Thursday, 26 March 2009

KONSEP DAN SINOPSIS PERSEMBAHAN PADANG DAERAH BELAIT: VERSI KEMASKINI - UPDATED - 21 MAC 2009


KONSEP DAN SINOPSIS PERSEMBAHAN PADANG DAERAH BELAIT:

VERSI KEMASKINI (UPDATED) 21 MAC 2009


Konsep Persembahan Padang Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kali Ke-63 bagi Daerah Belait.


BERTAJUK SEMBAH SYUKUR WACANA KASIH”


INTIPATI DAN KONSEP PERSEMBAHAN :


SEBUAH SKETSA DRAMA MENGGUNAKAN INOVASI DAN ADUNAN KREATIVITI GERAK AKSI-TARI BAGI MENZAHIRKAN FAKTA BAHAWA KEHARMONIAN HIDUP YANG TELAH DINIKMATI RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BELAIT ADALAH BERDASARKAN ‘BERKAT KASIH SAYANG DAN PIMPINAN BIJAKSANA KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YAND TELAH MAMPU MENJADIKAN BELAIT SEBAGAI DAERAH YANG MAKMUR DAN PERSEKITARANNYA INDAH DAN ALAMNYA HIJAU. (RINGKASNYA “BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU”)



MATALAMAT PERSEMBAHAN:


Sebagai suatu PESEMBAH (Cenderahati) dalam bentuk karya seni dari rakyat dan penduduk yang disembahkan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-63 tahun.


Persembahan dalam bentuk Sketsa ini adalah PESEMBAH yang merupakan suatu manifestasi KECINTAAN Rakyat, JUNJUNG KASIH Rakyat dan merealisasikan KESETIAAN Rakyat sebagai warga setia yang telah banyak menerima kebaikan dan kebajikan hasil kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan.


Persembahan akan di rekacipta dengan memasukkan unsur menghibur disamping menjana kebajikan untuk peserta dan orang ramai agar meransang semangat nasionalis (Cinta kepada Raja dan Negara).



Sepanjang masa pengungkayahan kerja penyelarasan dan perlaksanaan , akan dimanfaatkan sebagai wadah untuk menyegarkan kesetiaan, memugar kesuburan budaya agar wujud jiwa perwira dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja, Ugama dan Negara.


Persembahan Padang Daerah Belait bukan sekadar olahtari, olahgerak dan lain-lain itu, TETAPI yang paling INTI ialah MELALUI INTEGRASI, MELALUI KERJA GOTONG ROYONG, MELALUI SUMBANGAN IKHLAS, MELALUI PENGORBANAN dan banyak lagi ELEMEN yang menonjol atau tersembunyi dalam pengurusan aturcara ini kita akan MAMPU menunjukkan bahawa kita adalah WARGA yang telah menyahut dan mematuhi segala yang tersurat dan tersirat dari titah-titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan. Kita Bersatupadu, Kita Setia, Kita peka, saling mendukung dan menyokong maka inilah pesembah dan ini lah hadiah rakyat dan penduduk Daerah Belait kepada yang Baginda yang di-rai’ekan.


Jawatan Kuasa Penyelaras Pesembahan mengambil contoh kejayaan tahun 2008 dimana kejayaan sebenar persembahan itu telah membawa berkat dimana setiap penonton merasa tersentuh dengan corak olehgerak serta mendengarkan suara anak-anak kecil dan remaja mendendangkan Selawat dan Do’a.


Dan yang paling berkebajikan ialah sekitar 10 kali latihan lokalisasi dan 10 latihan seramai 2500 peserta persembahan telah berselawat dan berdoa melalui 10 lokalisasi x 10 berkumpulan x 2500 orang = 250,000 kali selawat untuk Rasulullah s.a.w dan Doa untuk Raja dan Negara. Natijahnya ialah Peserta Insya Allah Terang Hati dalam menuntut ilmu walaupun sedikit terganggu oleh aktiviti, mereka mendapat berkat dan lain-lain.


Iktibar dari yang baik maka kita akan terus menuju kepada cara yang lebih baik Insya Allah!


Pengolahan Persembahan Padang juga PEKA terhadap tempat upacara yang akan dijalankan di mana kawasannya agak berdekatan dengan Mesjid (Tetapi sukatan jauhnya sudah melebihi 200 meter). Namun begitu kita tetap menjaga kemuliaan-nya, selain dari itu kita juga khuatir jika waktu upacara tersasar hingga masuk waktu Zuhur dan azan berkumandang sedang para pengunjung masih bersantai dikawasan padang, sudah tentu tidak memberikan gambaran yang baik.


