Wednesday, 8 April 2009

Daerah Belait akan lebih meriah dengan berbagai acara yang akan dipersembahkan


Selain acara persembahan padang, para wira seni, warga kreatif dan sukarelawan yang terdiri dari rakyat dan penduduk yang berinovatif serta bermotivasi tinggi pasti akan meyumbang tenaga untuk menjadikan upacara sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan suatu persembahan istimewa khususnya dalam pengundalaan acara pementasan.

Seperti di tahun-tahun sebelum ini, Konsert Gemerlapan adalah di antara acara yang mampu menarik ribuan penonton dan menjadikan malam-malam perayaan lebih bergemarlapan.

Menurut Dr. Hj Harun, tahun ini juga akan dihidangkan acara yang istimewa persis Konsert Gemerlapan, tetapi takluk kepada sokongan para penaja serta keberadaan sumber jika dapat diperolehi dalam waktu yang dijangkakan. Namun sedikit perbezaan ialah konsert tersebut bukan sekadar hiburan tetapi adalah dalam bentuk penyampaian nasihat, dakwah dan mesra ugama dan budaya negara ini.

Ahli Jawatan Kuasa akan dibentuk agar dapat menyediakan suatu persembahan yang Islami tetapi dengan menekankan elemen persembahan yang dapat menarik minat orang ramai khususnya remaja belia. Matalamat persembahan ini adalah untuk mempastikan nasihat tersebut sampai kepada kumpulan yang selama ini sering menjauhkan diri dan gering apabila mendengarkan pidato, ceramah dan berbagai bentuk penyampaian yang membosankan mereka.

Konsert tersebut ialah KONSERT RUMPUN BUDAYA iaitu suatu pementasan yang akan menampilkan berbagai kumpulan seni dan kumpulan Nasyid yang akan diselangi dengan tips-tips nasihat dari beberapa orang Ustaz dan Ustazah dari Daerah Belait. Melalui acara ini Wira seni dan wira ugama akan berpadu tenaga untuk menghasilkan produk yang bernatijahkan kebajikan untuk dunia dan akhirat. Amien!

Bagaimanapun juga semua saranan ini hanya akan berjaya dianjurkan jika sokongan semua pihak akan dapat dilestarikan.

Daripada: Dr. Hj Harun, Yang Di-Pertua Persatuan PEMBELA

No comments: