Sunday 19 April 2009

Minyak dan air tidak bercampur tetapi bekerjasama













Majlis Ramah Mesra bersama rakyat dan penduduk Daerah Belait sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan ke 62 tahun pada tahun 2008, telah mencapai klimaksnya apabila ianya dimeriahkan dengan persembahan padang yang unik kemudian ditambah dengan
adanya rombongan kesenian dari negara jiran.

Di antara anggota rombongan termasuklah beberapa orang pemenang peraduan Putri Citra Indonesia. Di suatu kesempatan lain mereka telah membuat persembahan pentas bagi sama memeriahkan sambutan perayaan.














Semua anggota rombongan juga telah berkesempatan untuk junjung ziarah di Majlis Ramah Mesra tersebut.

Di majlis tersebut orang ramai termasuk pelancong dari luar negara juga dapat menyaksikan keunikan budaya masyarakat di daerah Belait yang mana pada hari tersebut para peserta persembahan adalah terdiri dari berbagai kaum etnik yang mengenakan pakaian kebudayaan masing-masing.

Apapun bentuk kejayaan yang dicapai atau kecemeralangan yang digapai jestru ianya banyak bersandarkan sumbangan yang jitu dari beberapa individu baik secara ikhlas, atau kerana profesional, atau kerana ada kepentingan maka yang penting semua mereka sudah menyumbang kepada kejayaan ini. Inilah budaya masyarakat di Daerah Belait tanpa mengira bangsa atau warna kulit, mereka tetapi sehati dan bekerjasama.

Rapatnya hubungan kerjasama ini dapat disaksikan dengan adanya kaum Tiong Hua yang aktif dalam memberikan sokongan baik berbentuk tenaga, material termasuk sumbangan awal berbentuk tajaan dan sebagainya.














Menurut pengakuan beberapa orang kaum tiong hua khasnya Awang Chai Yum Fatt, Awang

Yong Kiam Pin dan Awang Lim Thian Ming bahawa mereka bersama dengan rakan-rakan kaum Tiong Hua yang lain sedar bahawa mereka juga harus sentiasa berfikir dan bergiat demi rasa kecintaan kepada negara Brunei untuk merakamkan kesetiaan terhadap Raja yang dikasihi.

Dr. Hj. Harun selaku Pengerusi mengharapkan lebih banyak anggota masyarakat di Daerah Belait ini akan menyertai perpaduan melalui integrasi ini walaupun cuma berwadahkan kegiatan perayaan.

2 comments:

sutarno samin said...

Maaf.............salah bukan 2009...should be 2008

Anonymous said...

Betul tu...kata sutarno,terima kaseh