Seterusnya bagi menjamin agar tidak berlaku duplikasi, ulangan persembahan yang menjemukan, maka Jawatan Kuasa Penyelaras Persembahan juga telah mengimbas kembali Urutan Persembahan-Persembahan Padang sejak beberapa tahun yang lalu.


Tahun 1999: Wawasan Warisan 2000 – Padang Bandaran – 1000 peserta

Tahun 2000: Citra Seni Menjunjung Duli – Padang Bandaran – 2000 peserta

Tahun 2001: Sejambak Budi Sekalong Do’a – Padang Bandaran – 2500 peserta

Tahun 2002: Rakyat Menyusur Tamadun – Padang Bandaran – 3000 peserta

Tahun 2003: Perarakan Warna Warni Rakyat Bahagia Riang Ria - Jalan Maulana / Taman Jubilee Perak – 3500 peserta

Tahun 2004: Belait Indah Di Lembah Intan – Padang BSRC Seria – 3000 peserta

Tahun 2005: Semerbak Haruman Kasih – Padang Bandaran 5000 peserta

Tahun 2006: Belait Gemilang 60 – Padang Bandaran – 10,000 peserta

Tahun 2007: Nostalgia Seni Klassik Silam – Taman Jubli Perak – 3000 peserta

Tahun 2008: Sejambak Do’a Memberiga Kasih – Padang Bandaran – 2500 peserta


Dari 10 Persembahan Padang yang disenaraikan di atas, berbagai aspek kehidupan, Matalamat, Aspirasi dan Ispirasi, Semangat dan Wawasan telah disentuh dan telah dijadikan intisari dalam setiap persembahan.


Tahun 2009, kita di inspirasikan dengan hasrat Kebawah DYMM dan juga aspirasi Negara untuk tetap sebagai Negara yang sentiasa di berkati dan dilindungi Allah. Seiring dengan itu kita juga ingin menjadikan Negara ini sebagai Negara yang Sumber Permakanan nya BERDAYA SENDIRI. Berdasarkan matalamat ini maka KONSEP PERSEMBAHAN akan kita tonjolkan PRINSIP BUDAYA MESRA ALAM, MENERUSKAN KEHIJAUAN SEBAGAI KONSEP PEMBANGUNAN. “HIJAU lambang Budaya Berugama, HIJAU lambang Kesihatan, HIJAU lambang Udara dan Alam Sekitar yang Bersih dan HIJAU lambang pembangunan dan Kemajuan Pertanian sebagai sumber Ekonomi Mendiri.


Menurut informasi terbitan Faculty Universal Science of Colours (The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM):


“Hari Jumaat sebenarnya amat relative dengan warna hijau. Samaada kita berpakaian hijau atau sekadar melihat dan menghayatinya, kita telah meningkatkan potensi tenaga hijau di dalam tubuh malah memberikan keseimbangan kepada diri agar bersatu dengan alam sepanjang hari yang kita lalui.


Oleh kerana warna bergetar menurut nilai ukurannya yang tersendiri, maka warna hijau bergetar pada tahap maksima pada hari Jumaat. Adalah didapati bahawa organ paru-paru dan jantung yang juga bergetar dengan nilai ukuran yang sama dengan warna hijau, maka hari Jumaat, pernafasan dan aktiviti jantung menjadi lebih stabil dan seimbang.


“Dengan memakai pakaian hijau pada hari Jumaat, ia akan memberikan kesan keseimbangan kepada kulit, selain meningkatkan tahap tenaga warna biru (dalam bentuk glukos) dan merah (oksigen di dalam darah).


Cahaya matahari pada hari Jumaat memberikan perbezaan spectrum di mana warna hijau didapati lebih mendominasi/menguasai. Ini dapat dikaji melalui tumbuh-tumbuhan, seperti fungsi bukaan-bukaan (liang stoma) pada dedaun dan batang kaktus yang lebih banyak pada hari Jumaat. Klorofil dan gerakan air pada batang dan daun juga semakin aktif manakala spectrum cahaya pelangi lebih jelas mendominasikan warna hijau.


  • Hari pertemuan – Pertembungan serentak air, karbon dioksida, oksigen dan nitrogen dalam tumbuhan (pada waktu puncak – Solat Jumaat)
  • Memakai pakaian hijau seumpama dinaungi dedaun yang kehijauan
  • Gabungan tenaga di antara manusia dalam rahsia fotosintesis tumbuhan
  • Rahasia keserentakan ketika berdoa
  • Kejiwaan yang syahdu”

Dengan Rasional yang dinyatakan di atas tadi maka PERSEMBAHAN PADANG tahun 2009 bagi Daerah Belait di cadangkan seperti berikut:


BERTAJUK SEMBAH SYUKUR WAHANA KASIH”




SENARIO:


Seluruh struktur dan kawasan persembahan akan dihias dengan gambaran kesuburan Bumi yang penuh dengan FLORA dan FAUNA, Tanaman Pokok (Dalam Pasu akan diguna sebagai perhiasan memenuhi padang sebagai gambaran tentang kegigihan serta rancaknya kegiatan pertanian.


Ditengah Padang disediakan pentas yang dibuat dari pelantar tersusun (Agak kecil dari dari tahun lepas) sekadar muat untuk jumlah 200 orang, di hadapan pentas 300 orang dan di halaman persembahan atas rumput sekitar memuat tidak lebih 500 orang. Secara anggaran awal peserta persembahan tidak akan melebihi 1000 orang.


Dan dibelakang pentas (Back Drobe) di dirikan dinding berhias dan berukir dengan gambar atau lukisan kehijauan pokok-pokok buahan serta gambaran tentang aktiviti pertanian.


Rakyat dan Penduduk yang di dalam Khemah dicadangkan agar menyediakan berbagai persembahan yang secara langsung menyokong dan mendokong maksud Tajuk Persembahan SEMBAH SYUKUR WAHANA KASIH” dan KONSEP: “BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU”.



SINOPSIS RENGKAS PERSEMBAHAN:


Penyelarasan PRA-PERSEMBAHAN:


Jam 8.30 pagi, dengan keramaian yang ditetapkan, murid dan penuntut bersiap di tepi Jalan Maulana bermula dari simpang Heli-Pad hingga ke Dewan Santap. (Hadrah mengambil posisi di Simpang Heli Pad, di posisi tengah antara jarak simpang Heli-Pad dan simpang masuk ke Dewan Santap, dan pasukan hadrah yang ketiga berada di halaman Dewan Santap.


Sebaik saja kenderaan Di-Raja melintasi Jalan Maulana dan masuk ke Dewan Santap, murid-murid dan penuntut Sekolah dikerah ke Tepi Jalan bermula dari simpang Jalan Maulana hingga ke Simpang masuk Padang Bandaran. (Hadrah beralih ke posisi simpang keluar dari Dewan Santap, pertengahan jarak perjalanan belakang pentas Di-Raja dan di simpang masuk ke Padang Bandaran.


9.00 pagi, Pasukan Laungan Daulat dan Koir Lagu Kebangsaan mengambil tempat diposisi yang ditentukan.


  1. Brass Band bersiap di pentas
  2. Kumpulan ‘Core’ semua berada di Pentas untuk Menyanyikan Lagu Kebangsaan.
  3. Di hadapan Pentas Di-Raja bersiap untuk Laungan Daulat:

3.1: Penghulu – Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung

3.2: Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung

3.3: Ahli Jawatan Kuasa Acara-Acara Sambutan Perayaan Daerah Belait

3.4: Masyarakat dan Penduduk

3.5: Kakitangan Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam mewakili berbagai Jabatan di Daerah Belait

3.6: Kakitangan Sektor Swasta, Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina, Masyarakat dari berbagai bangsa,

3.7: Persatuan Belia dan Badan-Badan Kebajikan

3.8: Puak Etnik dan Masyarakat dari berbagai kaum


Sebaik saja kenderaan Di-Raja berada di simpang masuk ke Padang, Pengumuman dihebahkan “KEBERANGKATAN KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM!”


Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi menjunjung serta mengalu-alukan Baginda. Sebaik saja Baginda berada di atas Pentas Di-Raja; Lagu Kebangsaan dinyanyikan dan disambut dengan 3 kali Laungan Daulat.


Pegawai Daerah menyembahkan Buku Program dan berundur semula bersiap untuk menuju ke Pondium serentak dengan Penghebahan “SEMBAH KESYUKURAN PEGAWAI DAERAH BELAIT”.


Persembahan bermula selepas Sembah Kesyukuran oleh Pegawai Daerah. Hanya dengan 500 - 1000 orang peserta terdiri dari remaja dan belia mewakili Institusi Pendidikan, Badan-Badan Berpakaian Seragam, Persatuan – Persatuan, NGO’s, Institusi Perkhidmatan Awam, Sektor Swasta, Brunei Shell, Puak Etnik dan MPM/MPK.


Persembahan akan disusunatur melalui TIGA SEGMEN:


Bermula serentak dengan PEGAWAI DAERAH tunduk hormat PENGHEBAH ACARA mengumumkan:


“RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BELAIT MEMPERSEMBAHKAN SKETSA BERTAJUK


SEMBAH SYUKUR WAHANA KASIH”


dengan KONSEP:


“BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU”


[KUMPULAN KOIR MENDENDANGKAN NASYID memberi Isyarat pergerakan Kumpulan LAUNGAN DAULAT meninggalkan lokasi persembahan] dan PODIUM diangkat keluar bertali arus dengan kemasukan peserta persembahan SEGMEN PERTAMA.


PENYELARASAN SEGMEN PERTAMA:


Persembahan akan dilakukan secara serentak dilakukan oleh beberapa kumpulan dalam satu rentak dan irama terdiri dari Kumpulan Senaman, Kumpulan Riadah, Kumpulan Etnik yang bertani, Kumpulan ‘Speaking Choir yang bercakap beramai sambil bergaya serta di sampaikan maksudnya oleh Kumpulan Bahasa Isyarat dengan gaya penyampaian yang unik.


GAMBARAN SEGMEN PERTAMA:


Mengambarkan Daerah Belait adalah sebuah Daerah yang mengecapi nikmat kemakmuran, keharmonian disertai dengan kekayaan semulajadi seperti Flora dan Faunanya sentiasa terjaga. Warga yang terdiri dari Rakyat dan Penduduk Sihat sejahtera berkat bimbingan bijaksana sehingga mereka taat beribadat, rajin berusaha, menjalankan aktiviti riadah disamping mengekalkan seni budaya. Hidup mereka rukun dan bersatupadu.


Syekuen persembahan Segmen PERTAMA:


IRINGAN LAGU NASYID (Lambang Negara Islam) berkumandang memberikan Isyarat kepada semua peserta mengambil posisi. Sebaik saja semua berada dalam posisi, {Lagu Nasyid berhenti dan Musik Instrumental dimainkan}


Para peserta mula membuat olahgerak berbentuk Riadah (Senaman) , ada yang memperlihatkan aktiviti membajak sawah, bercucuk-tanam, mengetam padi dan lain-lain. (Persembahan ini didokong oleh Pemenang-Pemenang Peraduan Senaman antara Sekolah-Sekolah di Daerah Belait), Belia-Belia dalam Sukan Beladiri, Puak-Puak Etnik dan Masyarakat berbagai Kaum. (Bahagian ini akan dipersembahkan oleh 100 – 200 peserta).


Serentak di suku awal segmen ini sewaktu musik mengumandakankan irama dan rentak yang ‘mellow’ (suara rendah, perlahan dan sedap) kumpulan “SPEAKING CHOIR” (100 orang) mulai bercakap serentak, bergaya seirama, bernyanyi senada. Diwaktu yang sama kandungan ucapan kumpulan “Speaking Choir” akan di PERAGAKAN oleh Kumpulan Bahasa Isyarat yang diketuai oleh 20 orang Guru-Guru Sekolah yang sekarang sedang rancak mengembangkan ilmu ini kepada orang ramai. Mereka akan disertai oleh 100 -200 penuntut Sekolah menengah dan Murid Sekolah Rendah. PERAGAAN Bahasa Isyarat ini secara langsung meyumbang kepada Gaya dan Aksi persembahan disamping bertujuan menyampaikan maklumat waima kepada seluruh masyarakat yang memerlukan maklumat.


Isi ucapan “Speaking” Choir” akan menceritakan Kemakmuran Negara Dibawah Pimpinan Bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


HURAIAN MAKSUD PERSEMBAHAN SEGMEN SATU:


Masyarakat di Daerah Belait adalah umpama wira yang Cakah, Cekal, Cekap, Cikar, Canggih dan Tanguh, mereka sentiasa siap menanai kedaulatan Negara, mendokong kemakmuran serta menjaga keselamatan nya.


Mereka menanam, menyemai, dan menyuburkan bumi agar setiap warga, bangsa dan juga Negara sentiasa berbudaya dengan JAYADIRI, BERDIKARI dan mampu MENDIRI.


