Friday, 5 June 2009

Kumpulan Pemangkin

Persatuan Belia Belait lebih terkenal dengan sebutan ringkasnya "PEMBELA" adalah kumpulan yang menjadi peneraju dan pemangkin setiap gerakan menyelaras Persembahan Padang. Mereka berada dalam setiap sudut dan aspek gerakan seperti Perancangan, Pengurusan, Pentadbiran, Perhubungan, Penyelarasan, Sekretariat, Koreografik, Penataan, Grafik, Penyusunan Musik, Penciptaan Lagu, Penaraan Sumber, Penyediaan Tenaga sokongan dan tenaga pendukungan, pokoknya PEMBELA memiliki kepelbagaian kecekapan dan kemahiran dalam hal-ehwal kesenian dan kemasyarakatan. Dan perkara yang paling penting dimiliki oleh PEMBELA ialah semangat dan kesetiaan untuk Ugama, Raja, Negara dan Bangsa.
PEMBELA telah berperanan sejak dari permulaan rancangan sambutan perayaan hendak dianjurkan. Sebaik saja menerima makluman dari Pegawai Daerah, PEMBELA segera mengadakan sesi Percambahan Fikir "Brain Storming' untuk meninjau berbagai konsep persembahan Padang yang dijangka mempunyai ciri peningkatan dan mengandungi nilai tambah dari segi kualiti dan prestasi dari tahun-ketahun.

Sebelum AJK Persembahan ditubuhkan, PEMBELA awal-awal lagi telah mulai menyusun gerakan untuk siaga menyahut sebarang seruan dan permintaan. Bahan dan peralatan telah dikumpul dan merapikan segala keperluan yang akan digunakan. Sebab itu setiap konfirmasi projek hendak dilancarkan PEMBELA telah lengkap dengan berbagai aspek yang diperlukan. Namun tidak banyak yang tahu bahawa dikalangan mereka ini juga banyak yang terdiri dari bekas-bekas pelajar dan penuntut yang sampai sekarang masih menunggu berbagai peluang pekerjaan. Didalam bahagian kepimpinan PEMBELA ramai yang mempunyai kelulusan akademik tinggi dan sudah mempunyai pekerjaan diberbagai lapangan. Tetapi dikalangan belia remaja terdapat beberapa orang yang masih mencari pekerjaan dan mengharap berbagai peluang.
Sebahagian lagi telah mendapat kesempatan mengikuti berbagai kursus dan pendedahan dalam bidang belia dan kemasyarakatan baik melalui Seminar dan kursus yang di adakan didalam Persatuan, didalam Negara anjuran bebera Kementerian dan Seminar, Konvension, Simposium yang diadakan di Luar Negara seperti di Negara-Negara Asean, Negara Jepun, Korea, Australia dan banyak lagi. Begitulah kepelbagaian pengelaman yang dikaut telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh ahli PEMBELA sehingga dapat menanai Persatuan ini sebagai Pertubuhan yang unggul dan tetap aktif sejak penubuhannya pada 26 Jun 1966.

Melalui projek menyelaras aturcara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Projek-projek dan aturcara sambutan Hari Kebangsaan, Projek-Projek dan aturcara kegiatan anjuran Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan serta Kegiatan anjuran Persatuan ini sendiri, PEMBELA kini menyiapkan wawasan untuk menyokong dan mendukung DASAR PENDIDIKAN SPN21. PEMBELA berharap akan mengadakan kerjasama dengan membekalkan tenaga sukarela yang mahir dalam berbagai bidang kesenian untuk dimanfaatkan bersama oleh pihak-pihak yang memerlukan di Institusi Pendidikan dan Kejuruteraan.
Begitulah kenyataan disebalik kejayaan Daerah Belait merangkul Lapan Kali Juara Persembahan Padang bahawa PEMBELA sibuk sejak bulan Januari hingga bulan Julai sama ada dibelakang tirai, digarisan depan dan juga di lapangan.

Belia-Belia dalam PEMBELA akan lebih meningkat prestasi selaku Warga setia jika semangat yang mereka miliki ini tidak di membazirkan atau tidak dipersia-siakan. Kerana sekuat manapun semangat pasti akan luntur jika elemen yang menanai semangat itu tidak dipugar dan tidak terus dibelai agar terus subur. Unsur kelemahan ini jelas terbayang pada kedudukan Persatuan ini yang setelah lebih 46 tahun berada dipersada perjuangan dan menabur bakti secara sukarela ternyata masih diabaikan dari segi penghargaan dan pengiktirafan. Perkara ini jelas terbayang pada hasrat dan permintaan persatuan untuk meminjam bangunan-bangunan kosong yang dimiliki beberapa pihak yang selalu menggunakan tenaga Pembela masih tidak mendapat perhatian. PEMBELA berharap dengan ada bangunan yang dapat dijadikan pusat pentadbiran dan gerakan nescaya Persatuan ini akan lebih dapat memaksimal kan usaha belia sebagai asset negara yang bersama memangkin pembangunan dan kemajuan negara. Tetapi hingga kini PEMBELA masih manantikan sesiapa yang PEKA terhadap isu ini.

SEKIAN. SALAM DARI: YDP PEMBELA.

1 comment:

Belia"Ashabul Kahfi" said...

Buat renungan belia belia tersayang....

EGO JADIKAN SESAORANG KERAS HATI,KASAR.SUKAR MENGALAH

Ego atau sombong adalah sifat mazmumah (keji dan tercela) yang wajib ditinggalkan.Ia bermaksud tidak mahu menerima kebenaran,manganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain.Jika ditanya adalah kita tergolong dalam golongan orang yang ego atau sombong,tentu ramai mengatakan tidak.

Sebenarnya kita perlu menilai diri dan menjawab sejujur-jujurnya,sejauh manakah keegoan atau kesombongan dalam hati selama ini.Pernahkah kita mengatakan orang lain sombong?.

Kadangkala perkelahian dan perselisihan pendapat menyebabkan kita tidak bertegur sapa untuk beberapa hari.Dalam hal ini,adakah kita mulakan salam kepadanya atau menunggu dia memulakan dulu?.

Jika kita enggan menengur dulu,bermakna kita sombong dan ego. Orang yang merendah diri akan berbaik semula dengan temannya,tanpa menghiraukan maruahnya tercemar atau menampakkan dia bersalah.

Sebenarnya orang yang mengatakan orang lain itu sombong atau ego menunjukkan dirinya yang ego.Bukankah Isalm menuntut umatnya saling bertegur sapa dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Orang yang ego selalu menyiyakan pendapat atau pandangan orang lain apabila berhadapan dengan orang ramai.Dibelakang mereka, dia akan mencaci dan menganggap pendapat itu tudak bernas,malah merendahkan personaliti orang berkenaan.Orang sombong juga enggan mengalah walaupun dia bersalah.Dia sanggup bertegang urat asalkan dia menang.

Mereka yang sebegini akan berasa puas apabila melihat orang lain diam dan hanya menyiyakan kata katanya. Dia langsung tidak menghiraukan larangan Allah dalam firmanNya yang bermaksud : ”Dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya,dan janganlah kamu berbantah bantahan;kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu,dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal,ayat 46)

Antara sifat sombong atau ego ialah tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya.Bagaimanapun,apabila dia melakukan kesalahan tidak pula berasa kesal diatas perkara yang berlaku.

Allah berfirman yang bermaksud: ”Dan (ingat) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada diantara keduanya itu,melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat;dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang;olih itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustamu itu wahai Muhammad)serta layan mereka dengan cara yang elok” ( Surah al-Hijr, ayat 85)



Satu lagi sifat ego ialah suka’pilih bulu’dalam pergaualan.Jika kita daripada jemaah A kita tidak mahu bercampur dengan jeamaah B atas alasan dasar perjuangan berbeza.

Kadangkala,kita juga hanya bergaul dengan mereka yang difikirkan setaraf dari segi kemewahan dan pangkat serta pendidikan.Ada juga menganggap diri cukup ilmu agama,hingga enggan bergaul dengan mereka yang kononnya cetek dan tidak mnegamalkan Islam sepenuhnya.

Ada juga golongan yang suka mengasingkan diri daripada mereka yang miskin dan susah.Mereka bimbang orang miskin itu akan menyusahkan mereka.

Allah memerintahkan hamba-Nya agar sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan tidak kasar dalam berbahasa.Allah berfirman yang bermaksud:’Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu),dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,tentulah mereka lari daripada kelilingmu.Oleh,itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka,dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan soal keduniaan)itu.Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat,untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah,sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali Imran,ayat 159)

Belia " Ashabul Kahfi"