Friday 13 March 2009

Cetusan Minda Pengerusi Persembahan Padang 2009


Dr. Haji Awang Harun telah diberikan kepercayaan untuk meneruskan wibawa kepimpinan nya untuk mengungkayahkan persembahan padang sempena sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan yang ke 63, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Belait tahun 2009.

Kerpercayaan ini adalah berdasarkan kemampuan yang terbukti dalam pengurusan yang lancar, wibawa yang dapat mengekalkan perpaduan intim dikalangan Jawatankuasa Penyelaras dan Peserta yang melibatkan ribuan anggota masyarakat dan penduduk Daerah Belait. Keunggulan Dr. Haji Awang Harun dalam mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif telah melayakkan Daerah Belait menjadi Juara Persembahan Padang selama satu dekad. Di belakang beliau berdiri tegak kumpulan masyarakat yang terdiri dari Kanak-Kanak, Remaja, Belia dan tokoh-tokoh dewasa teguh bersama beliau atas nama PERSATUAN PEMBELA, yakni sebuah persatuan yang telah ditubuhkan sejak 26hb Jun 1966. Dalam persatuan ini Dr. Haji Awang Harun adalah pemimpin dari generasi ke-Tiga tetapi beliau telah menyertai kegiatan Persatuan sejak usia beliau 13 tahun lagi. Beliau juga sentiasa mendapat sokongan berbagai persatuan, badan-badan sukarela dan kumpulan-kumpulan masyarakat termasuk kaum Cina dan warga pendatang seperti orang-orang India yang berkerja dan berniaga di negara ini.

Pada tahun 2009 ini beliau telah menyediakan Kertas-Kerja, Skrip dan Program Perlaksanaan Kerja di mana beliau mengetengahkan Tajuk Persembahan "SEMBAH SYUKUR WECANA KASIH" Intisari persembahan ini akan berkonsepkan 'BELAIT MAKMUR INDAH DAN HIJAU".

Menurut beliau, walaupun kali ini persembahan akan dibuat secara sederhana dan peserta persembahan tidak melebihi 1000 orang, namun cabaran tetap tidak berkurang. Usia kita yang semakin meningkat memberi isyarat kita semakin tua dan semakin lemah. Setiap pengendalian memerlukan keupayaan yang terdiri kekuatan kewangan, kekuatan fizikal, kekuatan sokongan semua pihak dan termasuk wibawa ketokohan kita berhadap masyarakat yang memiliki berbagai karakter, berbagai pendapat dan sistem bekerja. "Selain itu secara peribadi secara peribadi, saya tidak ada apa-apanya dihadapan masyarakat kerana saya mempunyai terlalu banyak kekurangan kecuali semmangat dan cinta terhadap negara ini." kata Dr. Hj Harun.

No comments: