunjung, menyokong dan mendokong hasrat menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.


PARA PESERTA DUDUK dalam posisi kompak menunjukkan rakyat yang patuh, taat setia kepada Raja.


Seramai 63 orang tampil ke baris hadapan lambang kepada Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke-63


Masyarakat dan penduduk Daerah Belait meng-AMINkan do’a dengan iringan irama Syahdu menonjolkan CURAHAN HATI yang menyampaikan maksud tajuk persembahan “SEMBAH SYUKUR WAHANA KASIH”


Efek latar belakang menghiasi persembahan ini sebagai lambang kasih yang tiada pernah mengenal NGALEH, KESAL dan JARA demi cinta kepada Raja dan Negara.


SEGMEN KETIGA:


Segmen ini menyaksikan TIGA FORMASI dimana Para Peserta yang tadinya duduk mulai berdiri dengan posisi rapat.


Kumpulan Gendang Rampak (Gabungan Pasukan Hadrah, Kumpulan Kesenian Persatuan PEMBELA dan Kumpulan Gendang Asli) mempersembahkan pukulan bergaya.


Dengan iringan GENDANG RAMPAK semua peserta membuat gerakan ‘HUMAN GRAFIK menggunakan salendang berbagai warna serta berukiran bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Melalui Segmen ini kita telah menghuraikan maksud KONSEP PERSEMBAHAN “BELAIT adalah Daerah yang Makmur, persekitarannya Indah dan alam kehidupan adalah tersimpul dalam sebuah kata ‘HIJAU’ yang sesuai untuk pengertian yang tersurat atau tersirat.


Persembahan ini diteruskan dengan Formasi peserta mengambil posisi barisan depan sementara seluruh rakyat dan penduduk yang turut serta dalam Lagu Kebangsaan dan Laungan Daulat memenuhi barisan belakang. Dalam sorak raing ria bersama paluan gendang serta aksi gerak “Human Graphic’ disebelah barisan depan, Persembahan EFEK LATAR seperti Letupan Confertee dan Bunga Api Kecil akan menambah kemeriahan ini sebagai GRAND FINALE.


Acara ini berakhir dengan tanda penamat apabila gendang berhenti bersama dengan peserta tunduk serentak dan ACARA JUNJUNG ZIARAH pun dimulakan.


Perhatian:


1. Pelantar/Pentas persembahan akan diperkecilkan dan akan lebih mendekati pentas Diraja.

2. Grandstand di Belakang Persembahan tidak akan digunakan. Dengan ini akan memberi ruang lebih untuk khemah orang ramai.

3. Untuk menyelaras Junjung Ziarah, Teknik penyusunan peserta akan di ubah sedikit berbeza dari tahun sebelumnya.

4. Peserta persembahan tidak banyak memerlukan pakaian khas dan digalak memakai pakaian sendiri atau pakaian sekolah atau seragam yang sudah ada, tetapi akan diberikan PROP sebagai mengekalkan keindahan dan warna-warni persembahan.

5. Skala persembahan ini diperkecilkan tetapi tetap mengekalkan keunikan persembahan, mengekalkan keindahan rekacipta seni dan kepelbagaian kreativiti.

6. Persiapan awal perlu disediakan dari awal tahun meliputi, Skrip Pengacara, Skrip urutan “flow” persembahan, Jadual Latihan Lokalisasi, Jadual Latihan Padang, Senarai Peralatan, Senarai Perkakasan, Senarai Kelengkapan dan Paling Penting “MATRIX SCRIPT SEQUENCE”.


Wabillahi Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabar Kaatuh!.


Sumbangan hasil Cetusan Minda:

Dr. Hj Harun Bin Mokti.

Updated Version: 21 Mar 2009 (VERSI TERKINI)