Persatuan Belia Belait lebih terkenal dengan sebutan ringkasnya "PEMBELA" adalah kumpulan yang menjadi peneraju dan pemangkin setiap gerakan menyelaras Persembahan Padang. Mereka berada dalam setiap sudut dan aspek gerakan seperti Perancangan, Pengurusan, Pentadbiran, Perhubungan, Penyelarasan, Sekretariat, Koreografik, Penataan, Grafik, Penyusunan Musik, Penciptaan Lagu, Penaraan Sumber, Penyediaan Tenaga sokongan dan tenaga pendukungan, pokoknya PEMBELA memiliki kepelbagaian kecekapan dan kemahiran dalam hal-ehwal kesenian dan kemasyarakatan. Dan perkara yang paling penting dimiliki oleh PEMBELA ialah semangat dan kesetiaan untuk Ugama, Raja, Negara dan Bangsa.
PEMBELA telah berperanan sejak dari permulaan rancangan sambutan perayaan hendak dianjurkan. Sebaik saja menerima makluman dari Pegawai Daerah, PEMBELA segera mengadakan sesi Percambahan Fikir "Brain Storming' untuk meninjau berbagai konsep persembahan Padang yang dijangka mempunyai ciri peningkatan dan mengandungi nilai tambah dari segi kualiti dan prestasi dari tahun-ketahun.Sebelum AJK Persembahan ditubuhkan, PEMBELA awal-awal lagi telah mulai menyusun gerakan untuk siaga menyahut sebarang seruan dan permintaan. Bahan dan peralatan telah dikumpul dan merapikan segala keperluan yang akan digunakan. Sebab itu setiap konfirmasi projek hendak dilancarkan PEMBELA telah lengkap dengan berbagai aspek yang diperlukan
. Namun tidak banyak yang tahu bahawa dikalangan mereka ini juga banyak yang terdiri dari bekas-bekas pelajar dan penuntut yang sampai sekarang masih menunggu berbagai peluang pekerjaan. Didalam bahagian kepimpinan PEMBELA ramai yang mempunyai kelulusan akademik tinggi dan sudah mempunyai pekerjaan diberbagai lapangan. Tetapi dikalangan belia remaja terdapat beberapa orang yang masih mencari pekerjaan dan mengharap berbagai peluang.
apat menanai Persatuan ini sebagai Pertubuhan yang unggul dan tetap aktif sejak penubuhannya pada 26 Jun 1966.
Belia-Belia dalam PEMBELA akan lebih meningkat prestasi selaku Warga setia jika semangat yang mereka miliki ini tidak di membazirkan atau tidak dipersia-siakan. Kerana sekuat manapun semangat pasti akan luntur jika elemen yang menanai semangat itu tidak dipugar dan tidak terus dibel
ai agar terus subur. Unsur kelemahan ini jelas terbayang pada kedudukan Persatuan ini yang setelah lebih 46 tahun berada dipersada perjuangan dan menabur bakti secara sukarela ternyata masih diabaikan dari segi penghargaan dan pengiktirafan. Perkara ini jelas terbayang pada hasrat dan permintaan persatuan untuk meminjam bangunan-bangunan kosong yang dimiliki beberapa pihak yang selalu menggunakan tenaga Pembela masih tidak mendapat perhatian. PEMBELA berharap dengan ada bangunan yang dapat dijadikan pusat pentadbiran dan gerakan nescaya Persatuan ini akan lebih dapat memaksimal kan usaha belia sebagai asset negara yang bersama memangkin pembangunan dan kemajuan negara. Tetapi hingga kini PEMBELA masih manantikan sesiapa yang PEKA terhadap isu ini.SEKIAN.

SALAM DARI:
YDP PEMBELA..jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




pasu.jpg)
.jpg)