Daerah Belait khususnya dan Negara Brunei Amnya akan diwarnai dengan cahaya manifestasi keharmonian serta kemakmuran. Disinilah warna kehijauan menghamparkan makna seolah-olah bersuara melaungkan tentang kecemerlangan yang sentiasa sedia ada di Negara ini, Perut Buminya mengandungi kekayaan, permukaan buminya bertanah subur siap untuk diteroka sedia untuk dimajukan.


[SPEAKING CHOIR] adalah Cakap Serentak, Gaya Serentak juga membawa makna rakyat yang bersefahaman, satu wawasan, berdisiplin dan telah memiliki berbagai elemen yang menyumbang dan menunjang segala inspirasi dan aspirasi pemimpinnya.


PERAGAAN BAHASA ISYARAT juga memberi erti bahawa segala maklumat mampu sampai kepada semua pihak tanpa kecuali, selain itu atas dasar kasih sayang maka CURAHAN HATI RAJA dan HATI RAKYAT saling di mengerti.

SEGMEN KEDUA:


PENYELARASAN SEGMEN KEDUA:


Sekali lagi menyatukan semua kumpulan peserta persembahan. Menyatukan Pasukan Hadrah, Kumpulan Nasyid, Kumpulan Koir, Kumpulan Rampak Gendang (Drum Line Persatuan PEMBELA), Pasukan Speaking Choir, Kumpulan Peraga Bahasa Isyarat, Pasukan Senaman dan sekalian kumpulan masyarakat berbagai Etnik. Semua membuat formasi kompak lambang kesatuan dan perpaduan Rakyat dalam satu wawasan untuk terus setia dan menjunjung titah sambil berdoa untuk Raja yang dikasihi.


GAMBARAN SEGMEN KEDUA:


Segmen ini akan menyaksikan para peserta mewakili berbagai kaum masuk dari berbagai sudut menyertai peserta yang sudah sedia pada posisi dalam padang. Babak ini akan meilustrasikan kehidupan dan budaya rakyat bersatupadu dan bersama memajukan Negara, bersama menanai keharmonian dan sentiasa patuh, taat dan setia menjunjung titah. Babak ini juga akan memberikan pengertian Rakyat menjunjung kasih dan memanjatkan Syukur kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan Raja yang adil lagi bijaksana dan mempunyai hati yang penuh dengan kasih saying.


Syekuen persembahan Segmen KEDUA:


Para peserta mengambil posisi secara dari kelompok kecil kepada mengembang dan memenuhi lokasi padang dan juga di atas pentas. Perubahan ini seolah-olah mengambarkan bunga yang mengembang hingga memberikan gambaran rakyat dan penduduk semakin ramai, berkembang dan maju.


Para peserta juga lengkap dengan pakaian dan prop persembahan yang akan diperagakan secara serentak sehingga penonton akan seolah-oleh menyaksikan tumbuh-tumbuhan hasil tanaman tumbuh menghijau di dalam sebuah TAMAN.


Sewaktu peserta persembahan membuat gerak perlahan dan teratur di iringi lagu Nasyid sebagai memberikan pengertian bahawa setiap gerakan, kegiatan dan tindakan sentiasa memohon restu dari Allah s.w.t dan secara langsung merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.


Suku awal persembahan ini mula menyaksikan semua peserta pada posisi yang kompak mulai duduk sebagai tanda patuh, tanda taat dan tanda setia kepada Raja. Dan waktu ini posisi peserta yang sudah padat dan kompak itu di tambah dengan 63 orang yang mewakili WARGA EMAS, ANAK YATIM, BELIA-BELIA MESJID, dan lain-lain warga yang akan mengambil posisi barisan depan untuk sama-sama melaungkan “YA ALLAH LANJUTKAN USIA SULTAN” sebanyak 3 kali. Dan sebaik saja selesai do’a singat ini, mereka keluar meninggalkan padang meninggalkan peserta persembahan yang lain untuk membuat gerak-aksi masyarakat dan penduduk Daerah Belait sedang berdo’a dengan iringan irama Syahdu. Serentak dengan ini berbagai Efek latar belakang mulai di persembahkan seperti pancutan air ‘Fountain’, Confertee dan lain-lain.


Huraian maksud persembahan Segmen KEDUA


Rekacipta dan kreativiti dalam Segmen ini membawa maksud bahawa Rakyat dan Penduduk Daerah Belait kini siap dengan berbagai budaya positif kerana telah menikmati kasih sayang Raja yang Adil Lagi Bijaksana. Maksud ini di-ilustrasikan melalui posisi peserta persembahan yang kompak lambang perpaduan dan kemajuan yang terus dinikmati.


Posisi dari kelompok kecil kemudian mengembang gambaran rakyat dan penduduk semakin ramai, berkembang dan maju.

FORMASI peserta yang meilustrasikan TAMAN yang penuh dengan tumbuhan segar membawa makna BERJAYANYA SEGALA RANCANGAN KEMAJUAN.


LAGU Nasyid mengandungi Do’a sebagai rakyat menyunjung, menyokong dan mendokong hasrat menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.


PARA PESERTA DUDUK dalam posisi kompak menunjukkan rakyat yang patuh, taat setia kepada Raja.


Seramai 63 orang tampil ke baris hadapan lambang kepada Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke-63


Masyarakat dan penduduk Daerah Belait meng-AMINkan do’a dengan iringan irama Syahdu menonjolkan CURAHAN HATI yang menyampaikan maksud tajuk persembahan “SEMBAH SYUKUR WAHANA KASIH”


Efek latar belakang menghiasi persembahan ini sebagai lambang kasih yang tiada pernah mengenal NGALEH, KESAL dan JARA demi cinta kepada Raja dan Negara.


SEGMEN KETIGA:


Segmen ini menyaksikan TIGA FORMASI dimana Para Peserta yang tadinya duduk mulai berdiri dengan posisi rapat.


Kumpulan Gendang Rampak (Gabungan Pasukan Hadrah, Kumpulan Kesenian Persatuan PEMBELA dan Kumpulan Gendang Asli) mempersembahkan pukulan bergaya.


Dengan iringan GENDANG RAMPAK semua peserta membuat gerakan ‘HUMAN GRAFIK menggunakan salendang berbagai warna serta berukiran bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Melalui Segmen ini kita telah menghuraikan maksud KONSEP PERSEMBAHAN “BELAIT adalah Daerah yang Makmur, persekitarannya Indah dan alam kehidupan adalah tersimpul dalam sebuah kata ‘HIJAU’ yang sesuai untuk pengertian yang tersurat atau tersirat.


Persembahan ini diteruskan dengan Formasi peserta mengambil posisi barisan depan sementara seluruh rakyat dan penduduk yang turut serta dalam Lagu Kebangsaan dan Laungan Daulat memenuhi barisan belakang. Dalam sorak raing ria bersama paluan gendang serta aksi gerak “Human Graphic’ disebelah barisan depan, Persembahan EFEK LATAR seperti Letupan Confertee dan Bunga Api Kecil akan menambah kemeriahan ini sebagai GRAND FINALE.


Acara ini berakhir dengan tanda penamat apabila gendang berhenti bersama dengan peserta tunduk serentak dan ACARA JUNJUNG ZIARAH pun dimulakan.


Perhatian:


1. Pelantar/Pentas persembahan akan diperkecilkan dan akan lebih mendekati pentas Diraja.

2. Grandstand di Belakang Persembahan tidak akan digunakan. Dengan ini akan memberi ruang lebih untuk khemah orang ramai.

3. Untuk menyelaras Junjung Ziarah, Teknik penyusunan peserta akan di ubah sedikit berbeza dari tahun sebelumnya.

4. Peserta persembahan tidak banyak memerlukan pakaian khas dan digalak memakai pakaian sendiri atau pakaian sekolah atau seragam yang sudah ada, tetapi akan diberikan PROP sebagai mengekalkan keindahan dan warna-warni persembahan.

5. Skala persembahan ini diperkecilkan tetapi tetap mengekalkan keunikan persembahan, mengekalkan keindahan rekacipta seni dan kepelbagaian kreativiti.

6. Persiapan awal perlu disediakan dari awal tahun meliputi, Skrip Pengacara, Skrip urutan “flow” persembahan, Jadual Latihan Lokalisasi, Jadual Latihan Padang, Senarai Peralatan, Senarai Perkakasan, Senarai Kelengkapan dan Paling Penting “MATRIX SCRIPT SEQUENCE”.


Wabillahi Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabar Kaatuh!.


Sumbangan hasil Cetusan Minda:

Dr. Hj Harun Bin Mokti.

Updated Version: 21 Mar 2009 (VERSI TERKINI)



No comments: