Sunday, 19 April 2009

Imbas Kenangan 2008













Pulau Pandan Jauh Ketengah

Gunung Daik bercabang dua
Hancur Badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua.


Begitulah kiranya yang terpahat dalam sanubari setiap penganjur Persembahan Padang tahun 2008 di mana Belait telah memilih tajuk SEJAMBAK DOA MEMBERIGA KASIH.

Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei kali ke62 tahun adalah kemuncak dari kecemerlangan persembahan Daerah Belait, dimana persembahan padang telah berjaya menyentuh hati setiap penonton sehingga ramai yang berlinang air mata kerana terharu dengan acara persembahan yang direkayasa begitu baik, indah dan mengkagumkan.


Musik dan lagu yang dipilih ada sangat mendayu-dayu bergema dengan suara anak-anak kecil dari murid-murid Sekolah rendah sehingga kita meremang bulu roma apabila selawat di lagukan dan doa dipanjatkan oleh majoritinya anak-anak yang masih berumur dibawah 13 tahun.


Persembahan yang berkonsepkan keugamaan ini mampu membuka tirai baru dalam teknik berdakwah.

Kejayaan tentu ada strategi, kecemerlangan tentu ada perancangan. Namun Strategi dan perancangan tidak akan bermakna jika tanpa adanya sumber tenaga manusia, sama ada yang menyertai, atau yang mengolah-corak cara dan ciri persembahan, tetapi yang lebih utama ialah adanya perpaduan serta kerjasama dikalangan ahli jawatan kuasa penyelaras dan pelaksana persembahan bermula ianya direkacipta, kemudian latihkan sehinggalah hari ianya dipersembahkan.

Rahasia paling penting ialah adanya toleransi dan persefahaman di anatara semua pihak, kerana dalam mengendalikan jelama yang ramai ini pasti ada saja kejadian umpama pinggan dan mangkuk, tiada gading yang tiada retak, sedangkan lidah lagi tergigit dan badan yang sudah letih pasti ditimpa terik matahari dan sesekali pasti ditimpa hujan. Cuma sebagai bangsa yang bertamadun, setiap kali bedok berlalu begitulah juga kiambang akan pasti bertaut.

No comments: