Majlis Ramah Mesra bersama rakyat dan penduduk Daerah Belait sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan ke 62 tahun pada tahun 2008, telah mencapai klimaksnya apabila ianya dimeriahkan dengan persembahan padang yang unik kemudian ditambah dengan adanya rombongan kesenian dari negara jiran.
Semua anggota rombongan juga telah berkesempatan untuk junjung ziarah di Majlis Ramah Mesra tersebut.
Apapun bentuk kejayaan yang dicapai atau kecemeralangan yang digapai jestru ianya banyak bersandarkan sumbangan yang jitu dari beberapa individu baik secara ikhlas, atau kerana profesional, atau kerana ada kepentingan maka yang penting semua mereka sudah menyumbang kepada kejayaan ini. Inilah budaya masyarakat di Daerah Belait tanpa mengira bangsa atau warna kulit, mereka tetapi sehati dan bekerjasama.
Menurut pengakuan beberapa orang kaum tiong hua khasnya Awang Chai Yum Fatt, Awang
Yong Kiam Pin dan Awang Lim Thian Ming bahawa mereka bersama dengan rakan-rakan kaum Tiong Hua yang lain sedar bahawa mereka juga harus sentiasa berfikir dan bergiat demi rasa kecintaan kepada negara Brunei untuk merakamkan kesetiaan terhadap Raja yang dikasihi.
Dr. Hj. Harun selaku Pengerusi mengharapkan lebih banyak anggota masyarakat di Daerah Belait ini akan menyertai perpaduan melalui integrasi ini walaupun cuma berwadahkan kegiatan perayaan.
2 comments:
Maaf.............salah bukan 2009...should be 2008
Betul tu...kata sutarno,terima kaseh
Post a Comment