Friday 13 March 2009

SINOPSIS PERSEMBAHAN


Dipetik dari Kertas-Kerja Pembentangan Dr. Haji Awang Harun


SINOPSIS RENGKAS PERSEMBAHAN:

Penyelarasan PRA-PERSEMBAHAN:

Jam 8.30 pagi, dengan keramaian yang ditetapkan, murid dan penuntut bersiap di tepi Jalan Maulana bermula dari simpang Heli-Pad hingga ke Dewan Santap. (Hadrah mengambil posisi di Simpang Heli Pad, di posisi tengah antara jarak simpang Heli-Pad dan simpang masuk ke Dewan Santap, dan pasukan hadrah yang ketiga berada dihalaman Dewan Santap.

Sebaik saja kenderaan Di-Raja melintasi Jalan Maulana dan masuk ke Dewan Santap, murid-murid dan penuntut Sekolah dikerah ke Tepi Jalan bermula dari simpang Jalan Maulana hingga ke Simpang masuk Padang Bandaran. (Hadrah beralih ke posisi simpang keluar dari Dewan Santap, pertengahan jarak perjalanan belakang pentas Di-Raja dan di simpang masuk ke Padang Bandaran.

9.00 pagi, Pasukan Laungan Daulat dan Koir Lagu Kebangsaan mengambil tempat diposisi yang ditentukan.

  1. Brass Band bersiap di pentas
  2. Kumpulan ‘Core’ JKR bersama Penuntut Sekolah Maktab Anthony Abell, Sekolah St Margaret dan St. Angela, semua berada di Pentas untuk Menyanyikan Lagu Kebangsaan.
  3. Di hadapan Pentas Di-Raja bersiap untuk Laungan Daulat:

3.1: Penghulu – Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung

3.2: Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung

3.3: Ahli Jawatan Kuasa Persembahan Padang dan AJK Majlis Ramah Mesra.

3.4: Pengerusi dan AJK Acara-Acara Perayaan

3.5: Kakitangan Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam mewakili berbagai Jabatan di Daerah Belait

3.6: Kakitangan Sektor Swasta, Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina, Masyarakat dari berbagai bangsa,

3.7: Persatuan Belia dan Badan-Badan Kebajikan

3.8: Puak Etnik dan Masyarakat dari berbagai kaum

Sebaik saja kenderaan Di-Raja berada di simpang masuk ke Padang, Pengumuman dihebahkan “KEBERANGKATAN KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM!”

Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi menjunjung serta mengalu-alukan Baginda. Sebaik saja Baginda berada di atas Pentas Di-Raja; Lagu Kebangsaan dinyanyikan dan disambut dengan 3 kali Laungan Daulat.

Pegawai Daerah menyembahkan Buku Program dan berundur semula bersiap untuk menuju ke Pondium serentak dengan Penghebahan “SEMBAH KESYUKURAN PEGAWAI DAERAH BELAIT”.

Persembahan bermula selepas Sembah Kesyukuran oleh Pegawai Daerah. Hanya dengan 500 - 1000 orang peserta terdiri dari remaja dan belia mewakili Institusi Pendidikan, Badan-Badan Berpakaian Seragam, Persatuan – Persatuan, NGO’s, Institusi Perkhidmatan Awam, dan MPM/MPK.

Persembahan akan disusunatur melalui TIGA SEGMEN, Sewaktu PEGAWAI DAERAH menyampaikan Sembah Kesyukuran, Brass Band dan Penyanyi Lagu Kebangsaan perlahan-lahan beredar meninggalkan pentas dan posisi mereka diambil alih oleh Kumpulan Penyanyi NASYID.

Bermula serentak dengan PEGAWAI DAERAH tunduk hormat PENGHEBAH ACARA memaklumkan:

“RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BELAIT MEMPERSEMBAHKAN CERIKA CERIA BERTAJUK “BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU!!”

[KUMPULAN KOIR MENDENDANGKAN NASYID memberi Isyarat pergerakan Kumpulan LAUNGAN DAULAT meninggalkan lokasi persembahan] dan PODIUM diangkat keluar bertali arus dengan kemasukan peserta persembahan SEGMEN PERTAMA.

SEGMEN PERTAMA:

Sebaik saja semua berada dalam posisi, {Musik Instrumental dimainkan}

Olahgerak berbentuk Riadah (Senaman) memperlihatkan aktiviti membajak sawah, bercucuk-tanam, mengetam padi dan lain-lain. (Persembahan ini didokong oleh Pemenang-Pemenang Peraduan Senaman antara Sekolah-Sekolah di Daerah Belait), Belia-Belia dalam Sukan Beladiri, Puak-Puak Etnik dan Masyarakat berbagai Kaum. (Bahagian ini akan dipersembahkan oleh 100 – 200 peserta).

Sambil berlangsung persembahan PENGHEBAH ACARA mengumumkan (VOICE OVER):

MC 1: “Persembahan ini membawa maksud bahawa kemakmuran itu berpunca dari wujudnya warga yang sihat mental, sihat moral, sihat spiritual dan sihat fizikal.”

“Dengan Kriteria sebagai wira yang Cakah, Cekal, Cekap, Cikar, Canggih dan Tanguh, mereka akan menanai kedaulatan Negara, mendokong kemakmuran serta menjaga keselamatan nya.

MC 2: “Mereka menanam, menyamai, dan menyuburkan bumi agar setiap warga, bangsa dan juga Negara sentiasa berbudaya dengan JAYADIRI, BERDIKARI dan mampu MENDIRI.

