Friday 13 March 2009

KONSEP PERSEMBAHAN TAHUN 2009

Di salin dari hasil tulisan serta dibentangkan sendiri oleh Dr. Haji Awang Harun dalam Mesyuarat AJK Sambutan Perayaan Daerah Belait, adalah sebagai berikut.

Prinsip kita dalam setiap pengendalian ialah berteraskan menyediakan yang TERBAIK sebagai hadiah kepada Figur yang di rai’ekan. Apatah lagi yang kita rai’ekan adalah Sultan dan Pemimpin kita. Maka adalah tidak wajar sama sekali kita mempersembahkan suatu yang kurang nilai, kurang mutu akibat pekerjaan dan usaha yang ibarat melepas batuk di tangga.

Sehubungan dengan ini maka Acara Persembahan Padang yang kita adakan adalah pesembah rakyat dan penduduk Daerah Belait dan setentunya ianya merupakan hadiah. Maka hadiah ini hendaklah yang baik, bagus atau sekurang-kurangnya suatu manifestasi KECINTAAN kita, TERIMA KASIH kita dan mempamerkan KESETIAAN kita sebagai warga yang telah banyak menerima kebaikan dan kebajikan hasil kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan.

Menyaluki lebih dalam unsur serta esensi Olahgerak, Olahcara, Olah Gaya sebagai suatu pesembah, maka garispandu dalam menyediakan aturcara hendaklah mampu menjawab beberapa persoalan asasi seperti berikut:

  1. Apakah persembahan ini nanti yang mampu menghibur pihak yang dirai’ekan?
  2. Dari aspek kebajikan untuk peserta dan orang ramai, apakah aturcara ini akan mampu menyuntik semangat nasionalis (Cinta kepada Raja dan Negara).
  3. Sepanjang pengungkayahan kerja penyelarasan dan perlaksanaan , apakah mampu dimanfaatkan sebagai wadah yang menyegarkan kesetiaan.
  4. Mampukah kegiatan ini nanti memugar kesuburan budaya warga yang sentiasa mengalir dalam jiwa raganya darah perwira dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja, Ugama dan Negara.

Kenapakah persoalan yang disebutkan tadi itu penting dalam projek ini? Nah! Penjelasan yang paling utama ialah PESEMBAH atau persembahan kita untuk Baginda bukan sekadar olahtari, olahgerak dan lain-lain itu, TETAPI yang paling INTI ialah MELALUI INTEGRASI, MELALUI KERJA GOTONG ROYONG, MELALUI SUMBANGAN IKHLAS, MELALUI PENGORBANAN dan banyak lagi ELEMEN yang menonjol atau tersembunyi dalam pengurusan aturcara ini kita akan MAMPU menunjukkan bahawa kita adalah WARGA yang telah menyahut dan mematuhi segala yang tersurat dan tersirat dari titah-titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan. Kita Bersatupadu, Kita Setia, Kita peka, saling mendukung dan menyokong maka inilah pesembah dan ini lah hadiah kita kepada yang di-rai’ekan.

Sekali lagi perlu ditegaskan bahawa setiap pengolahan harus didasarkan kepada prinsip bahawa setiap kelakuan atau setiap yang dilakukan hendaklah sentiasa beralaskan bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap natijah dan akibat. Yang paling utama ialah ada pertanyaan yang perlu dijawab, TERHIBUR KAH YANG KITA RAI’E KAN? PUASKAN MATA DAN HATI YANG MENONTON? APAKAH DAMPAK DAN EFEK NYA MENYASAR KE ARAH NEGATIF ATAU POSITIF? SESUAIKAH DENGAN KEMUDAHAN DAN KEMAMPUAN? Dan yang paling kita jaga ialah pertanggungan jawab setiap kelakuan dan hasilnya itu di hadapan Allah s.w.t nanti.

Sebagai contoh kejayaan tahun 2008 dimana kita menjadi Juara bahagian Persembahan Padang dan tempat Pertama dalam Perhiasan Padang, tetapi kejayaan sebenar kita adalah bahawa persembahan itu telah membawa berkat dimana setiap penonton merasa tersentuh dengan corak olehgerak serta mendengarkan suara anak-anak kecil dan remaja mendendangkan Selawat dan Do’a.

Dan yang paling berkebajikan ialah sekitar 10 kali latihan lokalisasi dan 10 latihan beramai, murid-murid sekolah rendah, penuntut sekolah menengah, Vokasional dan Maktab Kejuruteraan seramai 2500 orang berselawat dan berdoa. 10 lokalisasi x 10 berkumpulan x 2500 orang = 250,000 kali selawat untuk Rasulullah s.a.w dan Doa untuk Raja dan Negara. Natijahnya ialah Peserta Insya Allah Terang Hati dalam menuntut ilmu walaupun sedikit terganggu oleh aktiviti, mereka mendapat berkat dan lain-lain.

Iktibar dari yang baik maka kita akan terus menuju kepada cara yang lebih baik Insya Allah!

Maka pemikiran bagi pengolahan Persembahan Padang juga harus PEKA dengan tempat upacara yang akan dijalankan dimana kawasannya agak berdekatan dengan Mesjid (Tetapi sukatan jauhnya sudah melebihi 200 meter). Namun begitu kita tetap menjaga kemuliaan-nya, selain dari itu kita juga khuatir jika waktu upacara tersasar hingga masuk waktu Zuhur dan azan berkumandang sedang para pengunjung masih bersantai dikawasan padang, sudah tentu tidak memberikan gambaran yang baik.

Kita juga perlu menatap, meneliti dan memahami setiap kandungan Titah Kebawah DYMM agar apa yang akan kita persembahkan nanti mempamerkan ke-akuran dan kepatuhan kita terhadap setiap saran yang menjadi inti dan maksud yang dititahkan Baginda.

Seterusnya bagi menjamin agar tidak berlaku duplikasi, ulangan persembahan yang menjemukan, maka kita juga akan mengimbas kembali Urutan Persembahan-Persembahan Padang sejak beberapa tahun yang lalu.

Tahun 1999: Wawasan Warisan 2000 – Padang Bandaran – 1000 peserta

Tahun 2000: Citra Seni Menjunjung Duli – Padang Bandaran – 2000 peserta

Tahun 2001: Sejambak Budi Sekalong Do’a – Padang Bandaran – 2500 peserta

Tahun 2002: Rakyat Menyusur Tamadun – Padang Bandaran – 3000 peserta

Tahun 2003: Perarakan Warna Warni Rakyat Bahagia Riang Ria - Jalan Maulana / Taman Jubilee Perak – 3500 peserta

Tahun 2004: Belait Indah Di Lembah Intan – Padang BSRC Seria – 3000 peserta

Tahun 2005: Semerbak Haruman Kasih – Padang Bandaran 5000 peserta

Tahun 2006: Belait Gemilang 60 – Padang Bandaran – 10,000 peserta

Tahun 2007: Nostalgia Seni Klassik Silam – Taman Jubli Perak – 3000 peserta

Tahun 2008: Sejambak Do’a Memberiga Kasih – Padang Bandaran – 2500 peserta

Dari 10 Persembahan Padang yang disenaraikan di atas, berbagai aspek kehidupan, Matalamat, Aspirasi dan Ispirasi, Semangat dan Wawasan telah disentuh dan telah dijadikan intisari dalam setiap persembahan.

Tahun 2009 kita di inspirasikan dengan hasrat Kebawah DYMM dan juga aspirasi Negara untuk tetap sebagai Negara yang sentiasa di berkati dan dilindungi Allah. Seiring dengan itu kita juga ingin menjadikan Negara ini sebagai Negara yang Sumber Permakanan nya BERDAYA SENDIRI. Berdasarkan matalamat ini maka KONSEP PERSEMBAHAN akan kita tonjolkan PRINSIP BUDAYA MESRA ALAM, MENERUSKAN KEHIJAUAN SEBAGAI KONSEP PEMBANGUNAN. “HIJAU lambang Budaya Berugama,

4 comments:

Anonymous said...

well done for the amazing concept

Anonymous said...

Well done Belait...keep it up

PERSEMBAHAN PADANG BELAIT 2009 said...

Lagi Hidup Lagi Ngelaban!

Belia Sejati 60 said...

Buat yang terbaik bagi tahun ke 9 kejohnan Daerah Belait.......Teruskan usaha jasa bakti kamu untuk Sultan,Negara dan Ugama