Sunday 19 April 2009

PERINGATAN 001 - SENARAI LANTIKAN

Insya Allah, senarai Jawatan Kuasa Persembahan Padang sudah siap di kemas kini dan akan diterbitkan hari ini. Surat lantikan akan dikirim melalui mel biasa dan surat maklumat awal akan dikirim sama ada melalui Faks atau E-mail awda.

Sekian,

MAKLUMAT DARI MEJA:
SEKRETARIAT AJK PERSEMBAHAN PADANG

Dengan arahan:

Pengerusi

5 comments:

coprat-kb said...

Terima kasih dan tahniah atas usaha menyediakan blogspot ini. Peramba saya ingin mencadangkan agar salinan juga dibuat kepada Pengetua, Ketua Bahagian, Ketua Jabatan dsb-nya bagi memaklumkan mereka akan penglibatan AJK-AJK nya (terdiri dari guru-guru sekolah atau kakitangan Jabatan) dalam menjayakan persembahan pada tahun ini. Dengan cara itu, pehak sekolah atau jabatan dapat mengambil maklum dan kelonggaran kerja dapat diberikan.

Anonymous said...

Benar tau,baik jua disalinkan kepada Pengetua,Ketua Jabatan,Ketua Bahagian bagi rujukan mereka agar AJK yang terlibat dapat dicatit akan pengelibatan mereka dan mengambil maklum bagi kegiatan mesyarakat mereka.

PERSEMBAHAN PADANG BELAIT 2009 said...

Cadangan diterima, Insya Allah, akan di lakukan takluk kepada kemampuan dan jika ada izin Allah dan terdaya. Maklumlah, kita kekurangan tenaga untuk memenuhi keinginan ketani ani, tetapi ketani berdoa moga pendukung dan penyokong ketani akan semakin banyak dan sama dapat bekerjasama dan menyumbang dalam berbagai perkara yang sangat ketani perlukan.

Bagaimanapun andainya ketani inda jua beloreh (mendapat) kawan untuk bekerjasama Insya Allah tetap jua ketani yang ada ani sedaya yang termampu untuk cuba memenuhi kehendak dan keinginan ketani yang sentiasa suka bisai dan usai.

Wassalam.

Drp: Dr. H.A.H.M, Pengerusi P.Padang 2009

PERSEMBAHAN PADANG BELAIT 2009 said...

Pekerjaan semakin perlahan kerana kekurangan tenaga dan sumber yang diperlukan untuk melincinkan segala urusan. Harap semua pihak maklum.

Anonymous said...

Tahniah Tuan Pengerusi, apakah pekerjaan yang sedang diusahakan setakat ini sejak mesyuarat pertama pada kelmarin 23hb yang perlu dibantu sehingga pekerjaan semakin perlahan seperti yang Tuan Pengerusi nyatakan. Apakah setiap AJK itu sudah diberikan tugas masing-masing untuk melicinkan dan meringankan perjalanan persiapan?