“Daerah Belait khususnya dan Negara Brunei Amnya akan diwarnai dengan cahaya manifestasi keharmonian serta kemakmuran. Disinilah warna kehijauan menghamparkan makna seolah-olah bersuara melaungkan tentang kecemerlangan yang sentiasa sedia ada di Negara ini, Perut Buminya mengandungi kekayaan, permukaan buminya bertanah subur siap untuk diteroka sedia untuk dimajukan.”

Persembahan dalam SEGMEN SATU ini juga akan disikan dengan AKSI-LAKON, GERAK TARI yang semuanya di susunatur mengambarkan Kemakmuran dan Keindahan yang berkonsepkan MESRA. Mesra Alam, Mesra Lingkungan, Mesra Budaya dan lain-lain.

Pada Penghujung Segmen Satu, Kumpulan ‘Speaking Choir’ dan Kumpulan Peraga ‘Bahasa Isyarat’ mulai mengambil posisi.

SEGMEN KEDUA:

Persembahan menampilkan “SPEAKING CHOIR” (100 orang) para peserta akan bercakap serentak, bergaya seirama, bernyanyi senada.

Kumpulan Kedua diwaktu yang sama akan menyampaikan kandungan ucapan kumpulan “Speaking Choir” secara beramai menggunakan Bahasa Isyarat (Sebagai Gaya) (100 orang) dilakukan secara serentak.

Isi ucapan “Speaking” Choir” akan menceritakan Kemakmuran Negara Dibawah Pimpinan Bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

[Musik Latar dimainkan sesuai pada waktu dan tempat yang sesuai dalam persembahan]

PERINGATAN:

Pada hujung persembahan, Kumpulan NASYID naik kepentas, sementara Kumpulan SPEAKING CHOIR dan KUMPULAN PERAGA BAHASA ISYARAT bersatu dengan kumpulan lain bergerak ke halaman padang mengisikan semua ruang bersiap untuk SEGMEN seterusnya.

Begitu juga kumpulan terdiri dari Kumpulan ANAK YATIM, WARGA BERUSIA LANJUT, IBU TUNGGAL dan lain-lain masuk kepadang dan mengambil posisi di barisan depan.

SEGMEN KETIGA:

Persembahan ketiga ini di mulakan dengan SISIPAN / INSERT: LAFAZ “ALLAH LANJUTKAN USIA SULTAN” 3 kali disampaikan oleh kumpulan terdiri dari Kumpulan ANAK YATIM, WARGA BERUSIA LANJUT dan golongan Masyarakat Kurang upaya. (Rasional persembahan sisipan ini adalah untuk mendapatkan doa Mustajab).

{Peserta berkumpul semua dan duduk untuk Nasyid Do’a}

Lagu ASMAUL HUSNA dinyanyikan.

Para peserta membuat GERAK DAN GAYA melambangkan RAKYAT DAN PENDUDUK sedang memanjatkan Do’a Memohon Kepada Allah s.w.t agar Kebawah DYMM di lanjutkan usia.

PERSEMBAHAN GRAND FINALE:

Peserta masih diposisi yang sama dan memenuhi ruang persembahan mulai berdiri serentak dengan PALUAN HADRAH BERADUN DENGAN BERBAGAI GENDANG DAN REBANA.

Para peserta bergerak dan bergaya mengikut rentak gendang sambil memperagakan prop.

Segmen akhir ini akan direkayasa dengan hiasan PROP dan kemeriahan gerak sambil memperkaya hiasan peserta dengan membawa masuk berbagai bentuk dedaunan dan bunga-bungaan agar menambah warna kehijauan. Special Effect juga akan digunakan untuk memantap seri keindahan persembahan penutup ini.

Pada pertengahan waktu persembahan, para peserta akan bergerak membuat posisi sederet barisan sebagai persiapan untuk Junjung Ziarah.

Dengan ISYARAT KHAS, semua peserta akan tunduk sebagai tanda tamatnya Acara Persembahan Padang. Dari Sini Acara JUNJUNG ZIARAH BERMULA.

Perhatian:

1. Pelantar/Pentas persembahan akan diperkecilkan dan akan lebih mendekati pentas Diraja.

2. Grandstand di Belakang Persembahan tidak akan digunakan. Dengan ini akan memberi ruang lebih untuk khemah orang ramai.

3. Untuk menyelaras Junjung Ziarah, Teknik penyusunan peserta akan di ubah sedikit berbeza dari tahun sebelumnya.

4. Peserta persembahan tidak banyak memerlukan pakaian khas dan digalak memakai pakaian sendiri atau pakaian sekolah atau seragam yang sudah ada, tetapi akan diberikan PROP sebagai mengekalkan keindahan dan warna-warni persembahan.

5. Skala persembahan ini diperkecilkan tetapi tetap mengekalkan keunikan persembahan, mengekalkan keindahan rekacipta seni dan kepelbagaian kreativiti.

6. Persiapan awal perlu disediakan dari awal tahun meliputi, Skrip Pengacara, Skrip urutan “flow” persembahan, Jadual Latihan Lokalisasi, Jadual Latihan Padang, Senarai Peralatan, Senarai Perkakasan, Senarai Kelengkapan dan Paling Penting “MATRIX SCRIPT SEQUENCE”.

Wabillahi Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabar Kaatuh!.

Sumbangan hasil Cetusan Minda:

Dr. Hj Harun Bin Mokti.

Updated Version: 2 Mar 2009

No comments: