Monday, 16 March 2009

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri


Belait adalah daerah yang sangat beruntung kerana bukan saja mempunyai harta galian yang membawa keharmonian dan kesejahteraan seperti hasil minyak, gas dan hasil pertanian, Belait juga mempunyai warga yang berkaliber, manusia yang kreatif dan inovatif.

Rakyat dan penduduknya juga saling bersatu dan berpadu jelas tampak pada setiap apajua acara yang diungkayahkan pasti dapat dijayakan dengan penuh semangat, indah, berkualiti serta dimeriahkan dengan jumlah komitmen masyarakat yang ramai.

Segala kenyataan ini dapat direalisasikan dengan adanya tokoh-tokoh utama yang sangup berkorban tenaga, masa dan wang ringgit demi kesetiaan dan keikhlasan dalam menabur bakti kepada negara di mana di antaranya mereka itu ialah Dr. Haji Awang Harun bin Mokti sebagai orang kepercayaan yang diberikan mandat bagi mengolah konsep persembahan, memimpin masyarakat dan persatuan khususnya kumpulan pemangkin yang diketuai oleh ahli-ahli Persatuan PEMBELA.

No comments: